12.29.2008

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.

Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah, telah berlaku 1430 tahun dahulu. Semenjak dari tarikh tersebut, umat Islam telah mengalami pelbagai peristiwa, kisah suka duka, kejayaan dan kegagalan, mehnah dan tabulasi dalam menegakkan dan memertabatkan agama Allah di muka bumi ini.

Sejak kita mengenal dunia, saban tahun kita diingatkan dengan peristiwa Hijrah yang agong ini. Tetapi adakah kita mengingsafi akan falsafah sebenar disebalik tuntutan untuk mengingati peristiwa ini?.

Falsafah hijrah yang telah disemai dan dididik oleh Rasulullah s.a.w ke dalam diri para sahabat r.a ini perlu dihayati oleh generasi Islam masa kini. Sekiranya dengan berbekalkan falsafah hijrah, Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi tuan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Islam di sekeliling Madinah, maka mengapa tidak generasi Islam masa kini menjadikannya sebagai neraca untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan.

Dalam membetulkan tasawur para sahabat r.a tentang kehidupan di dunia, Rasulullah s.a.w telah menghijrahkan minda mereka ketika mana baginda bersama-sama beberapa orang sahabat sedang berehat di bawah sebatang pokok dalam satu perjalanan. Baginda telah berkata kepada para sahabat:

'Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia adalah seperti kita singgah di bawah pohon ini. Kita hanya singgah buat sementara waktu dan akan meneruskan perjalanan selepas beberapa ketika'. Dalam sabdanya yang lain, baginda telah menjelaskan kepada para sahabat bahawa 'Dunia adalah ladang tempat bercucuk tanam untuk alam akhirat'.

Saya suka mengingakan diri saya dan rakan2 semoga kedatangkan tahun baharu Hijrah 1430 akan menguatkan iltizam kita kearah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat. Marilah sama2 kita berhijrah dari:
kemalasan kepada kerajinan,
kejahilan kepada ketinggian ilmu,
kebosanan bekerja kepada keseronokan bekerja,
malas menambah ilmu kepada berlumba-lumba mencari ilmu,
takut kegagalan kepada berani berusaha,
membuang masa kepada menghargai masa,
menunggu peluang kepada mencari dan mencipta peluang dan;
lain-lain perkara positif yang boleh kita lakukan dlam kehidupan seharian.

Kepada rakan2 yang masih was2 untuk menyambung pelajaran (tidak kira dalam disiplin apapun), jadikan kedatangan tahun baru Hijrah sebagai penguat azam supaya tahun ini cita2 tuan2 menyambung pelajaran akan menjadi kenyataan. Buka mata dan minda, bagaimana rakan2 kita yang sama-sama belajar dulu, memperolehi gaji permulaan yang sama, tetapi boleh berjaya menggengam segulung ijazah. Mereka berjaya kerana mereka sanggup berhijrah dari zon selesa kepada kesusahan sementara demi cita-cita. Kepada yang sudah memiliki ijazah, teruskan perjuangan tuan2 sehingga ke tahap master dan phd.
Namun bagitu, dalam keghairahan mengejar ilmu, hadis di atas haruslah menjadi pedoman kita supaya kita berada dilandasan yang betul dalam menuju dunia akhirat.



Selamat Meyambut Tahun Baru Hijrah 1430. Semuga tahun ini dan tahun2 akan datang, kejayaan dan kecemerlangan akan menjadi milik kita, InsyaAllah.

abu aiman.

1 comment:

  1. selamat tahn baru 2009.

    2008 PPP banyak mencapai kejayaan. Skim bersepadu, elaun kritikal, elaun pos basik, tukar nama, pos u32, 36, 41/42 betambah.

    apa pulak perancangan tahun 2009. apa kata bos di lembaga?.....

    ReplyDelete