7.02.2010

Mesyuarat JK Teknikal Ijazah bagi PPP

Pada 28 Jun 2010 yang lalu satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkembangan program ijazah bagi PPP yang akan dijalankan oleh OUM. Mesyuarat tersebut telah diadakan di OUM Kuala Lumpur dan dihadiri oleh LPP, Persatuan, Kesatuan serta beberapa orang PPP senior yang mewakili beberapa disiplin seperti Renal, Otopedik, kesihatan primer, Psikiatri, Anestesia dan Forensik.

Mesyuarat ini telah dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali Presiden/Vice Censelor OUM. Dalam ucapannya perasmiannya, beliau optimis program ini akan menjadi kenyataan dan OUM berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan LPP dan Kementerian Kesihatan secara amnya.

Mesyuarat ini juga telah membincangkan secara panjang lebar termasuklah aspek nama program. Antara nama program yang telah dipersetujui ialah DEGREE IN CLINICAL HEALTH CARE. Nama Medical tidak digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dengan program Perubatan. Sebanyak 6 disiplin teras telah dicadangkan iaitu Renal, Otopedik, Anestesia, Forensik, Keshatan primer dan Psikiatri. Namun bagitu, setiap pelajar hanya diwajibkan memilh 2 disiplin sahaja dalam program ini.

Sama2 kita berdoa agar usaha yang telah dimulakan ia akan menjadi kenyataan.

abu aiman

16 comments:

  1. alhamduliiah..haji siri sendiri yang umumkan baru2 ini di Mesyuarat jawatankuasa teknikal PPP Zon selatan Perak di taiping...harap harap adalah disiplin untuk bidang kardiologi

    ReplyDelete
  2. ainur zaini....

    saya sendri menyokong dengan usaha suara ini agar kardiolohi dapat diusahkan untuk ppp

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.

    tahniah kepada pihak lembaga PP, Persatuan PPP, Kesatuan PPP dan bahagian latihan dalam usaha untuk melihat lebih ramai PPP memiliki ijazah.

    dengan kepelbagaian ijazah yang dimiliki oleh PPP, saya harap PPP Malaysia dapat dinaikkan taraf sama dengan Physician Assistant, Paramedic di USA.

    saya harap selepas ini PPP yang dah memiliki ijazah dapat memartabatkan profesion PPP seterusnya menjadikan PPP sebagai satu profesion yang disegani.

    ReplyDelete
  4. Salam Sejahtera kepada semua PPP, saya terbaca artikel ini ketika sedang membelek-belek internet di rumah rehat.

    Md Saiful.. rasanya tak berapa sesuai untuk masukkan "memiliki ijazah dapat memartabatkan Profesyen ppp" saya rasa memang betul sebab selama ni PPP masih kurang martabat diri berbanding dengan Profesyen lain.

    Untuk PPP era baru dan PPP muda, Janganlah kecil hati dan marah atas fakta ini... panduan agar kita semua tidak lupa pada diri... kerana saya lagi lama dan tahu, lebih lama dari ketua PPP malaysia sendiri...

    Daripada Sub- Dresser assistant.. 1951.

    Kita kena terima hakikan bahawa PPP bukanlah satu Profesyen secara undang-undangnya. "Profesyen adalah satu kepakaran professioal yang hanya ada pada 1 golongan tertentu melalui ilmu pendidikan yang khas untuk golongan itu" (Cameron et al, 1992).

    Pada mulanya saya pun susah juga nak menerima hakikat. PPP memang bukan satu profesyen, kepakaran kita adalah gabungan kepakaran yang dipinjam dari Profesyen lain. (lebih 99% adalah Jururawat, Doktor dan medik). begitu juga halnya dengan pendidikan kita. Kita adakan Profesyen dan professional jika 100% profesyen tidak layak, tidak boleh dan tidak mampu secara keseluruhannya di laksanakan oleh bidang pekerjaan yang lain..

    ReplyDelete
  5. Maka di sini saya menerangkan kepad anda semua Fakta dan realiti PPP. Walaupun ada yang marah dan kecil hati, marah lah pada saya, tak mengapa.

    Pendidikan kita adalah hasil gabungan unik kepakaran profesyen lain. Wujudnya PPP Malaysia di dunia disebabkan untuk 'mengganti' doktor dan jururawat yang sibuk dimasa perang dunia.

    Kedudukan pendidikan kita adalah dari "informal experience knowledge" dan "observation learning".. tiada fakulti dan gazet khas dari mana-mana institusi pengajian tinggi sebelum ini. dan tiada buku serta penyelidikan ilmu yang khas dari kita yang telah digazetkan secara undang-undang atau tanpa undang-undang.

    Jawatan kita diserah sekali dengan penyerahan British kepada Malaysia sebelun 1957 ke dispenseri2 dan hospital malaysia, dan latihan melalui kaedah tadi masih diteruskan sehinggalah pada awal 60an.. satu kertas kerja telah dibentuk berdasarkan pemerhatian sekolah-sekolah jururawat.. untuk membina sekolah bagi generasi tertua PPP.

    program silibus dan subjek ditekankan untuk memberi latihan kejururawatan dan penjagaan pesakit di peringkat bawah/asal yang sekarang dikenali sebagai Kesihatan Primer. sedikit perubahan berlaku apabila PPP Hospital menjadi Sub-surgeon assistant dan memasukkan ilmu dan panduan dalam pembedahan ke dalam silibus yang pada tahun akhir 60anan di gugurkan oleh panel MMA.. Silibus merangkumi, pembedahan kecil, appendictomy, cataract, hernia, hammeroid, circumccion, small complete amputation, dressing post OP dan I&D..

    sebagai mengganti kepada penyerahan silibus sebagai hak penuh sebagai"salah satu kepakaran doktor" di Malaysia, MMA telah mengganti dan membantu PPP untuk mendapatkan Etiket kerja dan Akta mereka sendiri dan juga Lesen Amalan yang diperbaharui setiap tahun pada 70an.

    ReplyDelete
  6. Akta ini juga mernarahkan PPP secara undang2 untuk menjadi pembantu pada Profesyen perubatan dan salah satu segmen menyatakan Pembantu Perubatan perlu menjalankan kemahiran dibawah pengawasan seorang atau lebih Pengamal Perubatan". Akta ini memiliki nilai politik yang tersendiri dan nama Pembantu Perubatan ini, satu-satunya nama PPP dalam skim dan undang2.

    "Penolong Pegawai Perubatan" adalah satu gelaran untuk klasifikasi jawatan dan bukannya satu skim. Jika kita menggunakan "PPP" sebagai urusan rasmi, kita tidak akan dilindungi oleh akta kita sendiri. dengan erti kata lain satu akta khas dan Lembaga perlu dirombak semula khas untuk gelaran baru ini dan risiko pengawalan amalan untuk tidak boleh menjalankan kemahiran lain.

    Akhir kata dan nasihat dari saya... kita perlu memilih SATU sahaja kemahiran yang tidak boleh dijalankan oleh profesyen lain, mewujudkan Pendidikan Khas untuk kemahiran dan mengazetkan kemahiran itu sebagai KEPAKARAN yang menjadikan kita satu-satunya individu PROFESSIONAL dalam kepakaran ini. Barulah Kita wujud, memiliki martabat di aras sendiri dan memiliki PROFESYEN yang memiliki AKTA khas secara undang-undang. dan akhir sekali memilih satu gelaran untuk skim yang tidak merujuk kepada Profesyen lain walaupun profesyen kita ini tidak memiliki perkataan "perubatan" kerana selagi kita memiliki perkataan tersebut, selagi itulah mutlak dan profesyen kita masih kabur..

    Perubahan untuk pencapaian ini bukannya 10 atau 20 tahun berdasarkan ilham dan rancangan ini ditimbulkan sejak tahun 60an lagi. Tetapi apa yang dilihat, segalanya berlaku dengan begitu perlahan sekali..

    Saya boleh menikmati anugerah persaraan dan bercuti panjang tanpa memikirkan bekas jawatan yang pernah saya pegang 20 tahun dahulu.. tetapi saya tidak akan putus untuk menyeru kepada setiap ppp untuk mengorak langkan meneruskan visi dan cita-cita untuk kemenangan di masa akan datang.. ingatlah kejayaan jururawat, doktor, polis dan beberapa profesyen lain telah menggunakan pendekatan sama sejak lebih 100 tahun lalu.. dan telah mencapai kejayaan mereka disisi undang-undang dan negara ini..

    ReplyDelete
  7. Sedangkan Dresser baru mahu melangkah.. Oleh itu,
    Bersemangatlah dan berjuanglah kerana duduk di kerusi mewah sambil memeriksa pesakit dan duduk didalam bilik berhawa dingin serta bangunan yang lengkap peralatan sebenarnya bukanlah misi kita..

    Apabila sedang kanak-kanak kecil ditanya apa yang ada di hospital? mereka menjawab Doktor... Nurse.. dan MA.. maka hanya wakut itu sajalah kita sedar yang kita seuah memiliki martabat kita sendiri..

    Selamat Berjuang bagi kalian..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kpd Anonymous yang telah membuat satu analisa serta imbauan sejarah yang baik sekali.

    Moga2 dapat dikongsi dan dijadikan sebagai bahan fikir oleh generasi baru PPP.

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas pandangan encik anonymous. di sini saya ingin menyatakan bahawa jawatan PPP di Malaysia adalah satu profesion. kenapa?

    di USA dan beberapa negara maju, wujud jawatan PHYSIAN ASSISTANT. dan jawatan ini menjadi satu profesion di USA. pengajian pertama untuk PA ini bermula pada tahun 1965 oleh Dr Eugene A. Stead dari Duke University Medical Center di North Carolina. kalau dilihat dari sini, jawatan PPP lebih awal diwujudkan dari PA. money megazine, dalam kaitannya dengan Salary.com, profesion PA disenaraikan sebagai pekerjaan "terbaik kelima di Amerika" pada Mei 2006, berdasarkan baik pada gaji dan prospek kerja, dan pada pertumbuhan pekerjaan.

    kalau dilihat dari skop kerja PA adalah sama dengan kita PPP Malaysia. kenapa di negara maju jawatan Physician Assistant boleh menjadi satu profesion sedangkan kita PPP tidak boleh menjadi satu profesion? kalau di kaji lagi jawatan MEDICAL ASSISTANT dan PARAMEDIK USA, kita PPP pun melakukan kerja yang sama seperti mereka. Jadi di sini kita dapat lihat bahawa jawatan PPP adalah satu profesion. cumanya sekarang ni, kita perlu memantapkan lagi profesion kita dengan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

    ReplyDelete
  10. seblum terlambat, ingin saya tekankan di sini, bahawa MEDICAL ASSISTANT USA tidak boleh menjadi rujukan kepada jawatan kita PPP. ini kerana MA USA adalah orang yang melakukan kerja2 pentadbiran sahaja. MA USA hanya tau sedikit sahaja tentang ilmu perubatan. dan MA USA juga membantu Doktor, Physician Assistant, Nurse, Fisioterapi, Radiologi. semua nya dalam bidang pentadbiran. MA USA tidak melakukan kerja seperti mana kita PPP di Malaysia. rujukan untuk kita PPP Malaysia adalah Physician Assistant dan Paramedik USA.

    ReplyDelete
  11. MA takkan berkembang kalau asyik duk kutuk sesama kita...

    ReplyDelete
  12. 30.6.2010 saya pun telah diberitahu tentang ijazah ini...saya benar2 mengharap ia menjadi kenyataan...amin

    ReplyDelete
  13. ape perkembangan program ijazah ini?

    ReplyDelete
  14. bila ia akan benar2 menjadi kenyataan?
    boleh bagi makluman,
    plz...
    tQ

    ReplyDelete
  15. Sya difahamkan sedang menunggu kelulusan MQA untuk pelaksanaan.

    ReplyDelete
  16. bila program ini akan di jalankan?? MQA tidak luluskan ker.....dah lama perancangan tu...

    ReplyDelete