Salam.
Minggu lepas semasa menghadiri bengkel menyediakan 'Standard for medical and health sciences - diploma, bachelor, master dan Phd' anjuran MQA saya sempat mengadakan perbincangan ringkas dengan beberapa Prof daripada UPM, UIA, USM dan beberapa IPTA/S lagi.
Secara dasarnya beberapa IPTA berminat untuk menganjurkan program degree 'Medical and health Science' yang saya kira releven dengan PPP. Seorang Prof dari sebuah IPTA telah menanyakan soalan kepada saya beberapa orang PPP yang sudah mempunyai master yang boleh mereka ambil sebagai tenaga pengajar utama. Mereka memerlukan PPP yang berpengalaman dan berkelayakan minimum (master) untuk membantu menjalankan program yang berkaitan dengan PPP seperti bachelor in paramedik, health care atau yang seumpamanya. Mereka mempunyai ramai pensyarah dalam medikal dan helath science tetapi mereka memerlukan juga input dari kalangan PPP sendiri supaya program yang dijalankan dapat memenuhi aspirasi PPP itu sendiri.
Sebuah IPTA yang terkenal dengan R&D nya juga berminat untuk menjalankan beberapa program bachelor Medical and Health Sciences seperti Helath Promotion, Community Health, Health Care Management dan lain-lain lagi.
Saya melihat sekarang isu utama untuk mengadakan degree yang releven dengan PPP seperti:
1. Kekurangan (?tiada) PPP yang mempunyai kelayakan akademik yang boleh menyumbang kepada pembangunan/kewujudan degree tersebut. Buat masa sekarang pihak kolej KKM sendiri pun kekurangan tenaga pengajar.
2. Pihak IPTA/S lebih cenderung menjalankan degree dalam bidang health science yang boleh menyediakan geraduat kepada pasaran kerja sedia ada seperti bidang nutrition, dietation, radiation, dan lain-lain. Sedangkan degree seperti paramedik, pre hospital care dan lain-lain tidak mempunyai peluang kerjaya yang jelas (selain dari PPP). Mereka juga melihat kepada survival serta takers yang mengikuti program tersebut supaya ia tidak mati setengah jalan. Ini yang akan berlaku kepada degree kecemasan UKM.
3. Kebanyakkan bidang health science memerlukan hands on dan kemahiran klinikal. Justeru pihak IPTA lebih cenderung mengadakan degree secara sepenuh masa. Persoalan berapa ramai PPP yang mampu mengikuti pengajian sepenuh masa.
Justeru ini merupakan satu cabaran kepada semua PPP. Bagi yang sudah memiliki degree, teruskan kepada master dan phd kerana kepakaran/kelayakan yang tuan2 miliki sangat diperlukan bagi merangka program baru PPP dan seterusnya mewujudkan degree yang benar2 releven dengan kerjaya PPP di negara ini. Sebenarnya perjuangan ini harus dimulakan oleh PPP dan saya kira dalam konteks ini ialah pihak persatuan/kesatuan/lembaga yang paling releven untuk memperlajukan langkah yang telah dimulakan dari dulu.
abu aiman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment