Hari ini merupakan hari ke 8 bumi Palestin diserang oleh Zionis Yahudi Laknatullah. Bumi Palestin yang telah melahirkan ramai Anbia ini terus bermandikan darah. Serangan bertali arus udara dan darat setakad ini telah mengorbankan lebih 463 rakyat Palestin serta 2310 orang mengalami kecederaan.
Konflik Israel-Palestin ini telah berlanjutan selama 60 tahun. Ini adalah konflik terpanjang dalam sejarah ketamadunan manusia moden. Dunia hari ini hanya melihat dan merintih tapi tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan kegilaan Yahudi ini. Manakala pertubuhan OIC hanya bersidang dan mengeluarkan kenyataan 'Oh I See!'.
Sebenarnya ini adalah ujian Allah bukan sahaja kepada rakyat Palestin tetap kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ujian kepada Persaudaraan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” Riwayat Muslim
Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat agar Allah SWT membantu dan memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang yang menentang musuh Allah ini di Palestin dan seterusnya membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi Laknatullah.
Dinukilkan sajak luahan ROZAIS AL-ANAMY (Pasir Mas, Kelantan) untuk renungan kita bersama.
PRAHARA NAKBAH PALESTIN
Langit Genting Gaza terpercik darah
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah
Membakar kebun-kebun iman dengan nyalaan Silibiyyah
Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah
Membina tembok pemisah gergasi terpanjang di dunia
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar di marcapala
Hanya dengan tohmahan penyalahgunaan kawasan
Dijadikan masjid sasaran serangan
Mengesaki pemimpin jihad bersembunyi
Dewan ibadat dibom pada muka hari hijri
Wahai Zionis,
Sesungguhnya tembok yang kau hadangi
Tak dapat memisahkan ikatan imani
Bulatan persaudaraan seluruh jagat yang sama kiblat
Kukuh utuh dalam ikrar wahdah ang terpahat
Dlam semangat hijrah pejuang tak kenal lelah
Ruh jihad Palestin membara dalam mata para pria
Doa wanitanya jadi api membakar makar
Gema perjuangan sekian dekad tetap berlalu
Berkumandang di gegendang saudara sejagat merata buana
Desing peluru yang merobek kujur jasad warga
Tak mampu membunuh jiwa dan semangat seagama
Nakbah ini tidak akan lestari
Ghargad pasti layu di tanah Al-Ayubi.
Allah huAkbar!
abu aiman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allahuakbar!
ReplyDeleteYa Allah, berikanlah bantuan dan kemenanagan pejuang jihad dibumi palestin.