10.24.2010

Tahniah kepada Kohort 7 Graduan MAHSA-University of Northumbria

Tahniah kepada semua PPP yang telah menamatkan dengan jayanya program Ijazah di MAHSA-Northumbria University UK pada 23 Oct 2010. Segala usaha dan pengorbanan sepanjang mengikuti program tersebut telah membuahkan hasil melalui kejayaan menggengam segulung ijazah yang diidam-idamkan. Moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada rakan2 PPP lain supaya berusaha meningkatkan taraf akademik ke tahap tertinggi, sekaligus meningkatkan martabat PPP di seluruh negara.


Tahniah sekali lagi!
abu aiman

10.17.2010

Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011

Satu Mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Induk Konferens kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011 telah diadakan pada 15 Oktober 2010 di Wisma PPP Kajang.

InsyaAllah tentatif tarikh konferens ialah pada 26-28 Jun 2011. Tempat di cadangkan ialah di Seremban Negeri Sembilan. Manakala tema kali ini ialah berkaitan dengan Kompetensi PPP ke arah kepuasan pelanggan atau Transformasi Kesihatan. Namun bagitu, Tema sebenar belum diputuskan dan PPP bolehlah mencadangkan di ruangan ini. Ahli mesyuarat juga bersetuju agar YAB Perdana Menteri akan merasmikan konferens kali ini.

Sehubungan itu, kepada PPP yang telah atau sedang menjalankan kajian atau penyelidikan agar dapat mengambil bahagian dalam pembentangan di konferens ini. Kepada yang belum menjalankan kajian, rasanya masih ada masa untuk tuan-tuan memulakan kajian yang mungkin dapat dikongsi dalam konferens nanti. Jawatan kuasa saintifik yang bertanggungjawab berkaitan berkaitan dengan kertas saintifik akan diumunkan kelak.

abu aiman