10.18.2008

Bengkel Cadangan Gred Flexi, KSKB Ulu Kinta dan Uniform PPP Wanita

Salam sejahtera.
1. Bengkel Cadangan Perjawatan PPP
Alhamdulillah, pada 15-17 Oct lalu saya berkesempatan menghadiri satu Bengkel yang dianjurkan oleh Lembaga PPP dengan kerjasama Kesatuan, Persatuan serta Bahagian pengurusan Latihan. Tujuan bengkel ini ialah:

1. Membuat kertas cadangan Gred Flexi
2. Kajian semula Norma perjawatan PPP
3. Kajian semula Peranan/Tugas/Tanggungjawab pelbagai gred PPP berdasarkan 'Levels of Care' di setiap unit.

Bengkel selama 3 hari ini telah dihadiri oleh lebih 30 orang pemimpin dan senior PPP dari Lembaga, Kesatuan, Persatuan, Ketua-ketua PPP negeri, penyelia/ketua unit dan pegawai2 BPL.

Tujuan cadangan untuk mewujudkan gred flexi ini ialah supaya tidak berlaku 'brain drain' jika terdapat kenaikan pangkat. Jika seseorang PPP itu telah dinaikkan pangkat, maka beliau boleh dikekalkan ditempat beliau bertugas supaya dapat mengekalkan kepakaran yang diperlukan oleh unit tersebut serta peluang peningkatan kerjaya yang lebih baik.
Selain itu Bengkel ini juga membincangkan agar peranan dan tanggunjawab PPP distrukturkan semula dengan lebih jelas dalam pelbagai kategori gred mengikut 'level of care' disetiap unit.

2. Lawatan ke Tapak KSKB Ulu Kinta
Kami juga berkesempatan melawat tapak pembinaan KSKB Ulu Kinta pada hari terakhir bengkel Projek yang menelan kos sebanyak RM 365 juta itu sudah siap hampir 10 peratus pembinaanya.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2011 dan ia merupakan kompleks latihan terbesar di KKM. Dijangkakan terdapat 3 kursus yang akan dijalankan iaitu, Diploma PP, Nusing dan pembantu Farmasi. Kolej ini mampu menampung 3000 pelajar dalam satu-satu masa.

Pembinaanya ini juga merupakan satu langakh untuk mewujudkan Kolej Universiti Sains Kesihatan pada masa hadapan. Ini sudah pasti memerlukan ramai tenaga pengajar. Tuan-tuan di service sekarang harus mengorak langkah dengan meningkatkan taraf akademik supaya kekosongan tenaga pengajar ini akan dapat diisi dimasa akan datang.

3. Cadangan Uniform PPP Wanita.
Diakhir lawatan ke KPPUK, kami dipertontonkan dengan peragaan uniform baru PPP wanita oleh pelajar2 dari Kolej PP Seremban, Ulu Kinta dan Alor Setar.

Cadangan uniform baru yang bercirikan lebih korporat ini akan dibawa ke peringkat atasan untuk persetujuan dan kelulusan. Dijangkakan geraduan PPP perempuan pertama yang akan memasuki perkhidmatan PPP ialah pada 2011.

Ini merupakan satu perkembangan baru dalam profesion PPP.

abu aiman

15 comments:

  1. Gred flexi...satu perkembangan baru dan baik.
    KSKB Ulu Kinta, membuka imej baru dan peluang pekerjaan dan profesionalisma PPP dimata KKM.
    Model baru 'wellness' dalam perlaksanaan dikesihatan primer oleh BPK KKM satu dimensi baru PPP juga dalam 'extend' profesion dalam pengkhususan bukan sahaja OPD dan kecemasan sahaja . Wellnes meliputi kesihatan dan penjagaan sepanjang hayat seseorang individu sejak lahir sehingga akhir hayat nya. Secara am nya, PPP di kesihatan primer menjadi akan 'player' sebenar dalam penjagaan kesihatan sepanjang hayat seseorang tersebut.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan perkembangan ini. Ia akan menjadi satu motivasi kepada PPP dilapangan yang tentunya akan menyambut baik cadangan ini dengankan seribu rasa syukur dan rahmat. Dengan adanya skim ini sudah tentu PPP yang pakar dalam bidang masing-masing boleh menarik nafas lega, kerana jika mereka dinaikkan pangkat dan ditugaskan dalam disiplin yang bukan bidang mereka, ia boleh menimbulkan 'konflik'. Bayangkan seorang PPP yang telah lama bergelumang dalam bidang kecemasan dan mempunyai bertahun-tahun pengalaman dari A to Z, dan tiba-tiba bila dinaikkan pangkat ditukarkan pula ke dewan bedah(sekadar memberi contoh), sudah tentu keadaan ini boleh menimbulkan konflik pada diri beliau dan ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada kompetensi dan prestasi beliau. Untuk mahir dalam bidang baru, beliau perlu bermula dari A semula, sedangkan beliau telah begitu 'senior' dalam bidang beliau sendiri. Satu lagi cadangan, supaya bidang post basik diberi penjenamaan semula. Kalau boleh jadikan bidang ini sebagai "Post Graduate Diploma" atau dinaiktaraf sebagai "Master" dan disinilah PPP boleh diiktiraf sebagai mempunyai kepakaran dan mereka boleh bekerja bersama-sama dengan pakar-pakar perubatan/kesihatan awam (diulangi : bekerja bersama-sama dan bukan bekerja dibawah pengawasan) dan memberikan komitmen yang terbaik dalam penjagaan kesihatan sepanjang hayat.
    Mohon juga pihak Lembaga mengkaji dan menjenamakan semula kurikulum pos basik ini dengan menambah program baru seperti kesihatan pekerjaan dan pengurusan hospital dengan menjalankan kolaborasi dengan IPTA/S yang mendapat kelayakan dan pengesahan dari MQA,KPT,JPA,SPA sehingga keperingkat sarjana dan kedoktoran falsafah (Phd). Calon-calon yang layak boleh diberi biasiswa samada dari JPA,MARA,Tajaan Khas atau PTPTN dan wajibkan mereka untuk berkhidmat dengan kerajaan seperti mana yang telah diamalkan kepada Pakar-pakar Perubatan/Kesihatan Awam sekarang. Langkah ini juga boleh mengelakkan berlakunya 'brain drain' yang serius, dan insentif yang sama seperti pakar boleh juga ditawarkan kepada mereka untuk kekal berada dalam perkhidmatan.
    Cadangan untuk menaik taraf KSKB kepada Kolej Universiti juga amat dialu-alukan dan ini boleh memberikan satu impak yang besar kepada bidang Perubatan dan Kesihatan Awam. Untuk PPP yang berada dilapangan, bersedialah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu serta pengetahuan baru untuk menyahut cabaran kerana bidang ini semakin berkembang dan memerlukan bakat-bakat dan potensi dari anda semua PPP.

    Orang lama..

    ReplyDelete
  3. Sangat tepat pada masa nye pendapat profesional Orang Lama tu(guna lah org baru muda, biar tua sikit tapi semangat muda dalam PPP).. TAK LAPOK dek tua..he he he he
    Kalau la ada 1000 orang dari 8000 PPP cam nie pun dah cukup mengubah minda PPP dari semua peringkat dan disiplin PPP agar terus maju kehadapan..

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera.

    Kesedaran telah wujud tentang perlunya anjakan paradigm dalam profesiona PPP.

    Saya percaya dikalangan pimpinan Kesatuan, Perstuan maupun Lembaga sendiri sudah wujud kesedaran ini.

    Namun bagitu, kita memrlukan lebih ramai orang-orang muda bukan sahaja berwawasan, berpendidikan serta sanggup menerima cabaran bagi berpadu dengan 'orang lama' yang berpengalaman untuk membentuk satu pasukan yang mantap bagi menghadapi cabaran masakini ke arah peningkatan profesion PPP di masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. tp ana merasakan ada beberapa masalah d peringkat lapangan.. bukan semua ppp (U32/36/38) mempunyai iltizam & semangat utk menaikkan profesyen.. bkn nk kata tp kita tengok kat lapangan byk dr klgn ini yg menunjukkan cth yg kurang sihat.. tidak beruniform lengkap adalah masalah paling asas.. dan jika kita perhalusi lagi.. sebenarnya dihospital.. apa saja tugasan yg d lakukan oleh ppp berkemungkinan akn d ambil alih oleh "pegawai" pd masa akn datang.. jd ana amat bersetuju dgn md najib bahawa ppp d kesihatan primer akn jd player sebenar.. di mana hala tuju sebenar ppp?? 10, 20, 50 tahun akan datang.. nama ppp harus ditukar kpd 1 entiti yg mempunyai identiti sendiri tanpa d bayangi oleh sesiapa..

    ReplyDelete
  6. Asslamualaikum wrt,
    alhamdulillah, begitulah senario asal PPP 5 tahun ini.
    Lembaga perlu membuat kajian untuk melihat 'impak skim ijazah terhadap motivasi PPP'. Maka secara seimbangnya dapat dilihat komitmen dan kompetensi u23/36 tersebut.
    Secara am dan randomnya, hampir dikatakan PPP yang berusaha meningkatkan diri sendiri dan imej PPP adalah majoritinya dari golongan PPP 29.
    Dari semakan graduasi PPP Sarjana Muda Sains Kesihatan Unisel cohort terakhir, didapati 11.7% adalah dari PPP pengajar, bakinya adalah PPP lapangan klinikal 88.3%.
    Manakala proportion gred didapati, 17.6% adalah dari kelompok PPP U32, manakala 70.5% adalah dikalangan PPP U29 yang bertugas lebih 5 tahun dan selebihnya adalah kalangan pengajar.
    Jelas jika PPP U32 telah merasa selesa dengan kedudukan mereka , ini satu kesilapan besar. Seadilnya kerajaan tidak memilih mereka sama sekali mengikut populariti dan politik tertentu sahaja. Seadilnya , tahap akedemik jelas menjadi kayu pengukur dan aras komitemen mereka serta kompitem mereka dalam ilmu pengetahuan.
    PPP U32 harus dan perlu terjun dalam bidang akedemik secara mendalam bagi memantapkan profesioan PPP dan seharusnya menjadi CONTOH bagi PPP U29 yang lain. Jika sebaliknya berlaku seperti senario 5 tahun ini, maka kesan nya 3 kali ganda kehadapan menjadikan kesan negetif kepada PPP dalam masa hampir 10-20 tahun gandaannya.
    Manakala bagi penjagaan kesihatan primer, bukan sahaja haluan dan akses kepada kesihatan primer, malah setelah kumpulan pertama master in public health HUKM pada tahun 2010,akan boleh menjadi langkah seterusnya merangka menjadikan pengkhususan(Specialist) kepada PPP primer.
    Jika dilihat flow atau algorythm yang tidak rasmi..

    DIPLOMA PPP (3 TAHUN DI KOLEJ)----->
    POS BASIK PHC/EMERGENCY DLL(6-12 BULAN DI KOLEJ)----->
    DEGREE IN HEALTH SCINCE(3 TAHUN UNISEL ) ----->
    MASTER IN PUBLIC HEALTH(2 TAHUN HUKM ).

    8 TAHUN TERSEBUT .. menjadikan keupayaan PPP sangat kompiten. bukan sekadar 6-8 tahun mendapat U32 LAGI yang dikejar seperti kaedah sebelum ini.

    algorythm tersebut secara tidak rasminya telah boleh manjadikan PPP yang kompiten dalam hala tuju dan akedemik PPP khasnya penjagaan kesihatan primer.

    Secara maklum nya, sains perubatan masih manjadi kengkangan PPP untuk aksess mereka. Namum Health scince dan departmen of public health in faculty of medicine ukm telah memberi aksess kepada PPP kumpulan pertama 9 orang.

    ReplyDelete
  7. Asslamualaikum wrt,

  8. ijazah sosiologi ok tak

    ReplyDelete
  9. najib kamarulzaman jgn megah sangat dengan ijazah dari ipts

    ReplyDelete
  10. saya nak minta maaf pada najib krn komen yg kurang baik tu.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.

    Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap rakan2.

    Saya menyokong sdr Najib atas perjuangan nya supaya PPP berusaha untuk meningkatkan taraf akademik.

    Syabas sdr Najib. Teruskan perjuangan...

    ReplyDelete
  12. Saudara NAjib teruskan perjuangan anda, anda telah jauh melangkah,, peduli apa dia org kata,, org akan mengata jika dia tidak ada, ipts atau ipta, janji ilmu dan pencambahanyaer

    ReplyDelete
  13. Kolej Universiti Sains Kesihatan Bersekutu...maknanya pengajar mesti ada master ??

    ReplyDelete
  14. Belum lg. Setakad ni kolej KKM belum ditukar kepada Kolej Universiti jd tiada kemestian pengajar wajib memiliki master/phd. Penaikan taraf kolej KKM ke pada Universiti/Kolej Universiti merupakan satu impian tetapi ia mempunyai banyak implikasi termasuklah isu perjawatan dan ini merupakan satu kekangan kerana kebanyakkan higher post di Bah latihan dipegang oleh PTD....

    ReplyDelete
  15. bila pulak baju MA lelaki nak tukar... dah banyak uniform seperti MA... contoh nye driver... pak guard... PKA... dan lain2

    ReplyDelete