2.03.2009
Berita Terkini Dari MAMA
30/6/2008 - Jumlah keahlian 1855
31/7/2008 - Jumlah keahlian 1935
31/8/2008 - Jumlah keahlian 1961
30/9/2008 - Jumlah keahiian 1985
31/10/2008 - Jumlah keahlian 2065
30/11/2008 - Jumlah keahlian 2076
31/12/2008 - Jumlah keahlian 2114
31/1/2009 - Jumlah keahlian 2141
Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN. Sila uruskan sumbangan seberapa segera bagi mengurangkan pembiayaan pinjaman bank.
Setakat 31hb Jan 2009, hanya 53% shj PPP(Jumlah pungutan RM 460,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.
MODE OF PAYMENT
Bank Slip/ATM Slip
Fax to admin (03-88832210)/Scan and emel-Account Numbers : 014150309143(Maybank)-email : admin@pppmalaysia.com or ma_pppm@yahoo.comOrder-Post/Money Order/Cheque-
Receiver name :-"PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
To all PPP's , please make sure you received official Receipt from your supervisor for donation to 'TABUNG WISMA PEMBANTU PERUBATAN".
Only donation submitted to PERSATUAN and BANK IN will be given the official receipt.
Sekian, harap maklum
http://www.pppmalaysia.com./
1.21.2009
Ke Mana Arah PPP selepas ini?
Mohd Najib Kamarolzaman.
Pos Basic PHC. Bach.Health Sc(Hons)UNISEL .On Master Comm.Health Sc UKM.
Assalamualaikum.
Berkaitan dengan pertukaran En. Mansor, kami juga terkejut…lebih 10 kali terkejut, sedih dan bangga…bercampur baur. Beliau merupakan seorang mentor dan harapan kita untuk memperjuangkan PPP tetapi telah berhijrah ke bahagian lain di KKM.
Menyentuh perkara yang berkaitan dengan program pendidikan dan perkembangan akademik PPP, di penghujung tahun 2008 lalu, saya telah mengadakan diskusi ringkas dengan En Mansor bagaimana untuk merencanakan program pengajian peringkat ijazah untuk PPP secara kolaberasi dengan UKM. UKM melalui Pusat Kembangan Pendidikan (PKP UKM) sudah mengambil maklum bahawa terdapat keperluan bagi mewujudkan program ijazah sains kesihatan khasnya untuk PPP dan paramedic di negara ini.
Namun bagitu, sehingga kini saya masih tidak mendapat maklumbalas daripada En Mansor dan ‘pasukannya’ bagi menggerakkan usaha ke arah itu. Persoalan saya, selepas ini kepada siapakah tempat kami merujuk bagi meneruskan komitmen kami agar program ini dapat direalisasikan.
Melihat kepada produksi PPP yang bergraduat dalam setahun, amat kurang atau ‘zero’. Ini menunjukkan bahawa tiada peningkatan dalam perkembangan akademik di kalangan PPP. Saya difahamkan terdapat ‘kekurangan’ pengajar yang berdaftar dengan lembaga PPP bagi memenuhi pengisian jawatan pengajar. Saya melihat tiada intake pengajar yang di ambil secara regular bahkan tiada iklan pengajar baru yang dibuat.
Jika dilihat secara random, di kalangan PPP yang seramai 7 ribu orang, amat sedikit yang memiliki degree. Ilmu, keupayaan dan skill golongan minoriti ini juga tidak digunakan sepenuhnya seperti dilantik menjadi pengajar, atau penyelia hospital daerah atau negeri.. Bahkan bagi yang memiliki master, arah dan hala tuju mereka kabur kerana tiada ‘parthway’ yang jelas dalam kerjaya PPP di negara ini.
Saya sedar peranan persatuan dalam memperjuangkan kerjaya PPP. Namun bagitu kami menghadapi limitasi untuk berinteraksi dengan persatuan dalam bentuk ‘contact person’ yang boleh memperjuangkan agenda persatuan terutamanya dalam memertabatkan PPP melalui peningkatan akademik.
Setelah skim bersepadu dilaksanakan pada tahun 2007, Lembaga PPP dan persatuan masih tidak konsisten dalam menyatakan degree yang memenuhi spesifikasi PPP sendiri. Ini sedikit sebanyak menjejaskan produksi PPP berijazah setiap tahun.
Adalah diharapkan, kumpulan minoriti PPP yang mempunyai ijazah dan master akan digunakan keupayaan mereka semaksimun mungkin bagi kepentingan kerjaya, persatuan dan PPP sendiri. Ini sekaligus dapat mengelakkan berlakunya ‘brain drain’ dikalangan PPP.
Jika ini tidak ditangani, ke mana arah PPP selepas ini?
Sekian.
Mohd Najib
Bera, Pahang
1.16.2009
Jasamu dikenang: Terima Kasih En Mansor
Pada saya, beliau adalah seorang guru dan mentor yang sukar dicari ganti. Nasihat dan panduan yang dicurahkan amat di hargai dan akan dijadikan pedoman yang berguna. Harapan saya agar beliau akan terus memberikan sokongan, panduan dan tunjuk ajar kepada kita walaupun sudah berada di gred yang berbeza. 1.12.2009
Degree in Health Science
Minggu lepas semasa menghadiri bengkel menyediakan 'Standard for medical and health sciences - diploma, bachelor, master dan Phd' anjuran MQA saya sempat mengadakan perbincangan ringkas dengan beberapa Prof daripada UPM, UIA, USM dan beberapa IPTA/S lagi.
Secara dasarnya beberapa IPTA berminat untuk menganjurkan program degree 'Medical and health Science' yang saya kira releven dengan PPP. Seorang Prof dari sebuah IPTA telah menanyakan soalan kepada saya beberapa orang PPP yang sudah mempunyai master yang boleh mereka ambil sebagai tenaga pengajar utama. Mereka memerlukan PPP yang berpengalaman dan berkelayakan minimum (master) untuk membantu menjalankan program yang berkaitan dengan PPP seperti bachelor in paramedik, health care atau yang seumpamanya. Mereka mempunyai ramai pensyarah dalam medikal dan helath science tetapi mereka memerlukan juga input dari kalangan PPP sendiri supaya program yang dijalankan dapat memenuhi aspirasi PPP itu sendiri.
Sebuah IPTA yang terkenal dengan R&D nya juga berminat untuk menjalankan beberapa program bachelor Medical and Health Sciences seperti Helath Promotion, Community Health, Health Care Management dan lain-lain lagi.
Saya melihat sekarang isu utama untuk mengadakan degree yang releven dengan PPP seperti:
1. Kekurangan (?tiada) PPP yang mempunyai kelayakan akademik yang boleh menyumbang kepada pembangunan/kewujudan degree tersebut. Buat masa sekarang pihak kolej KKM sendiri pun kekurangan tenaga pengajar.
2. Pihak IPTA/S lebih cenderung menjalankan degree dalam bidang health science yang boleh menyediakan geraduat kepada pasaran kerja sedia ada seperti bidang nutrition, dietation, radiation, dan lain-lain. Sedangkan degree seperti paramedik, pre hospital care dan lain-lain tidak mempunyai peluang kerjaya yang jelas (selain dari PPP). Mereka juga melihat kepada survival serta takers yang mengikuti program tersebut supaya ia tidak mati setengah jalan. Ini yang akan berlaku kepada degree kecemasan UKM.
3. Kebanyakkan bidang health science memerlukan hands on dan kemahiran klinikal. Justeru pihak IPTA lebih cenderung mengadakan degree secara sepenuh masa. Persoalan berapa ramai PPP yang mampu mengikuti pengajian sepenuh masa.
Justeru ini merupakan satu cabaran kepada semua PPP. Bagi yang sudah memiliki degree, teruskan kepada master dan phd kerana kepakaran/kelayakan yang tuan2 miliki sangat diperlukan bagi merangka program baru PPP dan seterusnya mewujudkan degree yang benar2 releven dengan kerjaya PPP di negara ini. Sebenarnya perjuangan ini harus dimulakan oleh PPP dan saya kira dalam konteks ini ialah pihak persatuan/kesatuan/lembaga yang paling releven untuk memperlajukan langkah yang telah dimulakan dari dulu.
abu aiman.
1.04.2009
Palestin: Darah Terus Bersimbah
Konflik Israel-Palestin ini telah berlanjutan selama 60 tahun. Ini adalah konflik terpanjang dalam sejarah ketamadunan manusia moden. Dunia hari ini hanya melihat dan merintih tapi tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan kegilaan Yahudi ini. Manakala pertubuhan OIC hanya bersidang dan mengeluarkan kenyataan 'Oh I See!'.
Sebenarnya ini adalah ujian Allah bukan sahaja kepada rakyat Palestin tetap kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ujian kepada Persaudaraan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” Riwayat Muslim
Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat agar Allah SWT membantu dan memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang yang menentang musuh Allah ini di Palestin dan seterusnya membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi Laknatullah.
Dinukilkan sajak luahan ROZAIS AL-ANAMY (Pasir Mas, Kelantan) untuk renungan kita bersama.
PRAHARA NAKBAH PALESTIN
Langit Genting Gaza terpercik darah
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah
Membakar kebun-kebun iman dengan nyalaan Silibiyyah
Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah
Membina tembok pemisah gergasi terpanjang di dunia
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar di marcapala
Hanya dengan tohmahan penyalahgunaan kawasan
Dijadikan masjid sasaran serangan
Mengesaki pemimpin jihad bersembunyi
Dewan ibadat dibom pada muka hari hijri
Wahai Zionis,
Sesungguhnya tembok yang kau hadangi
Tak dapat memisahkan ikatan imani
Bulatan persaudaraan seluruh jagat yang sama kiblat
Kukuh utuh dalam ikrar wahdah ang terpahat
Dlam semangat hijrah pejuang tak kenal lelah
Ruh jihad Palestin membara dalam mata para pria
Doa wanitanya jadi api membakar makar
Gema perjuangan sekian dekad tetap berlalu
Berkumandang di gegendang saudara sejagat merata buana
Desing peluru yang merobek kujur jasad warga
Tak mampu membunuh jiwa dan semangat seagama
Nakbah ini tidak akan lestari
Ghargad pasti layu di tanah Al-Ayubi.
Allah huAkbar!
abu aiman
12.29.2008
Salam Maal Hijrah
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430kejahilan kepada ketinggian ilmu,

12.24.2008
Global Information Hub On Integrated Medicine (GLOBinMED)
Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti CPD yang bertajuk Global Information Hub On Integrated Medicine di Putrajaya.
12.01.2008
Tazkirah: Ibadah Korban
Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." - Surah al-Haj:36
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." - Surah al-Kauthar:2
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." - Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim
2. Hukum Berqurban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
i. Islam
ii. Merdeka (Bukan hamba)
iii. Baligh lagi berakal
iv. Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
3. Kesabaran demi ketaatan
Mengimbas kembali dari pengorbanan Nabi Ibrahim. Seabad kehidupan Ibrahim penuh dengan perjuangan, gerakan, jihad dan perang melawan kebodohan kaumnya, kemusyrikan, penindasan Namrudz dan kefanatikan manusia-manusia penyembah berhala. Ibrahim bersama isterinya Sarah -Wanita cantik tapi tidak memberinya anak- tinggal di rumah Azar, bapaknya yang juga salah seorang penyembah dan pembuat berhala, fanatik.
Ibrahim makin tua dan kesepian. Walaupun berada di puncak kenabiannya, namun ia adalah seorang manusia biasa. Seperti manusia lainnya, ia menginginkan seorang anak. Apalagi usianya kian senja. Ia tidak berpengharapan, kerana menurut pertimbangan akal sederhana pun perkara itu tak mungkin. Ibrahim hanya dapat mendambakan dalam do’anya:
"Ya Rabb, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang soleh. " (Ash-Shaffat : 100).
Allah SWT akhirnya melimpahkan kurniaNya kepada lelaki tua yang telah menghabiskan seluruh hidup dan kehidupannya, serta menanggung penderitaan demi menyebarluaskan risalahNya. Melalui wanita bernama Hajar, Allah SWT memberinya seorang anak; Ismail. Sebagaimana firmanNya:
"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. "
(Ash-Shaffat: 101)
Ismail adalah anak yang didambakan Ibrahim seumur hidupnya. Kelahirannya telah didambakan selama hampir seratus tahun dan diluar perkiraan ayahnya. Ismail tumbuh bagaikan batang pohon yang mekar. Ia mendatangkan keceriahan dan kebahagiaan ke dalam hidup Ibrahim. Ia adalah harapan, kecintaan dan buah hati Ibrahim. Akan tetapi, tanpa diduga-duga wahyu Allah SWT turun memerintahkan untuk menyembelih Ismail. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, lbrahim berkata :
"Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu" (Ash-Shaffat: 102)
Betapa goncangnya jiwa Ibrahim ketika menerima wahyu yang luar biasa beratnya ini. Duka nian hatinya. Tetapi wahyu itu adalah perintah Allah : perintah menyembelih Ismail —buah hatinya. Konflik pun terjadi dalam batinnya. Siapakah yang lebih disayanginya Allah ataukah anaknya? Mengikuti perintah Allah atau menuruti perasaan manusiawinya untuk menyayangi anaknya?
Ibrahim menghadapi dua pilihan : mengikuti perasaan hatinya dengan menyelamatkan Ismail atau mentaati perintah Allah SWT dengan ‘mengorbankannya’. la harus memilih satu di antara dua. Seandainya yang diperintahkan Allah adalah agar ia mengorbankan dirinya sendiri, maka tidaklah sulit baginya menentukan pilihan. Walaupun demikian, dengan keteguhan hati Ibrahim lebih mendahulukan perintah Allah SWT dan mengorbankan rasa sayang pada anaknya.
Kilasan kisah Nabi Ibrahim tadi memberikan suri tauladan bahawa saat perintah dan hukum Allah SWT datang di mana pun dan bila, apapun harus dikorbankan. Perintah Allah di atas segala-galanya. Sebab mentaati perintah dan aturan Allah jauh lebih maslahat dibandingkan dengan menuruti perasaan dan hawa nafsu.
Selamat Menyambut Hari Raya Edul Adha
abu aiman
Di petik dari:
http://www.qurban2u.com/korban.php
http://members.tripod.com/ISLAMIKA/aj/pengorbanan.htm
11.27.2008
Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS
InsyaAllah, jika tiada halangan, BPL akan mengadakan satu lagi kursus Pengkhususan iaitu Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS. Deraf kurikulum telah disediakan. Terkini Satu Bengkel untuk memurnikan kurikulum tersebut telah di adakan pada 25-26 Nov 2008 dan dihadiri oleh beberapa pakar dari disiplin yang berkaitan.
Kursus ini adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi AIDS yang memutuskan supaya satu kursus pos basik Kaunseling bagi pesakit HIV/AIDS di adakan untuk Paramedik.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran paramedik yang terlibat dalam kaunseling HIV/AIDS bagi membantu meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan individu dan keluarga pesakit AIDS.
Pembentangan deraf kurikulum di Lembaga Pendidikan KKM untuk kelulusan dijangkakan diadakan pada awal tahun 2009.
Harap2 ini PPP mengambil peluang ini untuk mengembangkan satu lagi kepakaran dalam kerjaya PPP.
abu aiman
11.24.2008
Pindaan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977

Berapa ramai dikalangan PPP yang sedar tentang kewujudan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979?.
Berapa ramai pula yang memiliki buku kecil bewarna hitam 'Law Of Malaysia, Act 180 Medical Assistants (Registration) Act 1977, Medical Assistants (Registration) Regulation 1979'?.
Kalaupun sudah memiliki buku kecil tersebut, berapa ramai pula yang memahaminya.
Kita amat bertuah kerana mempunyai Akta 1977 yang mana ia merupakan satu pengiktirafan kepada kerjaya PPP itu sendiri. Akta mengawal setiap aspek kerjaya seperti latihan, kelayakan, pendaftaran, amalan, profesional conduct dan lain-lain lagi.
Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, mempunyai 5 Bahagian dan 22 seksyen yang menyentuh berkaitan dengan fungsi Lembaga, Pendaftaran, Rayuan, Kuasa-kuasa menteri dan lain-lain. Akta perlu dibahas dan diluluskan oleh Parlimen manakala bagi 'Regulation' ia hanya perlu diluluskan oleh Menteri sahaja.
Setelah lebih 30 tahun kewujudkan akta ini, sudah sampai masanya Akta ini dipinda supaya sesuai dengan fungsi serta cabaran semasa. Perubahan kepada skim bersepadu serta kewujudan kolej-kolej swasta yang menjalankan program PPP menjadikan Akta ini kurang relevan lagi.
Beberapa siri mesyuarat dan bengkel telah diadakan oleh Lembaga PP bagi tujuan tersebut. Terkini, satu bengkel telah diadakan di Bayu Beach Resort, PD pada 19-21 Nov 2008 lalu bagi membincangkan perkara di atas. Bengkel tersebut yang dihadiri oleh 'Task Force commitee' ini juga dihadiri oleh En. C.Perumal (Legal Advisor, MMC), E. Hyda Faridzal ( Peguam Persekutuan, PUU) dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Shamsidah Nik Ibrahim (Tim. Pengarah Amalan).
Sama2lah kita berdoa agar Akta Baru ini dapat disiapkan dan diluluskan secepat mungkin agar ia menjadi satu lagi perkembangan dalam kerjaya PPP.
abu aiman.

