5.25.2010

Pakaian Seragam Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/42 dan Gred U32 (KUP)

Di bawah adalah kandungan Surat dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang bertarikh 13 Mei 2010. yang berkaitan dengan Pakaian Seragam bagi PPP Gred U41/42 dan U32 (KUP).
.....................................................................................

KKM.KPK.5305.20/11 Jld. 45(34)
13 Mei 2010

PAKAIAN SERAGAM PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41/42 DAN GRED U32 KHAS UNTUK PENYANDANG

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa mulai 6 April 2007, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/U42 di beberapa aktiviti di bawah Program Perubatan dan Kesihatan Awam di KKM. Manakala pada tahun 2009, pihak JPA telah meluluskan pemberian kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 bagi pegawai yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun.
3. Dengan yang demikian, KKM bersetuju untuk mengekalkan pakaian seragam yang sedia ada dipakai oleh penyandang mengikut gred yang terakhir kepada semua Penolong Pegawai Perubatan yang terlibat sehingga keputusan berkaitan pakaian seragam yang baru diputuskan. Arahan ini berkuatkuasa pada tarikh surat ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang ikhlas
t.t.
TAN SRI DATO' SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

...............................................................................................

Note:
Walaupun sudah Gred U42- tetapi jika Gred terakhir adalah U29, maka pakaian seragam adalah pakaian gred u29.

13 comments:

  1. Salam kepada semua pembaca blog. Apa yang berlaku sekarang adalah satu fenomena yang disebabkan perasaan irishati kepada org bawah yang naik ke jawatan yang lebih tinggi atau sama daripada/dengan kalian-kalian tersebut.oleh itu perlu ada beza diantaranya.Kelemahan sesetengah pihak yang masih berdiam walaupun pekara ini telah lama berbunyi.tiada langkah-langkah diambil. sepatutnya sekarang sudah ada uniform utk U41/U42 atau U41/U42 tidak perlu pakai uniform. kelemahan memang terselah, apabila sudah setahun berlalu tapi tiada tindakan diambil, ini menyebabkan berlaku pergolakan yang memalukan.perkara ini merupakan satu pekara yang ganjil berlaku dalam perkhidmatan Awam negara ini.Sepatutnya kita semua bersyukur dan bersatu padu. untuk mengukuhkan profesion PPP.kpd kalian-kalian sepatutnya bersyukur kerana dalam KKM saja dapat naik pangkat ke 41 keatas tanpa ada degree.

    ReplyDelete
  2. dah u41 dan u42,tapi kene pakai uniform u29?logik ke kalau difikirkan?kenapa perlu macam nie?ape faedahnye?kenape x leh tukar uniform?
    kalau dah gred 32 n 36 pon nak hasad dengki ngn 29 yg naik pangkat 41/42 sebab ade degree,apetah lagi jawatan2 lain dlm separa perubatan yg makin lah hebat hasad dengki kat PPP nie.
    penyelia sendiri yg busuk hati kat 29 yg ada degree.
    ish.ish.ish.kesiannnn si baju putih..sampai pencen la baju putih yer
    seb baek x bertukar jadi driver teksi

    ReplyDelete
  3. Salam kepada Tuan,
    saya ingin mempromosi salah satu pakaian yang boleh dipakai oleh tuan, iaitu baju batik yang menarik dengan harga yang juga menarik..

    layari http://mysmartshoppe.blogspot.com/

    TQ

    ReplyDelete
  4. apa beza u32 (hakiki) dan u32 (KUP).. sekadar baju yg membezakan...selain beban tugas yg dipikul oleh u32 baju hijau. lain2 faedah adalah sama termasuk kenaikan pangkat ke u36. persoalannya.. ini akn mewujudkan perasaan irihati kerana u32 (KUP) masih buat kerja yg sama dan tidak perlu ditukarkan sedangkan u32 (hakiki) perlu menempuh episod penuh ranjau apabila terpaksa ditukarkan ke negeri (malah disiplin kerja) yang berlainan.

    ReplyDelete
  5. Sehingga keputusan dibuat,I berpendapat pakaian U41/42 setimpalnya adalah yg dipakai oleh U36 iaitu baju hijau lengan panjang. Memandangkan keputusan awal dibuat berpandukan jawatan baru U41/42 yg dibentuk pada April 2007, ianya mengambil kira bg kumpulan KPSL. Jawatan U41 yg baru diambil terbuka jua kepada lapisan baru iaitu para siswasah freshy.....jadi apa pula pakaian utk mereka...pakaian terakhir mereka apa pula? Justeru itu, pekeliling ini tidak dapat digunapakai bagi PPP U41 yg baru dilantik. Memandangkan pakaian terakhir bg U42 ialah pakaian U36, ianya jua harus dimenterai utk PPP U41.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan cadangan anonymous 08december11. Tetapi pihak lembaga harus lebih profesional dan proaktif dalam menanggani isu ini.Jangan merencatkan pembangunan profesion sendiri dengan ada sikap iri hati.

    ReplyDelete
  7. PAKAIAN DARI DULU MENJADI TAJUK PERBAHASAN, YANG PENTING BUKAN UNIFORM TETAPI APAKAH TUGAS, SUMBANGAN YANG TERBAIK YANG MAMPU DIBERIKAN KHAS UNTUK JABATAN. INI SECARA TAK LANGSUNG AKAN MENAIKKAN IMEJ PROFESION PPP ITU SENDIRI. APA ADA PADA BAJU TETAPI JIKA PERANGAI, DISIPLIN MASIH TIDAK MELAMBANGKAN PROFESIONAL, INSAFLAH WAHAI PPP,

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya Pos U41/42 sepatutnya TIDAK diberi kepada PPP U36 secara KPSL. Ia sebenarnya merosakkan IMeJ PPP dimata Perkhidmatan lain. Sebaiknya PPP yang layak diberikan POS U41/42 adalah DIWajibkan mengambil IJAZAH terlebih dahulu sepertimana PDRM. Barulah IMEJ PPP dilihat setaraf dgn Jawatan kumpulan PnP lain.

    ReplyDelete
  9. boleh ianya diberi kepada yang memegang ijazah

    ReplyDelete
  10. Dah tiba masanya lembaga pp mengambil tindakan segera, atasi pergolakan ini. xsepatutnya ppp U29 yang ada Ijazah tetapi masih xdinaikkan pangkat sedangkan U36 yang xde ijazah sewenang2 dinaikkan pangkat ke U42. dimana keadilan. Jangan main politik kotor dalam profesion ppp sendiri. Terimalah hakikat ppp junior lebih berdaya maju dan aktif sekarang dalam perkhidmatan. Lagi satu, sepatutnya post ppp U29 diklinik kesihatan ditambah kouta.ni tidak dari zaman tok kadok tetap bagi 2,3ppp jea. kes makin banyak dengan jumlah pesakit makin meningkat. Sekaran, MO dah makin ramai isi kuota di klinik..apa salahnya letak PPPU29 ( 5-8 orang ) satu klinik dah bagi tugasan masing2. jangan dengki dan fikir negatif terhdap profesion sendiri. Uniform yang dah lapuk dok pertikai dari dulu lagi sedangkan profesion PPP dah semakin mantap....amat2 memalukan orang atasan masih ditakuk lama pemikiran.nak tengok depa...rajin2lah p konferen ppp dan nilai sndiri... jika soaljawab dengan ppp pun xleh nka jawab apatah lagi denga ketua atasan....berubahlah wahai ppp semua....

    ReplyDelete
  11. ada sesiapa tau pasal pekeliling rekabentuk pakaian klinikal PPP tak? kalau tak silap, pekeliling tahun 1997.. dah try google tapi tak jumpa. anybody can help?? mayb scan the letter here. tq.

    ReplyDelete
  12. Assammualaikum,boleh kasi pencerahan tak perbezaan antara pakaian seragam PPP dengan pakaian seragam PPKP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2020 ni saya jawab, ppkp lengan panjang putih, ppp pendek

      Delete