1.21.2009

Ke Mana Arah PPP selepas ini?

Oleh:
Mohd Najib Kamarolzaman.
Pos Basic PHC. Bach.Health Sc(Hons)UNISEL .On Master Comm.Health Sc UKM.

Assalamualaikum.

Berkaitan dengan pertukaran En. Mansor, kami juga terkejut…lebih 10 kali terkejut, sedih dan bangga…bercampur baur. Beliau merupakan seorang mentor dan harapan kita untuk memperjuangkan PPP tetapi telah berhijrah ke bahagian lain di KKM.

Menyentuh perkara yang berkaitan dengan program pendidikan dan perkembangan akademik PPP, di penghujung tahun 2008 lalu, saya telah mengadakan diskusi ringkas dengan En Mansor bagaimana untuk merencanakan program pengajian peringkat ijazah untuk PPP secara kolaberasi dengan UKM. UKM melalui Pusat Kembangan Pendidikan (PKP UKM) sudah mengambil maklum bahawa terdapat keperluan bagi mewujudkan program ijazah sains kesihatan khasnya untuk PPP dan paramedic di negara ini.

Namun bagitu, sehingga kini saya masih tidak mendapat maklumbalas daripada En Mansor dan ‘pasukannya’ bagi menggerakkan usaha ke arah itu. Persoalan saya, selepas ini kepada siapakah tempat kami merujuk bagi meneruskan komitmen kami agar program ini dapat direalisasikan.

Melihat kepada produksi PPP yang bergraduat dalam setahun, amat kurang atau ‘zero’. Ini menunjukkan bahawa tiada peningkatan dalam perkembangan akademik di kalangan PPP. Saya difahamkan terdapat ‘kekurangan’ pengajar yang berdaftar dengan lembaga PPP bagi memenuhi pengisian jawatan pengajar. Saya melihat tiada intake pengajar yang di ambil secara regular bahkan tiada iklan pengajar baru yang dibuat.

Jika dilihat secara random, di kalangan PPP yang seramai 7 ribu orang, amat sedikit yang memiliki degree. Ilmu, keupayaan dan skill golongan minoriti ini juga tidak digunakan sepenuhnya seperti dilantik menjadi pengajar, atau penyelia hospital daerah atau negeri.. Bahkan bagi yang memiliki master, arah dan hala tuju mereka kabur kerana tiada ‘parthway’ yang jelas dalam kerjaya PPP di negara ini.

Saya sedar peranan persatuan dalam memperjuangkan kerjaya PPP. Namun bagitu kami menghadapi limitasi untuk berinteraksi dengan persatuan dalam bentuk ‘contact person’ yang boleh memperjuangkan agenda persatuan terutamanya dalam memertabatkan PPP melalui peningkatan akademik.

Setelah skim bersepadu dilaksanakan pada tahun 2007, Lembaga PPP dan persatuan masih tidak konsisten dalam menyatakan degree yang memenuhi spesifikasi PPP sendiri. Ini sedikit sebanyak menjejaskan produksi PPP berijazah setiap tahun.

Adalah diharapkan, kumpulan minoriti PPP yang mempunyai ijazah dan master akan digunakan keupayaan mereka semaksimun mungkin bagi kepentingan kerjaya, persatuan dan PPP sendiri. Ini sekaligus dapat mengelakkan berlakunya ‘brain drain’ dikalangan PPP.

Jika ini tidak ditangani, ke mana arah PPP selepas ini?


Sekian.


Mohd Najib
Bera, Pahang

1.16.2009

Jasamu dikenang: Terima Kasih En Mansor

Hari ini Jumaat, 16 Januari 2009. Suasana pagi di tingkat 20, Bah. Pengurusan Latihan KKM agak tenang dan sunyi. Terasa sedikit kelainan berbanding dengan pagi-pagi sebelumnya. Kelihatan diwajah-wajah kakitangan terutamanya di unit UG seperti kehilangan seseorang.

Kebiasaanya dipagi-pagi sebegini, akan terlihat kelibat susuk tubuh yang sangat dikenali yang akan bersalam dan bertanya kabar kepada kakitangan di tingkat 20. Kehadiranya membawa ceria dan semangat kepada kakitanganya untuk berkerja dengan lebih tekun lagi. Rutin inilah yang telah berjaya membina 'ukhwah' dan semangat teamwork dikalangan kakitangan tkt 20.

Susuk tubuh yang dimaksudkan ialah En Mansor J.A.Fenner @Aziz. Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Kementerian Kesihatan terutamanya di kalangan paramedik.

Tanggal 15 Januari 2009, beliau telah meninggalkan BPL dan berhijrah ke Lembaga Promosi Kesihatan, iaitu sebuah badan berkanun di Bawah KKM. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Kanan Bahagian Perancangan dan Pembangunan. Ternyata, kepakaran dan pengalaman beliau yang luas telah dihargai dan beliau diberi tanggungjawab membantu merancang meningkatkan aktiviti promosi kesihatan di seluruh negara.

Menyorot kembali kerjaya beliau di KKM. Anak kelahiran Kg. Enggor, Kuala Kangsar ini telah mula menaburkan khidmat bakti sebagi HA pada September 1976 di Hospital Daerah Grik. Selepas itu beliau meneruskan khidmat di Hospital Daerah Kuala Kangsar dan PKK. Karai, Kuala Kangsar iaitu kampung halaman sendiri sebelum dilantik sebagai Pembantu Perubatan Klinikal di SLPP Seremban pada tahun 1990.

Selepas dilantik sebagai pengajar pada tahun 1992, melalui usaha yang gigih dan komitment kerja yang begitu tinggi, beliau telah mengalami peningkatan kerjaya yang bagitu cemerlang sehingga ke gred u4 (u40) - gred tertinggi dalam kumpulan sokongan. Beliau juga merupakan kumpulan pertama yang dilantik ke gred u44 (M) dalam skim pengajar. Ternyata kerlipan bintang kerjaya beliau amat menyerlah dan gemilang serta sukar ditandingi!.

Beliau juga merupakan seorang 'guru' yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat kepada anak murid serta rakan-rakan PPP. Pengetahuan serta kemahiran yang ada pada beliau sukar ditandingi oleh mana-mana PPP. Di BPL sendiri beliau merupakan 'resource person' yang menjadi pakar rujuk apabila melibatkan kerjaya dan latihan. Beliau juga merupakan 'backbone' dalam perkembangan kerjaya Pengajar dan PPP sendiri. Sumbangan beliau bukan setakad dalam negara sahaja, bahkan merentasi sempadan negara di mana beliau adalah pakar rujuk program JICA di Cambodia.

Setelah hampir 33 tahun menabur jasa dan bakti sebagai PPP dan Pengajar, akhirnya beliau diberi penghormatan ke jawatan yang lebih tinggi dan ini mungkin anugerah Allah kepada hambanya yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan.

Pada saya, beliau adalah seorang guru dan mentor yang sukar dicari ganti. Nasihat dan panduan yang dicurahkan amat di hargai dan akan dijadikan pedoman yang berguna. Harapan saya agar beliau akan terus memberikan sokongan, panduan dan tunjuk ajar kepada kita walaupun sudah berada di gred yang berbeza.

Terima kasih cikgu!.


abu aiman

1.12.2009

Degree in Health Science

Salam.

Minggu lepas semasa menghadiri bengkel menyediakan 'Standard for medical and health sciences - diploma, bachelor, master dan Phd' anjuran MQA saya sempat mengadakan perbincangan ringkas dengan beberapa Prof daripada UPM, UIA, USM dan beberapa IPTA/S lagi.

Secara dasarnya beberapa IPTA berminat untuk menganjurkan program degree 'Medical and health Science' yang saya kira releven dengan PPP. Seorang Prof dari sebuah IPTA telah menanyakan soalan kepada saya beberapa orang PPP yang sudah mempunyai master yang boleh mereka ambil sebagai tenaga pengajar utama. Mereka memerlukan PPP yang berpengalaman dan berkelayakan minimum (master) untuk membantu menjalankan program yang berkaitan dengan PPP seperti bachelor in paramedik, health care atau yang seumpamanya. Mereka mempunyai ramai pensyarah dalam medikal dan helath science tetapi mereka memerlukan juga input dari kalangan PPP sendiri supaya program yang dijalankan dapat memenuhi aspirasi PPP itu sendiri.

Sebuah IPTA yang terkenal dengan R&D nya juga berminat untuk menjalankan beberapa program bachelor Medical and Health Sciences seperti Helath Promotion, Community Health, Health Care Management dan lain-lain lagi.

Saya melihat sekarang isu utama untuk mengadakan degree yang releven dengan PPP seperti:
1. Kekurangan (?tiada) PPP yang mempunyai kelayakan akademik yang boleh menyumbang kepada pembangunan/kewujudan degree tersebut. Buat masa sekarang pihak kolej KKM sendiri pun kekurangan tenaga pengajar.

2. Pihak IPTA/S lebih cenderung menjalankan degree dalam bidang health science yang boleh menyediakan geraduat kepada pasaran kerja sedia ada seperti bidang nutrition, dietation, radiation, dan lain-lain. Sedangkan degree seperti paramedik, pre hospital care dan lain-lain tidak mempunyai peluang kerjaya yang jelas (selain dari PPP). Mereka juga melihat kepada survival serta takers yang mengikuti program tersebut supaya ia tidak mati setengah jalan. Ini yang akan berlaku kepada degree kecemasan UKM.

3. Kebanyakkan bidang health science memerlukan hands on dan kemahiran klinikal. Justeru pihak IPTA lebih cenderung mengadakan degree secara sepenuh masa. Persoalan berapa ramai PPP yang mampu mengikuti pengajian sepenuh masa.

Justeru ini merupakan satu cabaran kepada semua PPP. Bagi yang sudah memiliki degree, teruskan kepada master dan phd kerana kepakaran/kelayakan yang tuan2 miliki sangat diperlukan bagi merangka program baru PPP dan seterusnya mewujudkan degree yang benar2 releven dengan kerjaya PPP di negara ini. Sebenarnya perjuangan ini harus dimulakan oleh PPP dan saya kira dalam konteks ini ialah pihak persatuan/kesatuan/lembaga yang paling releven untuk memperlajukan langkah yang telah dimulakan dari dulu.

abu aiman.

1.04.2009

Palestin: Darah Terus Bersimbah

Hari ini merupakan hari ke 8 bumi Palestin diserang oleh Zionis Yahudi Laknatullah. Bumi Palestin yang telah melahirkan ramai Anbia ini terus bermandikan darah. Serangan bertali arus udara dan darat setakad ini telah mengorbankan lebih 463 rakyat Palestin serta 2310 orang mengalami kecederaan.

Konflik Israel-Palestin ini telah berlanjutan selama 60 tahun. Ini adalah konflik terpanjang dalam sejarah ketamadunan manusia moden. Dunia hari ini hanya melihat dan merintih tapi tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan kegilaan Yahudi ini. Manakala pertubuhan OIC hanya bersidang dan mengeluarkan kenyataan 'Oh I See!'.

Sebenarnya ini adalah ujian Allah bukan sahaja kepada rakyat Palestin tetap kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ujian kepada Persaudaraan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” Riwayat Muslim

Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat agar Allah SWT membantu dan memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang yang menentang musuh Allah ini di Palestin dan seterusnya membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi Laknatullah.

Dinukilkan sajak luahan ROZAIS AL-ANAMY (Pasir Mas, Kelantan) untuk renungan kita bersama.

PRAHARA NAKBAH PALESTIN

Langit Genting Gaza terpercik darah
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah
Membakar kebun-kebun iman dengan nyalaan Silibiyyah
Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah
Membina tembok pemisah gergasi terpanjang di dunia
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar di marcapala

Hanya dengan tohmahan penyalahgunaan kawasan
Dijadikan masjid sasaran serangan
Mengesaki pemimpin jihad bersembunyi
Dewan ibadat dibom pada muka hari hijri

Wahai Zionis,
Sesungguhnya tembok yang kau hadangi
Tak dapat memisahkan ikatan imani
Bulatan persaudaraan seluruh jagat yang sama kiblat
Kukuh utuh dalam ikrar wahdah ang terpahat
Dlam semangat hijrah pejuang tak kenal lelah
Ruh jihad Palestin membara dalam mata para pria
Doa wanitanya jadi api membakar makar

Gema perjuangan sekian dekad tetap berlalu
Berkumandang di gegendang saudara sejagat merata buana
Desing peluru yang merobek kujur jasad warga
Tak mampu membunuh jiwa dan semangat seagama

Nakbah ini tidak akan lestari
Ghargad pasti layu di tanah Al-Ayubi.

Allah huAkbar!

abu aiman