1.16.2009

Jasamu dikenang: Terima Kasih En Mansor

Hari ini Jumaat, 16 Januari 2009. Suasana pagi di tingkat 20, Bah. Pengurusan Latihan KKM agak tenang dan sunyi. Terasa sedikit kelainan berbanding dengan pagi-pagi sebelumnya. Kelihatan diwajah-wajah kakitangan terutamanya di unit UG seperti kehilangan seseorang.

Kebiasaanya dipagi-pagi sebegini, akan terlihat kelibat susuk tubuh yang sangat dikenali yang akan bersalam dan bertanya kabar kepada kakitangan di tingkat 20. Kehadiranya membawa ceria dan semangat kepada kakitanganya untuk berkerja dengan lebih tekun lagi. Rutin inilah yang telah berjaya membina 'ukhwah' dan semangat teamwork dikalangan kakitangan tkt 20.

Susuk tubuh yang dimaksudkan ialah En Mansor J.A.Fenner @Aziz. Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Kementerian Kesihatan terutamanya di kalangan paramedik.

Tanggal 15 Januari 2009, beliau telah meninggalkan BPL dan berhijrah ke Lembaga Promosi Kesihatan, iaitu sebuah badan berkanun di Bawah KKM. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Kanan Bahagian Perancangan dan Pembangunan. Ternyata, kepakaran dan pengalaman beliau yang luas telah dihargai dan beliau diberi tanggungjawab membantu merancang meningkatkan aktiviti promosi kesihatan di seluruh negara.

Menyorot kembali kerjaya beliau di KKM. Anak kelahiran Kg. Enggor, Kuala Kangsar ini telah mula menaburkan khidmat bakti sebagi HA pada September 1976 di Hospital Daerah Grik. Selepas itu beliau meneruskan khidmat di Hospital Daerah Kuala Kangsar dan PKK. Karai, Kuala Kangsar iaitu kampung halaman sendiri sebelum dilantik sebagai Pembantu Perubatan Klinikal di SLPP Seremban pada tahun 1990.

Selepas dilantik sebagai pengajar pada tahun 1992, melalui usaha yang gigih dan komitment kerja yang begitu tinggi, beliau telah mengalami peningkatan kerjaya yang bagitu cemerlang sehingga ke gred u4 (u40) - gred tertinggi dalam kumpulan sokongan. Beliau juga merupakan kumpulan pertama yang dilantik ke gred u44 (M) dalam skim pengajar. Ternyata kerlipan bintang kerjaya beliau amat menyerlah dan gemilang serta sukar ditandingi!.

Beliau juga merupakan seorang 'guru' yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat kepada anak murid serta rakan-rakan PPP. Pengetahuan serta kemahiran yang ada pada beliau sukar ditandingi oleh mana-mana PPP. Di BPL sendiri beliau merupakan 'resource person' yang menjadi pakar rujuk apabila melibatkan kerjaya dan latihan. Beliau juga merupakan 'backbone' dalam perkembangan kerjaya Pengajar dan PPP sendiri. Sumbangan beliau bukan setakad dalam negara sahaja, bahkan merentasi sempadan negara di mana beliau adalah pakar rujuk program JICA di Cambodia.

Setelah hampir 33 tahun menabur jasa dan bakti sebagai PPP dan Pengajar, akhirnya beliau diberi penghormatan ke jawatan yang lebih tinggi dan ini mungkin anugerah Allah kepada hambanya yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan.

Pada saya, beliau adalah seorang guru dan mentor yang sukar dicari ganti. Nasihat dan panduan yang dicurahkan amat di hargai dan akan dijadikan pedoman yang berguna. Harapan saya agar beliau akan terus memberikan sokongan, panduan dan tunjuk ajar kepada kita walaupun sudah berada di gred yang berbeza.

Terima kasih cikgu!.


abu aiman

8 comments:

  1. askum.

    Terima ksih cikgu mansor. harap tuan berjaya ditempat baru.

    jasa dan budi tuan akan dikenang oleh kami PPP.

    orang muda...

    ReplyDelete
  2. jadi kesimpulannya, ke mana hala tuju ppp? jika en mansor yg dah berada d tahap tertinggi sbg ppp (pd masa skrg) juga meninggalkn kerjaya ini?

    ReplyDelete
  3. saya rasa beliau cuma bertukar temapt kerja aje. Tapi jiwa beliau masih PPP. Mungkin di temapt baru nanti, beliau boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan lagi dibelakang tabir.

    ReplyDelete
  4. Tahniah pada Cikgu MANSOR J.A. FANNER
    kerana dinaikkan pangkat dan semoga perjuangan cikgu memertabatkan PPP akan terus berkumandang di KKM.
    Pada hemah saya PPP sekarang sedang mengalami evolusi semenjak pertukaran skim PPP pada 2007 yang lalu dan pada masa akan datang saya percaya akan ada PPP yang mempunyai Phdnya insyallah.
    Harapan saya akan ada perubahan besar dalam perkembangan pada profesion PPP di KKM yang mempunyai Ijazah, Master dan Phd(Mungkin) agar terdapat dalam perkihmatan PPP dan juga dikalangan Pengajar (Pensyarah) di Kolej-Kolej Kesihatan Bersekutu KKM pada masa akan datang.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. TAhniah cikgu,, jasa yang tak terhingga...

    ReplyDelete
  6. hey....dia kat KIST skraang tau...
    conquer habis...

    dia buat staff macam kuli dia je...
    saya ni ex staff kist...
    susah keje bawah dia...
    kerja yang senang pon, disusahkan dia...
    haih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu x per. si pondan tua ni. tikam belakang. masa bahagian latihan dia lah selalu pakai kroni dia bhg publishing. Rasuah.

      Delete
  7. anonymous yang d hormati :

    baru buat kerja sikit dah ngeluh. macamana nak maju. dah nama private sector !!. kenapa x berbincang kalau keja yang mudah boleh d senangkan.
    orang lain yang kerja dengan dia ok je. en mansor x pernah lupa orang yang dengar apa yang dia minta. tgk kawan2 yang rapat dengan dia. sekrang dah sama taraf dengan dia !

    ReplyDelete