7.05.2010

Kembara ke Bumi Scortland

Alhamdulillah, mulai semalam 3 Julai hingga 15 Ogos saya berada di University Of Dundee Scortland UK kerana mengikuti kursus Post Graduate Cert Teaching in Higher Edu (cerTHE).

Perjalanan ke sini mengambil masa 24 jam (bertolak dari KLIA jam 11.50 mlm dan sampai ke sini lebih kurang 11 malam waktu malaysia. Waktu disini ialah lebih kurang 3 petang). Dari KLIA ke Lapangan Terbang Heathrow mengambil masa 13 jam. Namun bagitu kemudahan business class yang kami perolehi menyebabkan tidak terasa letih. Kemudian kami menaiki pesawat BMI ke Endiburg scortland yang mengambil masa hampir satu jam. Selepas itu kami menaiki van yang telah diatur oleh pihak Universiti ke Dundee,Scortland.

Walaupun ini ialah kali ke 2 saya ke UK tetapi ini kali pertama ke scortland. Keadaan disini amat tenang dan nyaman dengan pemandangan yang sungguh indah. Walaupun sekarang musim summer, tetapi suhu agak sejuk dan berangin sehingga waktu malam terpaksa memasang heater.

Pemandangan indah sepanjang jalan dari Edinburg ke Dundee
Petang tadi sempat membeli barang2 keperluan memasak kerana apartmen yang kami duduki mempunyai fasiliti untuk memasak. Sesuatu yang agak mengejutkan ialah walaupun kami 'memborong' sampai penuh troli, tetapi jumlah bilah ialah cuma 36 paun sahaja!.

Besok bermulalah cabaran kami....

wassalam

abu aiman
Dundee, Scortland

7.02.2010

Mesyuarat JK Teknikal Ijazah bagi PPP

Pada 28 Jun 2010 yang lalu satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkembangan program ijazah bagi PPP yang akan dijalankan oleh OUM. Mesyuarat tersebut telah diadakan di OUM Kuala Lumpur dan dihadiri oleh LPP, Persatuan, Kesatuan serta beberapa orang PPP senior yang mewakili beberapa disiplin seperti Renal, Otopedik, kesihatan primer, Psikiatri, Anestesia dan Forensik.

Mesyuarat ini telah dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali Presiden/Vice Censelor OUM. Dalam ucapannya perasmiannya, beliau optimis program ini akan menjadi kenyataan dan OUM berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan LPP dan Kementerian Kesihatan secara amnya.

Mesyuarat ini juga telah membincangkan secara panjang lebar termasuklah aspek nama program. Antara nama program yang telah dipersetujui ialah DEGREE IN CLINICAL HEALTH CARE. Nama Medical tidak digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dengan program Perubatan. Sebanyak 6 disiplin teras telah dicadangkan iaitu Renal, Otopedik, Anestesia, Forensik, Keshatan primer dan Psikiatri. Namun bagitu, setiap pelajar hanya diwajibkan memilh 2 disiplin sahaja dalam program ini.

Sama2 kita berdoa agar usaha yang telah dimulakan ia akan menjadi kenyataan.

abu aiman