Semalam (14 Mei 2010) saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat antara Open Universiti dan Lembaga PP bagi membincangkan untuk mengadakan ijazah dalam Medical Care untuk PPP. Open Universiti di ketuai oleh Ass Prof Che'An Ahmad, Head School of Nursing and Allied Health Sciences, OUM.
Hasil perbincangan adalah sangat positif. Ijazah yang dicadangkan adalah 2 tahun secara Distance Learning yang menggambungkan keadah pembelajaran secara Blended Learning- yang merupakan satu kepakaran dan method utama OUM. Jika semuanya berjala lancar, ijazah ini akan mula dijalankan seawal 2011.
Terdapat 4 bidang kepakaran/pengkhususan yang dicadangan bagi ijazah ini iaitu Forensik, Orthopedik, Anestesia dan Renal. Bidang-bidang ini merupkan satu area utama PPP bekerja. Bagi bidang2 lain, mungkin akan dipertimbangkan dimasa akan datang.
Sekiranya ijazah ini menjadi kenyataan, maka PPP sekarang sudah mempunyai satu lagi wadah untuk meningkatkan taraf akademik dan career parthway dimana PPP yang bekerja di ED/komuniti boleh memilih ijazah kecemasan UKM dan PPP yang bekerja di unit-unit kepakaran boleh memilih ijazah OUM. Bagi PPP di kesihatan awam, InsyAllah lembaga sedang berusaha dengan IPTA/S untuk mengadakan ijazah khas untuk mereka.
abu aiman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Akhirnya menjadi realiti juga. alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang berusaha keras.
ReplyDeletealhamdulillah... pasni x mustahil ppp berijazah... yg penting, usaha + kerjasama + doa + tawakal : ppp y cemerlang...
ReplyDeleteSaya ingin bertanya , kenapa perlu ada perkataan medical care kerana ia melibatkan pihak doktor .....dan ia akan jadi lebih bertambah keliru serta sukar untuk pengiktirafan JPA bagi ke jawatan P&P . Saya rasa ada baiknya ijazah ini di tukar kepada Degree in Health Care cuma majoring sahaja yang akan ditentukan oleh pihak dekan. Lagi satu degree tersebut untuk PPP di hospital sahaja ....mane degree untuk PPP di Kesihatan awam dan kita banyak berpengaruh di bidang kesihatan awam . Jangan jadi degree yang mempunyai kepentingan pihak atasan tetapi sukar bagi PPP yang baru hidup untuk kemajuan kerjaya . Saya rasa kita juga perlu perbincangan semula dengan pihak PPP yang telah mempunyai master dalam bidang kesihatan dan pihak JPA agar degree yang diambil mempunyai masa depan yang cerah dan sekali gus mewajibkan semua ppp mengambilnya....renungkanlah 15 ijazah yang dihantar hanya 4 saja yang di iktiraf .
ReplyDeletecikgu Alias terima kasih kerana mengembangkan lagi kemajuan PPP..harapan saya usahan ini akan berjaya..PPP dah lengkap sekarang kearah PA..TQ
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteNama degree yang dcadangkan bukalah muktamad lg dan masih dalam pertimbangan pihak Universiti. Namun bagitu, cadangan nama Medical Care' difikirkan paling sesuai kerana bidang pengkhsusan adalah 'medical based'. lg pun nama medical lebih mempunyai impak kepada nilai degree. Perkataan 'Care' yang digunakan membezakan dengan profesion doktor perubatan.
Saya akui memang ada keprluan utama untuk mengadakan degree dalam kesihatan awam kerana populasi PPP dalam bidang ini tinggi. Pihak lembaga/persatuan juga ada mengusulkan perkara tsb dan beberapa IPTA/S berminat untuk mengadakan degree dalam bidang ini.
Namun bagitu, seperti degree2 lain, pihak Universiti memerlukan bantuan kalangan PPP yang berkelayakan untuk menyelaras serta memberikan input dalam bidang ini. Ini merupakan kekangan utama bagi melaksanakan impian tersebut kerana kita kekurangan PPP yang berkelaykakan yang sekurang2nya mempunyai degree atau master dalam bidang berkaitan.
ape perkembangan program ijazah ini?
ReplyDeletedah hampir 2thn aper perkembangan berkenaan dgree ini..
ReplyDelete