7.05.2010

Kembara ke Bumi Scortland

Alhamdulillah, mulai semalam 3 Julai hingga 15 Ogos saya berada di University Of Dundee Scortland UK kerana mengikuti kursus Post Graduate Cert Teaching in Higher Edu (cerTHE).

Perjalanan ke sini mengambil masa 24 jam (bertolak dari KLIA jam 11.50 mlm dan sampai ke sini lebih kurang 11 malam waktu malaysia. Waktu disini ialah lebih kurang 3 petang). Dari KLIA ke Lapangan Terbang Heathrow mengambil masa 13 jam. Namun bagitu kemudahan business class yang kami perolehi menyebabkan tidak terasa letih. Kemudian kami menaiki pesawat BMI ke Endiburg scortland yang mengambil masa hampir satu jam. Selepas itu kami menaiki van yang telah diatur oleh pihak Universiti ke Dundee,Scortland.

Walaupun ini ialah kali ke 2 saya ke UK tetapi ini kali pertama ke scortland. Keadaan disini amat tenang dan nyaman dengan pemandangan yang sungguh indah. Walaupun sekarang musim summer, tetapi suhu agak sejuk dan berangin sehingga waktu malam terpaksa memasang heater.

Pemandangan indah sepanjang jalan dari Edinburg ke Dundee
Petang tadi sempat membeli barang2 keperluan memasak kerana apartmen yang kami duduki mempunyai fasiliti untuk memasak. Sesuatu yang agak mengejutkan ialah walaupun kami 'memborong' sampai penuh troli, tetapi jumlah bilah ialah cuma 36 paun sahaja!.

Besok bermulalah cabaran kami....

wassalam

abu aiman
Dundee, Scortland

7.02.2010

Mesyuarat JK Teknikal Ijazah bagi PPP

Pada 28 Jun 2010 yang lalu satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkembangan program ijazah bagi PPP yang akan dijalankan oleh OUM. Mesyuarat tersebut telah diadakan di OUM Kuala Lumpur dan dihadiri oleh LPP, Persatuan, Kesatuan serta beberapa orang PPP senior yang mewakili beberapa disiplin seperti Renal, Otopedik, kesihatan primer, Psikiatri, Anestesia dan Forensik.

Mesyuarat ini telah dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali Presiden/Vice Censelor OUM. Dalam ucapannya perasmiannya, beliau optimis program ini akan menjadi kenyataan dan OUM berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan LPP dan Kementerian Kesihatan secara amnya.

Mesyuarat ini juga telah membincangkan secara panjang lebar termasuklah aspek nama program. Antara nama program yang telah dipersetujui ialah DEGREE IN CLINICAL HEALTH CARE. Nama Medical tidak digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dengan program Perubatan. Sebanyak 6 disiplin teras telah dicadangkan iaitu Renal, Otopedik, Anestesia, Forensik, Keshatan primer dan Psikiatri. Namun bagitu, setiap pelajar hanya diwajibkan memilh 2 disiplin sahaja dalam program ini.

Sama2 kita berdoa agar usaha yang telah dimulakan ia akan menjadi kenyataan.

abu aiman

5.25.2010

Pakaian Seragam Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/42 dan Gred U32 (KUP)

Di bawah adalah kandungan Surat dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang bertarikh 13 Mei 2010. yang berkaitan dengan Pakaian Seragam bagi PPP Gred U41/42 dan U32 (KUP).
.....................................................................................

KKM.KPK.5305.20/11 Jld. 45(34)
13 Mei 2010

PAKAIAN SERAGAM PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41/42 DAN GRED U32 KHAS UNTUK PENYANDANG

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa mulai 6 April 2007, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/U42 di beberapa aktiviti di bawah Program Perubatan dan Kesihatan Awam di KKM. Manakala pada tahun 2009, pihak JPA telah meluluskan pemberian kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 bagi pegawai yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun.
3. Dengan yang demikian, KKM bersetuju untuk mengekalkan pakaian seragam yang sedia ada dipakai oleh penyandang mengikut gred yang terakhir kepada semua Penolong Pegawai Perubatan yang terlibat sehingga keputusan berkaitan pakaian seragam yang baru diputuskan. Arahan ini berkuatkuasa pada tarikh surat ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang ikhlas
t.t.
TAN SRI DATO' SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

...............................................................................................

Note:
Walaupun sudah Gred U42- tetapi jika Gred terakhir adalah U29, maka pakaian seragam adalah pakaian gred u29.

5.15.2010

Degree in Medical Care (Hons)

Semalam (14 Mei 2010) saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat antara Open Universiti dan Lembaga PP bagi membincangkan untuk mengadakan ijazah dalam Medical Care untuk PPP. Open Universiti di ketuai oleh Ass Prof Che'An Ahmad, Head School of Nursing and Allied Health Sciences, OUM.

Hasil perbincangan adalah sangat positif. Ijazah yang dicadangkan adalah 2 tahun secara Distance Learning yang menggambungkan keadah pembelajaran secara Blended Learning- yang merupakan satu kepakaran dan method utama OUM. Jika semuanya berjala lancar, ijazah ini akan mula dijalankan seawal 2011.

Terdapat 4 bidang kepakaran/pengkhususan yang dicadangan bagi ijazah ini iaitu Forensik, Orthopedik, Anestesia dan Renal. Bidang-bidang ini merupkan satu area utama PPP bekerja. Bagi bidang2 lain, mungkin akan dipertimbangkan dimasa akan datang.

Sekiranya ijazah ini menjadi kenyataan, maka PPP sekarang sudah mempunyai satu lagi wadah untuk meningkatkan taraf akademik dan career parthway dimana PPP yang bekerja di ED/komuniti boleh memilih ijazah kecemasan UKM dan PPP yang bekerja di unit-unit kepakaran boleh memilih ijazah OUM. Bagi PPP di kesihatan awam, InsyAllah lembaga sedang berusaha dengan IPTA/S untuk mengadakan ijazah khas untuk mereka.

abu aiman

4.12.2010

Bengkel Pembangunan Kurikulum Kursus Ijazah Sarjana Muda Paramedik Kecemasan

Berita baik kepada semua PPP.

Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Lembaga PP, Persatuan dan Kesatuan sedang merangka satu ijazah khas untuk PPP. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan. Terkini, satu bengkel telah diadakan pada 10 - 11 Aprl lalu di Wisma PP di Kajang bagi membincangkan secara terperinci dari aspek nama kursus, kurikulum serta mod pembelajaran.
Beberapa nama telah dicadangkan untuk kursus tersebut termasuklah Ijazah Sarjana Muda Paramadik kecemasan (Kepujian).
Mod pembelajaran ialah secara PJJ selama 2 tahun sahaja (Topping-up).
Jika tuan mempunyai idea nama lain yang sesuai, bolehlah beri pendapat diruangan ini.
Jika mendapat kelulusan, program ini dijangka akan mula dijalankan pada tahun 2011. Sama2 kita berdoa agar program ini berjaya dilaksanakan kerana ia merupakan satu program yang benar2 dibuat khas untuk PPP bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Syabas kepada semua yang telah berusaha bersungguh menyumbang idea bagi memastikan program tersebut akan menjadi kenyataan terutamanya lembaga, persatuan da kesatuan PP dan BPL.

Tonggak utama projek ini ialah Prof. Madya Dr. Hj. Ismail Saiboon, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, PPUKM.

4.04.2010

The 10 most trusted professions

According to Consultant Psychologist, Paul Jambunathan- trust is a very complex behaviour where we allow ourselves to be subjected to another.

The most trusted professions were mostly science and medicine oriented as below:

1. Pilot
2. Teacher
3. Doctor
4 Paramedic
5. Firefighter
6. Surgeon
7. Scientist
8. Dentist
9. Pharmacist
10. Nurse

One interesting findings is that CEOs, at number 27 have lower rankings than musicians (21), tour guides (23) and stewardesses (26).

more reading in Readers Digest Mac 2010..

3.06.2010

Kursus Asas Metodologi Pengajar

Seramai 48 orang pengajar-pengajar institusi latihan KKM lantikan Januari 2010 sedang menghadiri kursus Asas Metodologi Pengajaran di Corus Resort PD sejak 1 Mac lalu. Kursus yang dijalankan selama 2 minggu ini bertujuan memberi pendedahan dalam aspek metodologi pengajaran dan pembelajaran.

Semalam, saya telah diminta untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan pedagogi dan andragogi kepada peserta kursus. Masa yang diperuntukan selama 4 jam kepada saya terasa bagitu pendek kerana banyak perkara2 yang berkaitan dengan aspek pedagogi pengajaran perlu dibincangkan. Melalui maklumalas ceramah serta sesi soal jawab didapati rata2 peserta mempunyai minat yang tinggi dalam aspek pengajaran.

Di akhir kursus setiap peserta perlu membuat teaching demo/micro teaching. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta bagaimana untuk mengajar dengan cara yang betul melalui aplikasi teori-teori yang telah dipelajari dalam kursus ini.

Diharapkan, agar segala ilmu yang diperolehi, dalam kursus ini dapat dimanfaatan oleh peserta bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran di ILKKM.

abu aiman

1.10.2010

Klinik 1Malaysia: Doktor Swasta Tidak Perlu Bimbang


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, doktor swasta tidak perlu bimbang bahawa pendapatan mereka akan terjejas dengan kewujudan klinik 1Malaysia.
Beliau berkata, ini kerana 50 klinik 1Malaysia yang diwujudkan di seluruh negara hanya akan menumpukan kepada pemeriksaan kesihatan yang biasa seperti memeriksa tekanan darah dan kandungan gula.

"Sebenarnya mereka tidak terjejas sebab kes-kes daripada sini akan kita rujuk kepada mereka. Umpamanya jika pesakit ada hubungan dengan manamana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka.

"Tetapi ini memudahkan rakyat membuat pemeriksaan biasa seperti paras gula dalam darah, periksa tekanan darah kalau mereka hipertensi. Untuk pemeriksaan lebih lanjut, mereka akan pergi ke klinik swasta atau hospital kerajaan.

"Jadi saya tak anggap ini sebagai 'winlose situation' tetapi sebenarnya ia adalah 'winwin situation', rakyat mudah, dan klinik swasta pun akan dapat pelanggan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik 1Malaysia Kerinchi di Lembah Pantai di sini.
Najib berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kebimbangan yang disuarakan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berhubung kewujudan klinik 1Malaysia yang dianggap boleh menjejaskan pendapatan mereka.

Beliau berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengadakan sesi dialog dengan anggota MMA mengenai perkara berkenaan.
Perdana Menteri menegaskan bahawa klinik 1Malaysia, yang setakat ini 44 daripadanya sudah beroperasi di seluruh negara, diwujudkan untuk kepentingan rakyat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, menganggap pencapaian Kementerian Kesihatan mewujudkan 44 klinik dalam masa dua bulan sebagai satu rekod dalam Bajet 2010 kerana sasaran untuk membuka 50 buah klinik 1Malaysia hampir dicapai dalam masa begitu singkat.
Mengenai cadangan untuk menambah bilangan Klinik 1Malaysia, beliau berkata, pihaknya akan membuat penilaian berdasarkan sambutan dan kesan yang diperoleh melalui pendekatan perkhidmatan kesihatan menerusi klinik berkenaan.

"Kita akan buat penilaian, jika mendapat sambutan hangat dan kesan yang begitu baik, saya tidak menolak kemungkinan boleh ditambah lagi. Tapi biarlah kita buat penilaian dulu sebab 50 buah klinik inipun bilangannya begitu besar. Kita juga perlu tentukan keberkesanan klinik dan pendekatan baru, daripada situ kita akan buat ketetapan," katanya.
Najib berkata, kebanyakan Klinik 1Malaysia terletak di kawasan bandar memandangkan di luar bandar terdapat 2,000 Klinik Desa sejak merdeka.

"Untuk 50 klinik, kita peruntukkan RM10 juta, tapi RM10 juta ini bukan untuk bangunan, ini adalah untuk kita buat peralatan dalaman sahaja dan untuk ubat-ubatan," katanya.
Terdahulu semasa berucap, Najib berkata, Klinik 1Malaysia amat menepati konsep 1Malaysia kerana ia benar-benar terbuka kepada semua kaum di negara ini terutama golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, konsep Klinik 1Malaysia yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di negara ini boleh dinikmati secara adil, saksama dan menyeluruh oleh semua rakyat, sejajar hasrat kerajaan.

"Dan akses untuk perkhidmatan kesihatan sedemikian mestilah pada kos yang paling minimum iaitu RM1, iaitu yang termurah di dunia atau boleh disifatkan sebagai hampir percuma.
"Selain itu, pesakit tidak perlu tunggu lama kerana Klinik 1Malaysia akan memberikan layanan pantas. Dalam keadaan ini, Kementerian Kesihatan mendapat untung kerana boleh mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan asas," katanya.

Perdana Menteri berkata, Klinik 1Malaysia akan beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dan masa perkhidmatan adalah dari pukul 10 pagi hinggga 10 malam dengan dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih. - BERNAMA

Ulasan:

Pelaksanaan klinik 1Malaysia ini merupakan satu peluang untuk PPP menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang serta membuktikan kepada masyarakat bahawa PPP mampu memikul tanggungjawab ini dengan erkesan. Sebenarnya peranan ini bulanlah asing dan baru bagi PPP. Peranan ini sedang dan telah djalankan oleh PPP semenjak dahulu lagi tetapi selama ini masyarakat secara keseluruhanya tidak mengambil berat atau kisah terhadap apa yang telah dilakukan oleh PPP. Apa yang menjadi perhatian dan di highlighted oleh masyarakat terutamanya pihak media ialah berita negatif berkaitan dengan PPP sahaja.

Namun melalui Klinik 1Malaysia ini, peranan PPP telah menjadi fokus sehingga pihak MMA sendiri mempertikaikanya. Seluruh negara akan memerhatikan apa yang berlaku kepada klinik ini. Jika ia mendapat sambutan melalui perkhidmatan yang cemerlang, ia akan memberi kredit kepada profesion PPP.

Justeru, kepada semua PPP yang terlibat dengan klinik 1Malaysia ini, anda menggalas tanggungjawab yang berat serta membawa jenama PPP ke seluruh negara. Lakukan yang terbaik, dan saya yakin, anda memang mampu memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang kerana PPP memang boleh!.

abu aiman

1.01.2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya. 2009 telah menjadi sejarah buat kita. Seperti biasa, kedatangan tahun baru akan diiringi dengan azam baru. Tentu ramai telah menetapkan pelbagai azam pada tahun 2010 untuk dicapai atau sekurang2nya memperbaharui azam lama yang tidak kesampaian.

Menoleh kembali pencapaian tahun 2009

Kebisaannya apabila disebut azam, ia akan merujuk kepada pencapaian ke arah kebaikan dan peningkatan dalam pelbagai aspek keperluan kehidupan. Kita lupakan azam mat-mat rempit yang mungkin berazam meningkatkan kemahiran merempit, atau perompak/pencuri yang berazam meningkatkan skill merompak atau meningkatkan hasil rompakan. Kita melihat pencapaian yang baik dan positif sahaja. Adakah tahun 2009 yang telah berlalu berjaya meningkatkan pencapaian kita dalam pelbagai aspek kehidupan kita?.

Dalam aspek kerjaya, berjayakah kita menjadi pekerja cemerlang tahun 2009. Tidak semestinya mendapat APC sahaja, sudah dianggap cemerlang tetapi lebih penting lagi tetapi mutu perkhidmatan yang telah kita berikan mendapat pengiktirafan daripada ketua jabatan, rakan sekerja atau pelanggan sendiri. Itu lebih utama dan dianggap sebagai kejayaan.

Mungkin ramai yang berazam di tahun lalu untuk meningkatkan tahap pendidikan seperti mengambil ijazah atau ijazah lanjutan. Adakah azam tersebut tercapai. Jika tercapai alhamdulillah, tetapi jika tidak kita harus membuat penilaian strategi semula. Kejayaan atau kegagalan kita ditahun 2009 harus nilai semula. Kenal pasti punca kegagalan, faktor-faktor halangan, faktor-faktor kekuatan dan kelemahan kita, faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhinya.

Bergerak ke hadapan di tahun 2010

Kejayaan tidak akan diperolehi dengan mudah. Ia memerlukan usaha, kegigihan, pengorbanan serta perancangan yang strategik. Justeru, menetapkan azam harus disusuli dengan perancangan yang teliti agar ia akan dapat dicapai.

Sebagai contoh, jika ditahun 2010 ini kita ingin menyambung pelajaran keperingkat ijazah, maka kita haruslah menyusun strategi bagaimana untuk mencapainya. Lihat kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang akan dihadapi jika kita ingin meneruskan pengajian. Ramai yang tidak tahu bgaimana untuk bermula seperti bidang apa, universiti mana, mod pengajian, sumber kewangan, masa, kekangan pekerjaan dan sebagainya. Jika faktor-faktor ini sudah di kaji dan dirancang dengan teliti, ia akan memudahkan kita bertindak dan bergerak serta mengenalpasti cara untuk mencapainya. Cara terbaik ialah dengan bertanya kepada rakan-rakan yang telah berjaya serta bandingkan dengan kemampuan kita. Tapi saya percaya kita semua mempunyai kemampuan dan peluang yang sama untuk berjaya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2010 akan membawa kejayaan buat diri kita, keluarga serta profesion yang kita ceburi. Marilah kita bergerak ke hadapan!

Niat(Azam)--usaha(strategic planning) ---doa ---Tawakkal ---Kejayaan

selamat menyambut tahun 2010

abu aiman
1 Jan 2010