Mohd Najib Kamarolzaman.
Pos Basic PHC. Bach.Health Sc(Hons)UNISEL .On Master Comm.Health Sc UKM.
Assalamualaikum.
Berkaitan dengan pertukaran En. Mansor, kami juga terkejut…lebih 10 kali terkejut, sedih dan bangga…bercampur baur. Beliau merupakan seorang mentor dan harapan kita untuk memperjuangkan PPP tetapi telah berhijrah ke bahagian lain di KKM.
Menyentuh perkara yang berkaitan dengan program pendidikan dan perkembangan akademik PPP, di penghujung tahun 2008 lalu, saya telah mengadakan diskusi ringkas dengan En Mansor bagaimana untuk merencanakan program pengajian peringkat ijazah untuk PPP secara kolaberasi dengan UKM. UKM melalui Pusat Kembangan Pendidikan (PKP UKM) sudah mengambil maklum bahawa terdapat keperluan bagi mewujudkan program ijazah sains kesihatan khasnya untuk PPP dan paramedic di negara ini.
Namun bagitu, sehingga kini saya masih tidak mendapat maklumbalas daripada En Mansor dan ‘pasukannya’ bagi menggerakkan usaha ke arah itu. Persoalan saya, selepas ini kepada siapakah tempat kami merujuk bagi meneruskan komitmen kami agar program ini dapat direalisasikan.
Melihat kepada produksi PPP yang bergraduat dalam setahun, amat kurang atau ‘zero’. Ini menunjukkan bahawa tiada peningkatan dalam perkembangan akademik di kalangan PPP. Saya difahamkan terdapat ‘kekurangan’ pengajar yang berdaftar dengan lembaga PPP bagi memenuhi pengisian jawatan pengajar. Saya melihat tiada intake pengajar yang di ambil secara regular bahkan tiada iklan pengajar baru yang dibuat.
Jika dilihat secara random, di kalangan PPP yang seramai 7 ribu orang, amat sedikit yang memiliki degree. Ilmu, keupayaan dan skill golongan minoriti ini juga tidak digunakan sepenuhnya seperti dilantik menjadi pengajar, atau penyelia hospital daerah atau negeri.. Bahkan bagi yang memiliki master, arah dan hala tuju mereka kabur kerana tiada ‘parthway’ yang jelas dalam kerjaya PPP di negara ini.
Saya sedar peranan persatuan dalam memperjuangkan kerjaya PPP. Namun bagitu kami menghadapi limitasi untuk berinteraksi dengan persatuan dalam bentuk ‘contact person’ yang boleh memperjuangkan agenda persatuan terutamanya dalam memertabatkan PPP melalui peningkatan akademik.
Setelah skim bersepadu dilaksanakan pada tahun 2007, Lembaga PPP dan persatuan masih tidak konsisten dalam menyatakan degree yang memenuhi spesifikasi PPP sendiri. Ini sedikit sebanyak menjejaskan produksi PPP berijazah setiap tahun.
Adalah diharapkan, kumpulan minoriti PPP yang mempunyai ijazah dan master akan digunakan keupayaan mereka semaksimun mungkin bagi kepentingan kerjaya, persatuan dan PPP sendiri. Ini sekaligus dapat mengelakkan berlakunya ‘brain drain’ dikalangan PPP.
Jika ini tidak ditangani, ke mana arah PPP selepas ini?
Sekian.
Mohd Najib
Bera, Pahang
Tahniah kepada Tuan Mansor yang di sayangi selalu. Dari coretan En Najib tersebut mungkin dari petikan penulisan tidak rasmi beliau agaknya yang menggunakan bahasa tidak formal. Its OK.
ReplyDeleteTahniah kepada en.najib, satu penulisan 'overall' dan pemikiran keritis beliau setanding dengan kualifikasi kualifikasi beliau sebelum ini seperti yang tertera dan jarang jarang saya melihatnya sejauh dan setinggi itu kualifikasi en najib tersebut.
Saya tertarik dengan 3 perkara pemikiran beliau:
1- Brain Drain
2- Pathway PPP dari peringkat diploma, pos basik, ijazah dan master dan phd.
3- Keupayaan memperjuangkan PPP yang sedang dan telah garaduasi.
satu pandangan dan pemikiran yang kritis dan kehadapan. Tahniah kepada en .najib.
Sekian.
-Putrajaya-
Azmin, mailestiman@yahoo.com