Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2009 telah berjaya menghasilkan Resolusi bagi meningkatkan tahap kompetensi dan Profesionalisma PPP.
abu aiman
Tuan-tuan boleh memberikan pandangan/bahaskan bagaimana Resolusi tersebut boleh dilaksanakan.
abu aiman
Assamualaikum wrt,
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya mengucapkan TAHNIAH kepada En.Alias kerana berjaya menjayakan konferans PPP 2009 bersama-sama pasukan dan ajk konferans dari perbagai lapisan PPP khasnya dalam menyusun kertas-kertas saintifik dan bengkel-bengkel yang terbaik dari seluruh negara. Semoga inspirasi en.alias akan terus konsistan dan berterusan disamping usaha-usaha tersebut dapat memberi impak kepada PPP negara ini.
Jika di ulang lihat resolusi konferans 2006, resolusi 2009 adalah lebih berdaya maju dan menghendaki PPP melihat jauh kehadapan tanpa mengira pangkat status dan latar belakang. Intipati resolusi 2009 adalah amat jelas sekali kepada semua PPP untuk di jana bermula saat ini.
Terdapat 4 resolusi utama yang perlu dijana dan di gembeleng semua lapisan PPP negara ini dengan moto ' embrace competency , propel professionalism'.
Untuk menjana dan mengembeleng resolusi tersebut ia tidak sesekali terhenti setelah tamat konferans dan sekadar resolusi sahaja sebagaimana resolusi-resolusi yang tidak berdaya maju. Langkah pertama :
1- Membentuk badan atau ajk atau kumpulan dinamik khas memantau perlaksanaan dan pencapaian resolusi tersebut.
2- Menetapkan mekanisma-mekanisma tertentu untuk mencapai resolusi tersebut dalam masa 3 tahun sekurang-kurangnya. Seperti menyediakan aras pengukur kejayaan resolusi ini hasil konferans PPP 2009 berbanding resolusi PPP 2006.
3- Menterjemahkan,memanjangkan secara rasmi kepada Lembaga,Persatuan,Kesatuan,Kolej dll di semua peringkat perjumpaan dan mesyuarat PPP.
4- Bersedia memberi maklum balas hasil resolusi PPP 2009 semasa konferans PPP 2012.
5- Mengenalpasti kumpulan pakar-pakar kumpulan pengurusan PPP dan pakar-pakar kumpulan akedemik dan klinikal PPP dari semua lapisan dan sektor untuk dijadikan rujukan atau penasihat resolusi ini.
Langkah hari ini, adalah langkah masa hadapan PPP negara ini.
Sekian, Wassalam.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
ReplyDeleteSyabas dan Tahniah ! diatas penganjuran konferens kebangsaan PPP 2009. Rasa amat ralat kerana terdapat halangan untuk menghadiri konferens pada saat saat akhir dan untuk bersama sama meraikan perasmian Wisma Pembantu Perubatan pada hari yang amat bersejarah 12 Julai 2009. Syabas kepada Persatuan dan AJK Saintifik yang telah berjaya merealisasikan konferens ini buat julung julung kali nya. Resolusi yang telah terlakar cantik diatas kertas persidangan seharusnya diterjemahkan melalui tindakan proaktif dengan 'menjelmakan' ia supaya menjadi kenyataan yang boleh dilihat dan dihayati oleh semua warga PPP Malaysia melalui resolusi:
Pembentukan Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)diperingkat Lembaga, Persatuan dan Kesatuan.
(mencadangkan jawatankuasa ini terdiri dari PPP yang berminat dan berdedikasi dengan 'research' dan hasil kajian mereka pernah diterbitkan dalam bentuk jurnal atau berbentuk laporan teknikal yang terbukti mutunya atau pernah terlibat dalam penulisan CPG dan mempunyai latarbelakang akademik yang baik dan boleh berfikir secara kreatif, analitikal, kritis dan mempunyai penguasaan yang baik dalam tatabahasa dan penggunaan software statistik seperti SPSS, Stat Calc, Minitab (sekadar memberi beberapa contoh).
Menetapkan sasaran penyelidikan setiap tahun
(mencadangkan pihak jkn setiap negeri membuat 'proposal' penyelidikan mereka dan pemilihan 'proposal' untuk pembentangan mestilah melalui tapisan yang ketat oleh panel yang berkelayakan supaya kajian yang memenuhi kriteria sahaja layak untuk pembentangan 'final'. Harap Tiada lagi kajian 'ad-hoc' dan pembentangan am.
Kepada Saudara Mohd Najib, tahniah dan syabas kerana memenangi anugerah pembentangan kertas saintifik terbaik pada konferens kali ini. Kepada rakan rakan pembentang yang lain, ini adalah permulaan kepada satu lagi permulaan yang lebih baik dan teruskanlah usaha murni anda kearah memperkayakan khazanah penyelidikan dikalangan warga PPP.
Saya akan 'post comment' lagi untuk resolusi yang lain.
Wasallam
16.07.09
tahniah kpd en najib .....kerana berjaya dalam pembentangan kertas kerja...dengar ceta masih ada lagi teman-teman en najib yang sama2 belajar..kat ukm tu...mengapa mereka tidak ikut serata dalam pembentangan tersebut kalau ada tentu persaingan lebih sengit lagi. moga ditahun hadapan kita dapat melihat teman en najib ikut serta memeriahkan lagi suasana persidangan dengan idea-idea baru yang lebih mencabar dan membuktikan PPP masih lagi releven jika dipacu dengan idea,komitmen,sokongan dan nasihat dari orang-orang lama yang bukan sekadar menjadi penghalang,keliru,irihati,sombong,dan tidak berdaya saing dalam sistem pendidikan semakin hari semakin releven untuk warga PPP
ReplyDeletesekian terima kasih
ABU GRACIA
Terima Kasih semua.
ReplyDeleteBagi mereliasasikan resolusi ke 4, Bah Pengurusan Latihan akan mengadakan Bengkel JK Teknikal pertama pada awal bulan depan di KPPUK.
Bengkel ini bertujuan untuk membuat brainstorming berkaitan dengan latihan Dip PP yang akan melihat dari pelbagai aspek seperti latihan, kemahian kurikulum dan sebagainya. Bengkel ini akan dihadiri oleh semua stakeholder iaitu Lembaga PP, Wakil Kesatuan, Persatuan, Bah Perkembangan, Bah Amalan, Bah Kes Awam, Penyelia PPP Negeri dan Hospital terpilih.
Selain dari meningkatkan kualiti Latihan PPP Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi diantara Bah latihan/kolej dengan perkhidmatan dan pihak berkepentingan.
abu aiman
Assamualaikum wrt
ReplyDeleteDua kumpulan yang ketara membezakan pengkhususan PPP dengan skim baru adalah
I- kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran(P&P) dan II- Khusus Klinikal.
Saya mencadangkan membuka 'external review pearl group'bagi PPP yang mempunyai kepakaran klinikal beserta kualifikasi dan berpengalaman sekurang-kurangnya mempunyai pos basik untuk berbengkel berkaitan mengembangkan pengkhususan klinikal disiplin-disiplin mereka, seperti :
1- Kumpulan A&E
2- ANESTHESIA DAN SURGERI
3- ORTHOPEDIC
4- ENT
5- EYE
6- SKIN
7- NEURO
8- IJN
9- KESIHATAN AWAM NCD/CD
10- NEFRO/HAEMO dll...
OBJEKTIF:
1- Melakukan 'review SOP A.M.O' agar 'up date' dengan klinikal-klinikal dari KKM atau dari 'evidence base clinical' yang lain serta melakukan kaloberasi pengetahuan dan skill klinikal terkini(phatology,disease,epidemology,defenasi,treatment,nursing care, rehabilative, preventive,promotive,pharmacology,management) bersama sama kumpulan pengajar basik PPP dari kolej kolej swasta dan kerajaan.
2- Kepakaran PPP disiplin-disiplin tersebut perlu terokai ruang dan peluang terkini mempunyai tempat dan peluang di IPT untuk di dukomenkan, seterusnya di iktirafkan serta di perkukuhkan dengan haluan dan laluan dari peringkat basik PPP, ke peringkat pos basik, ke peringkat ijazah, ke peringkat sarjana, dan phd. Tidak mustahil lagi , PPP kaya dengan disiplin klinikal sejak dahulu lagi, untuk menggalak PPP lebih kompiten, setiap PPP perlu ada cita-cita kepada pengkhususan sejak 3 tahun pertama bekerja lagi. Maka jika PPP jelas mengetahui haluan dan laluan mereka kepada disiplin klinikal mereka maka tidak mustahil lagi kita akan mendapat pengiktirafan 'assistant physician' bagi mereka yang mempunyai ijazah atau sarjana dan phd.
pandangan.
Saya bersetuju dengan pendapat 3PSiswazah.
ReplyDeleteMolek sekiranya saudara dapat mengusahakan kertas kerja yang berkaitan dan diajukan kepada Lembaga 2P dan Persatuan 3P. Saya rasa kedua2 badan tersebut mempunyai autoriti dan kapasiti bagi merangka halatuju 3P.
Adakah saudara terlibat dengan Persatuan diperingkat negeri atau Kebangsaan?. Adakah saudara menghadiri mesyuarat agong persatuan?. Alangkah elok sekiranya saudara berada didalam saf kepimpinan badan tersebut bagi mengutarakan idea2 bernas bagi memajukan 3P.
Jika tidak saya rasa khuatir, ia umpama kucing mengiau harimau. Harimau terus lena, kucing kehabisan suara....
as saffah
Setuju dengan pandangan as saffah dan 3P siswazah
ReplyDelete3P diperingkat lapangan juga wajar memberikan idea bernas dari sudut pandangan mereka demi kebaikan dan kemajuan profession 3P sendiri. Saya percaya dalam situasi sekarang telah ada satu 'mindset' dalam pemikiran PPP akan kepentingan untuk meningkatkan keterampilan diri dengan penguasaan ilmu dan kemahiran klinikal. Bidang sains kesihatan bersekutu di Malaysia kini telah menjadi satu 'industri' kearah melahirkan "Allied Health Professionals" yang benar benar PROFESSIONAL. IPTA/S saban hari mengiklankan peluang kemasukan ke kolej/universiti mereka dengan daya tarikan yang tersendiri. Kerjaya PPP kini dilihat setanding dengan kerjaya yang lain dan amat relevan dengan keperluan semasa. 'Pathway' yang jelas haruslah dirangka, agar ia dapat membuka laluan untuk PPP memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka kepada satu tahap dimana mereka yang memiliki 'sub-specialization' berganding bahu dengan Pakar dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
Salam 1 Malaysia
"Pencapaian di utamakan, rakyat di dahulukan"
Wasallam
do agree with dira_ma. but again, we stil have to specialised our scope. thinking about future of ppp. alied health professional not belong to just a separa perubatan groups, it also belong to profesional groups as audiologist, speech therapist. do you remember those days that place belongs to ppp but, now? ppp was kicked out because the right officer was came. time is changing but we, our senior ppp still dreaming bout the 70s & 80s. come on people this is new millineum. you're not competence, you're kicked out.
ReplyDeleteppp is death man. realy death. please think about 10 years onward. frankly speaking, who can stand and firmly said, i'm ppp and i know what i'm doing when they post the new officer in your place. eg: those days you're doing audiology, but they send the audologist to your place. again, experience vs qualification.
ReplyDeleteGreat and that i have a keen offer you: What Do House Renovations Cost home reno costs
ReplyDelete