10.05.2011

KSKB Ulu Kinta, Menggapai Impian...



KSKB Ulu Kinta merupakan satu mercu tanda baru dalam bidang sains kesihatan bersekutu di negara ini. Projek yang menelan kos hampir 400 juta ini telah berjaya disiapkan dan mula beroperasi mulai Julai 2011 yang lalu.

Lebih membanggakan ialah, kejayaan projek ini adalah kesinabungan daripada impian dan harapan semua warga KKM, BPL serta KPP Ulu Kinta sendiri. Kalau ditoleh dari daripada visi KPP Ulu Kinta iaitu '..untuk menjadikan kolej sebagai pusat pendidikan pengajian sains kesihatan bersekutu', maka bolehlah dikatakan impian tersebut telah tercapai.

Justeru, satu misi baru KSKB Ulu Kinta telah dirangka bagi menggapai impian dan harapan baru iaitu;

'Untuk merealisasikan impian dan harapan setiap insan dalam menitikberatkan kesempurnaan dalam penjagaan kesihatan dan membantu masyarakat untuk mereka lebih mengambil berat tentang pentingnya kesihatan. Ia juga menjadikan setiap pengamal perubatan bekerja lebih profesional dan berintegriti tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Menerapkan nilai2 murni dalam diri setiap ahli dalam memberi khidmat perubatan kepada masyarakat.'

Dari segi infrastruktur, Kolej ini mempunyai infrastruktur yang setaraf dengan universiti di negara ini. Kemudahan yang sofistikated dan terkini dibina bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk semua warga kolej terutamanya pelajar.

Kolej ini mempunyai keluasan 35.5 ekar, iaitu sebahagian drpd kwsn Hospital Bahagia Ulu Kinta.Terdiri drpd 5 blok akedemik, 1 masjid, 1 dewan makan, 1 banglo kediaman pengarah, 2 kuarters pensyarah dan 2 asrama pelatih. Kampus baru ni menempatkan semula pelatih2 dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping dan satu kursus baru iaitu Pembantu Pegawai Farmasi.

Semoga kolej ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan KPP Ulu Kinta bahkan ia diharapkan dapat mengorak langkah dengan lebih jauh lagi ke arah impian menjadi Kolej Universiti Sains Kesihatan Awam yang pertama di negara ini.

Semoga impian ini menjadi kenyataan...

abu aiman


Lihatlah kehebatan dan keindahan Kolej ini