LATARBELAKANG
Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak merupakan Institusi Latihan Pembantu Perubatan yang kedua diwujudkan di Malaysia. Kolej Pembantu Perubatan yang lain ialah di Seremban, Negeri Sembilan, di Kucing, Sarawak dan Alor Setar, Kedah.
Pada asalnya Kolej ini telah digunakan bagi latihan Penolong Jururawat dan Pembantu Hospital Rendah serta kursus-kursus pendek yang berkaitan dengan psikiatrik sehinggalah pada tahun 1991, perancangan telah dibuat bagi menaiktarafkan latihan Diploma Pembantu Perubatan.
Kolej ini secara rasminya beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran peserta perintis Pembantu Perubatan serami 50 orang. Bagi memenuhi kurikulum latihan Diploma Pembantu Perubatan ini, pelbagai usaha bagi mempertingkatkan prasarana telah buat secara berperingkat-peringkat. Malah kurikulum juga telah berlaku perubahan kepada sistem kredit. Di samping mengadakan latihan Diploma Pembantu Perubatan, Kolej ini juga telah berkembang dengan mengadakan kursus-kursus lanjutan Pos Basik serta kursus peningkatan profesion secara jangka pendek untuk Sains Kesihatan Bersekutu.
PENCAPAIAN
Antara pencapaian dan anugerah yang dimenangi oleh Kolej ini ialah:
1. Pengiktirafan Pengurusan Sistem ISO 9002 pada tahun 2002
2. Anugerah Hari Kualiti KKM Peringkat Kebangsaan tahun 2003. Memenangi
Anugerah Kolej Pengurusan Terbaik di kalangan Kolej-Kolej Kementerian Kesihatan di seluruh Malaysia.
3. Memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak kategori IT tahun 2004
4. Tempat ke 2 Pertandingan Inovasi JKN Perak 2004
5. Tempat ke 2 Pertandingan KMK JKN Perak 2005
VISI
Mengeluarkan Pembantu Perubatan yang komited kepada perkhidmatan pesakit yang menyeluruh berorientasikan aspirasi masyarakat, bersesuaian dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk membantu dalam mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan individu itu sendiri bagi membolehkannya hidup dalam suasana ekonomi dan sosial yang produktif. melahirkan Pembantu Perubatan yang komited dan berketerampilan klinikal asas yang tinggi serta menjadikan pembelajaran (medical education) satu amalan yang berterusan. dan menjadikan kolej sebagai pusat pendidikan pengajian sains kesihatan bersekutu.
MISI
Memimpin pelatih-pelatih ke arah pencapaian kecemerlangan dalam latihan demi untuk kemajuan dunia dan akhirat. Usaha yang berterusan ke arah memupuk kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik, profesionalisma dalam pengamalan dan sentiasa mengembangkan diri individu ke arah pendidikan yang berterusan, agar dapat melahirkan individu yang menyeluruh, mulia, komited terhadap aspirasi
masyarakat, negara dan universal
MOTO
’ALWAYS GO FOR THE BEST’
SLOGAN
MENGGILAP DAN MENJANA INSAN YANG CEMERLANG
salam sejahtera.
ReplyDeleteSyabas kepada atas usaha cikgu mewujudkan webblog ini. saya harap ia akan dapat di manfaatkan oleh warga K19.
TERIMA KASIH.
salam sejahtera....saya nk tnya mcm mna nk apply masuk ke kolej ni....
Deletesalam sejahtera....saya nk tnya mcm mna nk apply masuk ke kolej ni....
Deletebagaimana nak apply kolej ini
DeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteSatu usaha yang begitu menampakkan hasil yang memuaskan. Agak berkesan namun saya rasa dari segi accessebility agak kurang. Mumgkin agak baru bagi sesetengah pelatih dan ibu-bapa... tetapi idea untuk buat blogspot kump. 19 ni memang amat dihargai. Terima kasih le.... sesuah je
Waalaikumsalam.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumbalas anda.
Namum perkara yang baru jika dimulakan dari sekarang, lama kelamaan akan menjadi kebiasaan.
Harap web ini juga dapat dimanfaatkan oleh semua warga Kolej.
Terima kasih.
assalamulaikum,
ReplyDeletesaya rasa laman web ini perlu up to date dan mungkin lebih banyak gambar dimasukkan supaya lebih menarik
Terima kasih kepada komandaz.
ReplyDeleteMemang hajat tu nak up-date setiap minggu atau bulan tapi tak sempat.
Anyway, maklumat terkini tentang kolej cuti semester akan saya cuba sampaikan melalui web ini. Tentang gambar tu, memanglah menarik kalau banyak dmasukkan. Tapi ini web blog. Web blog agak terhad kemampuannya berbanding dengan web site biasa.
lamanya tak update
ReplyDeleteSAYA UCAPKAN TAHNIAH JUGA BUAT CIKGU YANG TELAH BERJAYA DALAM MENCIPTA WEB LOG INI. .KUMP21
ReplyDeleteTerima Kasih
ReplyDeletesalam,, best gak belajo kt kolej pp ulu kintan... :( saye bdk kkm gak tpi belajo kt swasta xbest nye ............ :(
ReplyDeletetunjuk kepada stuf nurse dan doktor ppp boleh berjaya dan betapa pentingnya ppp dalam perubatan dimalaysia.
ReplyDeletesebetulnya ppp harus bersatu dulu sebelum tunjuk kepada mo n sn ini tidak bila berada di hospital lupa pd yg klinik.perjalanan kita tak seragam.apa yg diperolehi juga tak sama.
ReplyDelete...
ReplyDeletecongrats pada cikgu alias for creating this great blog..
ReplyDeletesalam cikgu alias....saya ex student kppuk group 110702...mula kenal cikgu dari cikgu pelatih unisel lagi. terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada saya, jasa dan budi cikgu xkn saya lupakan. laman blog yang bagus, sebagai satu wadah info AMO dalam internet....
ReplyDeleteTerima Kasih.
ReplyDeleteMoga2 kalian berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
assalamualaikum....
ReplyDeletesaya bangga dengan kolej saya.....
salam...how t0 apply this college??
ReplyDeletefrom riko kuantan
Tuan perlu memohon kursus Diploma Pembantu Perubatan melalui SPA.
ReplyDeleteMaklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web SPA.
always go for the best & mengilap dan menjana insan yang cemerlang. satu moto dan slogan original drpd product ulu kinta. diharapkan pihak kolej akan melahirkan lebih ramai INSAN dan mendidik al-nas menjadi insan yg cemerlang.tahniah utk cikgu & semoga berjaya - K11
ReplyDeleteInsyaAllah, 2011 nanti akan tercipta satu lg sejarah buat KPPUK di mana ia akan menjadi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)Ulu kInta. Projek yang menelan hampir 400 juta itu sudah disiapkan melebihi 60%. Kolej ini mempunyai fasiliti setaraf dengan Universiti dan boleh menampung pelajar lebih dari 3000 orang.
ReplyDeleteJika saya kurang kebolehan utk buat pengucapan umum bolehkah saya jadi pengajar,adakah latihan akan diberikan,
ReplyDeleteperlukan banyak latihan 'public speaking'. lama2 ok le. setiap pengajar baru akan diberi kursus asas metodologi pengajaran selama 2 minggu. Kalau masa saya dulu, setahun (diploma pendidikan).
ReplyDeleteramai yg beri info jadi tutor ni banyak tekanan..
ReplyDeletesalam,,boleh terangkn x mcm mna ppp boleh jadi mo?btul ke sya dgr yg kalau kita dapat pointer 4.0 kita boleh trus frther study lpas sah jwatan??
ReplyDeletetekanan keja ada kat mana2. asalkan minat, ada kebolehan insyaallah boleh jd tutor.
ReplyDeleteso far x boleh lg jd MO walaupun dapat pointer 4.0. kalau nk jd mo kena ambil stpm then sambung belajar kat universiti luar spt di russia atau indonesia. dh ada beberapa orang ppp sedang buat medik di luar negara.
mngkin, akan datang peluang ppp utk buat medik lebih terbuka... doakan
salam..mksudnya walaupun kita dh ada dip in ppp kna amik stpm balik la???
ReplyDeleteijazah apa berkaitan untuk pangajar:
ReplyDeletebanyak tak perjawatan kosong sekarang ini?
Setakad ini pemegang DPP sahaja belum melayakkan utk mengikuti pengajian medik di IPTA dalam negara. Namun bagitu terdapat beberapa PPP yang mengikuti pengajian medik luar negara melalui beberapa kriteria lain sepeti ujian khas dsbgnya.
ReplyDeleteTerdapat beberapa ijazah yang diiktiraf oleh JPA bagi melayakkan PPP memohon memasuki skim pengajar spt:
1. Sarjana Muda Kepujian Sains Kesihatan (Pra Hospital)
2. Sarjana Muda Kepujian Sains Perubatan Kecemasan
3. Sarjana Muda Kepujian Sains Kejururawatan
4. Sarjana Muda Kepujian Pengajian Kejururawatan
5. Sarjana Muda Kepujian Bio-Perubatan
6. Sarjana Muda Kepujian Kesihatan pekrejaan
7. Sarjana Muda Kepujian Sains Forensik
Kekosongan: 28.8% (40).
TQ
biology usm tak termasuk ke en aiman
Deletediberitakan terdapat pengajar yg dilantik adalah dari fresh graduate yg bukan berkhidmat sbg PPP
ReplyDeletePPP akan d tempatkan di Klinik Desa.Keperluan utk melatih produk PPP meningkat.Pengajar amat berkurang.Apakah penyelesainnya...
ReplyDeleteApakah yang mebezakan fungsi/skop tenaga pengajar sekiranya Kolej sedia ada bertukar kepada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.
ReplyDeletebley up kan x gmbar makmal stimulasi kat klej korang../????
ReplyDeleteapa keistimewaan makmal tu ..???
Assalaamu'alaikum warahmatullah..
ReplyDeleteIlmu Pengetahuan Itu Kekuatan Ummah
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa sahaja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga.” [2646] Sahih At-Tirmidzi, juga di dalam Sahih Muslim dan Ibnu Majah
www.KoleksiHadisNabi.blogspot.com
salam
ReplyDeletebole saya tahu na mohon masuk kolej nie ?
dah mohon melalui spa. then , mcm mane nak tahu sama ada dapat atau tidak?
ReplyDeleteJika layak, SPA akan panggil temuduga. Jika dlm tempoh setahun tiada panggilan temuduga, isi semula borang SPA on line.
ReplyDeletemoga berjaya
urm.. camne nk mohon kolej ni selain melalui SPA?
ReplyDeletesy skrg bljr dh sem 5,pastu dpt ppp.mcm mne???
ReplyDeletesy skrg bljr dh sem 4 dip sns geomatik.dpt pggln tmdga ma n nurse.jka berjaya,ptt kew sy pegi???
ReplyDeleteBanyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membantu sdr membuat keputusan.
ReplyDelete1. Adakah sdr mendapat result yang baik dlm peperiksaan skg?. Jika sdr mendapat result yang baik, ia membantu sdr memperolehi pekerjaan atau menyambung pembelajaran. Sya nasihatkan sdr teruskan pengajian.
2. Adakah sdr meminati bidang pengajian skg? Jika sdr meminati bidang pengajian skg walaupun result sederhana, mungkin sdr akan berjaya juga nanti kerana ia adalah impian sdr. Sdr boleh teuskan pengajian skg.
3. Apakah prospek kerjaya dalam bidang yang saudara ceburi sekarang?. Jika prospeknya baik, mngkin sdr boleh teruskan kerana sdr hanya tinggal beberapa semester lg.
4. Jika ketiga2 jawapan diatas adalah negatif, maka sdr boleh pertimbangkan untuk mengikuti kursus ini. Perlu diingat, sdr perlu belajar lg selama 3 tahun, tetapi jk sdr lulus, insyaallah kerjaya menunggu sdr. Pluang uth belajar ke tahap lebih tinggi jga ada.
Selamat berjaya
t.ksh kpd abg abu aiman krn sudi m'bri nasihat yg sgt brguna.
ReplyDelete1.result teruk, byk repeat paper.
2.minat tp rasa x sesuai dgn personaliti saya
3.prospek baik.
4.x kisah bljr 3 thn lg krn x rugi apa2,dpt byk ilmu.
-sgt keliru.xthu mnt or x ma.tp nie dh kali ke-5 tmdga.org tua x paksa tp cnderung srh tmtkn pgjian skrg.
susah x blj ma?sy suka bio sbb sy suka mmbca.
apa2 pn bnda x psti lg dpt ke x.nt dpt bru pkir.
"LIFE LONG LEARNING"
selepas membua diploma PPP leh x sambung wat degree??
ReplyDeletesaya ada diploma jurusan lain.Kemudian saya berminat nak sambung pengajian dalam bidang perubatan.Jadi klu saya apply dalam SPA, saya kena mintak jawatan Latihan Penolong Pegawai Perubatan ke?btul ke pilihan saya tu?
ReplyDeleteLatihan PPP adalah separa perubatan sepertimana bidang lain seperti jururawat, fisioterapi, radiologi dan lain-lain.
ReplyDeleteNamun bagitu, kurikulum PPP mempunyai asas yang kukuh jika anda ingin menyambung ke bidang perubatan kelak.
Diploma yang anda miliki tidak membawa apa2 merit untuk anda memohon ke latihan PPP.
saper yg stdy m.a kat sane?
ReplyDeleteassalamualiakum...
ReplyDeletenk tnye...
pe klykn nk jd m.a...
kne amek bio kep...
kos nih yuran dy tggi x???
klykan nk jd m.a??tgk dlm SPA...biasanya aliran sains dia ambik sbg M.A...
Deletesalamm..saya adalah pelajar dalam aliran sains,nk tanyer apakah kelayakan untuk memasuki Kolej pembantu Perubatan dan dimana kah saya boleh mendapatkan borang tersebut..sekian terima kasih..
DeleteSdr ayong. Tuan boleh layari link di bawah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus separa perubatan.
ReplyDeletehttp://latihan.moh.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=57&Itemid=349&lang=bm
Saya dapat interview latihan separa perubatan diploma
ReplyDeleteuntuk jawatan penolong pegawai perubatan pada 11/10/2012.
Saya ingin bertanya kalau saya berjaya dlm interview tersebut
boleh tak saya bt penangguhan kepada kolej tesebut
kerana saya masih belajar di matrik dan tamat pengajian pada bulan 5
jika saya lepasan DPP,bawah SPA,boleh ke saya sambung blaja ke pringkt yg lbih tgi/degree?dan jika blh,dimana dan kos ape yg saya blh ambil ye?terima kasih kpd yg mmbntu....
ReplyDeleteLATIHAN SEBAGAI PEMBANTU PERUBATAN AKAN MENDAPAT KELEBIHAN JIKA MEMPUNYAI DEGREE ATAU TIDAK MEMPUNYAI APA2 KELEBIHAN??
ReplyDelete