11.27.2009

Salam Edul Adha

Hari ini 10 Zulhijjah 1430H, umat Islam diseluruh dunia merayakan Hari Raya Qurban. Perayaan hari raya ini adalah sempena kisah Nabi Allah Ibrahim as dan putranya Nabi Ismail as seperti yang telah diceritakan dalam Al-Quran.

Umat Islam perlu memahami bahawa setiap peristiwa dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mesti diambil pengajaran darinya.

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buatkan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”

Begitulah kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt. yang menciptakan dirinya. Semoga momentum kisah korban nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as itu akan dapat memotivasikan kita sebagai umat Islam agar terus berusaha untuk menjadi umat yang terbaik serta tunduk kepada perintah Allah swt. Satu persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri kita sebagai masih gagal untuk menghayati erti “pengorbanan” yang mereka raikan setiap tahun apabila tibanya ‘Eid Adha.

Bagi muslim yang memiliki jiwa “berkorban” mereka akan senantiasa terpanggil untuk melaksanakan ketaatan kepada seluruh perintah Allah swt samada ianya berbentuk perintah mahupun larangan Allah swt didalam usaha mereka untuk mendapatkan keredhaanNya
walaupun mungkin mereka terpaksa mengorbankan segala-galanya baik harta mahupun nyawanya untuk Islam. Dia akan memahami bahawa kewujudan mereka di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada perintah Allah swt.:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
Az-Zariyat:56

Bagi umat Islam kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as ketika peristiwa menyembelih anaknya nabi Ismail as adalah suatu bentuk ketundukan dan lambang ketaatan yang cukup tinggi dalam menjunjung titah perintah Allah swt di mana peristiwa ini mereka kaitkan dengan ibadah haji dan ibadah korban yang disambut setiap tahun. Ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt ini telah dirakam oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang sampai ke hari ini dibaca oleh seluruh umat Islam.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.

abu aiman
10 Zulhijjah 1430H

10.30.2009

Pertandingan Merekabentuk Seragam PPP

Salam sejahtera.

Beri baik kepada PPP seluruh negara.
Kesatuan PP telah mengadakan pertandingan merekabentuk seragam baru PPP lelaki dan wanita gred U29-U41. Setiap rekabentuk mestilah menggambarkan ciri korporat serta mengandungi keterangan ciri dan warna yang digunakan.

Pertandingan di buka kepada semua PPP seluruh negara dan tarikh tutup ialah 13 November 2009.

Hadiah lumayan menanti anda iaitu:
Pertama: RM 2000.00
Kedua : RM 1000.00
Ketiga : RM 500.00

Hantar Softcopy dan hardcopy kepada Setiausaha Agung Kesatuan atau e-mail ke alamat berikut: hjaris1040@yahoo.com atau sms kepada Hj Aris di talian: 0197512494

Maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian dan email di atas atau lawati Laman Sesawang PPPM.

Inilah masanya kita menyumbang idea kepada profesion. Sila keluarkan kreativiti anda dan terjemahkan dalam bentuk uniform PPP yang lebih menarik dan berimejkan korporat yang hebat!.

Sila war-warkan maklumat ini kepada semua rakan2 PPP seluruh negara.

abu aiman

10.23.2009

MRI on handphones

It's hand-held telemedicine. And it can reduce medical errors in an emergency as doctors in hospitals and clinics can send X-rays, MRI (Magnetic Resonance Imaging) and CT-scan (cranial computed tomography) images of their patients to consultants or experts around the world with mobile phone technology.

Inventor neurosurgeon Professor Dr. Vigneswaran Mathaneswaran of Universiti Malaya explained: "Tele-medicine today requires specialised computing facilities and expert programmes. These limit the ideal situation of 'saving lives anywhere, anytime'."
Often, consultants are unavailable after office hours and the ability to obtain expert opinion 24 hours a day is essential in the management of critically ill patients, especially on important medical images before commencing treatment.

He said his research and product development objective was to develop and validate medical data and imaging transfer software, together with a purpose-built hand-held device that would allow the transfer of data using mobile phone technology.

"I can have four images on screen and I can get them wherever I am, take a look and decide what to do," said Dr. Vigneswaran, adding that University Malaya Medical Centre uses his mobile telemedicine device for all emergency neurosurgery consultations.
"A patient can now rest assured that his images (X-ray, CT-Scan, MRI) are seen by a senior consultant whatever time of the day or night."

New Straits Time - 19 Oct 2009

10.19.2009

Syawal Berakhir, Bermulalah Musim Haji

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

1. Ramadhan dan Syawal sudah berakhir

Hari ini adalah hari terakhir bulan Syawal 1430H. Setelah sebulan berpuasa dan setelah sebulan juga merayakan idul fitri, sepatutnya kita menginsafi dan bermusahabah pada diri kita adakah madrasah ramadhan yang telah kita lalui dapat meningkatkan iman dan amal kita.

Selepas Ramadan berlalu, para Salafus-Saleh sentiasa memohon kepada Allah agar segala amal kebaikan yang dilakukan diterima oleh Allah walaupun setelah enam bulan Ramadan berlalu. Tidak sukar untuk melihat tanda-tanda amal kebaikan seseorang itu diterima. Jika selepas Ramadan, taat dan patuhnya seseorang itu kepada Allah berkekalan maka itulah sebesar-besar nikmat kurniaanNya. Inilah yang Allah perintahkan kepada kita. FirmanNya:

“Dan beribadahlah kamu kepada Tuhanmu sehingga datang kepada kamu sesuatu yang pasti (Al-Yaqeen, iaitu maut)” Al-Hijr:99

Akan tetapi, jika ibadah itu bermusim, setaraf dengan bolasepak, durian atau demam, maka celakalah kesudahannya. Pelbagai tanda dapat dilihat dari ‘tertolak’nya amalan seseorang itu. Jika di bulan Ramadan dia boleh hadir ke masjid setiap hari untuk Solat Tarawih yang sunat, selepas Ramadan dia tidak mampu untuk hadir ke masjid untuk lima Solat Fardhu yang wajib. Jika di bulan Ramadan lidahnya basah dengan Al-Quran dan zikir, maka selepas Ramadan telinganya kembali disumbat dengan alunan suara-suara dan irama lalai yang mengheret kepada kemurkaan Allah. Semoga Allah melindungi kita dari keadaan cela seperti ini.

2. Musim Haji Bermula

Alhamdulillah, bermula esok, tetamu-tetamu Allah berduyung2 mengunjungi Baitulllah al Haram untuk menunaikan fardhu Haji. Ibadah haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima, ianya diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu melaksanakan iaitu yang mampu dari segi fizikal dan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Secara umumnya, ibadah haji bukanlah sesuatu ibadah yang baru. Ianya telah diamalkan semenjak manusia diciptakan oleh Allah iaitu dari zaman nabi Allah Adam AS lagi.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 96:

Yang bermaksud : “Sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia”.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah Haji kepada semua PPP dan rakyat Malaysia yang terpilih menjadi tetamu Allah pada kali ini. Semuga mendapat Haji yang Mabrur, InsyaALLAH. Kepada PPP yang bertugas ditanah suci Mekah, jalankan tugas anda dengan ikhlas dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua jemaah haji sekelian.

3. Membantu saudara yang ditimpa Malapetaka.

Dalam keseronokan kita menyambut Hari Raya, janganlah lupa kepada saudara kita yang telah ditimpa malapetaka gempa bumi di Padang baru2 ini.

Saya menerima SMS daripada seorang sahabat yang berbunyi:

"Malaysia Relief Agency (MRA) sebuah NGO untuk bantuan kemanusiaan telah menghantar pasukan perubatan ke Padang untuk rawatan kecemasan dan bantuan makanan. Lebih 200 ribu buah rumah rosak dan tak boleh didiami termasuk 60% hancur. Kami bercadang membina rumah segera kekal 4mx5m secara gotong-royong dengan membekal simen, kayu, batang kelapa, zink dan plywood dengan harga RM1500. Pohon tajaan dari pihak saudara. Sumbangan boleh hantar ke pejabat MRA:

No. 7 Jalan Raya Uda, Kg Baru
50300 Kuala Lumpur.
(u.p: Fauziah Tahar: 0122096577)

atau masukkan ke dalam akaun Maybank

562740050334 dan SMS nama, alamat dan jumlah kepada Datuk Dr. Abd Razak untuk pengeluaran resit."

Dari: Datuk Dr. Abd Razak

Moga2 dipanjangkan kepada semua rakan2 PPP seluruh negara.


Wassalam
abu aiman.

9.17.2009

SALAM AIDIL FITRI


Assalamualaikum.
Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelawat blog ini serta PPP Muslim seluruh negara. Moga2 Kedatangan Syawal kali ini menambahkan ketaqwaan serta keberkatan kepada kita serta keluarga.
abu aiman
Putrajaya
1430 H

9.08.2009

PENGENDALIAN H1N1 DI KLINIK KESIHATAN

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM telah mengeluarkan Garis Panduan Pengendalian Influenza A H1N1 di Klinik Kesihatan. Garis Panduan diharapkan dapat membantu kakitangan menjalankan tugas dengan lebih effektif lagi bagi mengekang penularan wabak yang membawa maut ini.

Semua PPP serta kakitangan yang terlibat hendaklah mematuhi Garis Panduan ini serta mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dan pantas di KK masing-masing.

Di bawah dipaparkan carta alir Pengendalian ILI di Klinik Kesihatan.



Maklumat lanjut berkaitan dengan Garis Panduan in boleh di dapati di: http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=523

abu aiman

9.02.2009

RAHSIA PUASA

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Allah Ta’ala telah mengurniakan kenikmatan yang amat besar kepada seluruh hambaNya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan sebagai benteng untuk menolak tipu daya syaitan. Amalan yang dimaksudkan itu ialah ibadat Puasa.

Orang yang berpuasa juga di beri janji oleh Allah SWT bahawa ia akan diberi dua kegembiraan sebagai balasan ibadat puasanya seperti Hadis RasuluLllah SAW yang bermaksud:

“ Orang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan iaitu ketika berbuka berpuasa dan ketika bertemu dengan Tuhannya”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

RAHSIA PUASA DAN SYARAT BATHINIAH

1. Menahan dari pandangan yang tercela dan dibenci syarak yang boleh menyebabkan kelalaian hati dari mengingati Allah SWT.

2. Menjaga lidah dari senda gurau yang tidak berguna, berdusta, mengumpat, mengadu-domba, perkataan kotor, caci-maki, permusuhan dan menunjuk-nunjuk.

3. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang dibenci, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula didengari.

4. Menahan anggota tubuh yang lain dari segala perbuatan dosa, baik dari tangan, kaki dan segala yang dibenci.

Demikian pula menahan perut dari hal-hal yang syubahat (tidak jelas haram atau halannya) diwaktu berbuka. Tidak ada gunanya seseorang itu berpuasa iaitu menahan dari memasukkan makanan yang halal tetapi sewaktu berbuka ia memasukkan makanan yang haram atau yang diperolehi dari jalan yang haram.

Perumpamaan orang yang berpuasa semacam ini adalah sama seperti orang yang membangunkan sebuah istana atau gedung yang indah dan besar, tetapi ia juga menghancurkan istana atau gedung itu.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Banyak sekali orang yang berpuasa itu, tetapi tidak ada yang diperolehnya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan haus saja"

Hadis Riwayat Nasa-I dan Ibnu Majah

Ada Ulama yang berpendapat bahawa orang yang bernasib sedemikian ini ialah orang yang berbuka dengan makanan yang haram. Ada yang mengatakan bahawa orang itu ialah menahan dari memakan yang halal, tetapi berbuka dengan memakan daging manusia iaitu mengumpat orang lain.

Tetapi ada pula yang mengatakan maksudnya itu ialah orang yang tidak menjaga anggota-anggota tubuhnya dari melakukan perbuatan-perbuatan berdosa. Tidak berlebih-lebihan memakan makanan sewaktu berbuka puasa sekalipun makanan itu halal.

Sesungguhnya Allah SWT amat benci orang-orang makan sehingga perutnya padat berisi makanan. Untuk memperlemahkan semangat syaitan, hendaklah memakan tidak berlebihan, hanya sekadar yang diperlukan. Hendaklah setelah berbuka itu, hatinya masih mempunyai perasaan takut kepada Allah SWT serta dengan penuh harapan agar amalan puasa yang dilaksanakan itu diterima oleh Allah SWT.

Moga2 puasa kita tahun lebih baik dari tahun2 lepas.

Rujukan: Kitab Bimbingan Mukmin ( Imam Al-Ghazali)

8.05.2009

Memantapkan Jaringan Kolaborasi Latihan/Kolej-Perkhidmatan

Salam Sejahtera.

Bahagian Pengurusan Latihan KKM telah menganjurkan satu Bengkel JK Kecil Teknikal Kursus DPP yang bermula dari 4 Ogos hingga 6 Ogos di KPP Ulu Kinta. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timb. Setiausaha Bahagian (Dasar), En Saudagar Singh dan dihadiri oleh 40 orang peserta dari pelbagai pihak berkepentingan iaitu Lembaga PP, Persatuan PP, Kesatuan PP, Bahagian Kesihatan Awam, Bah. Perubatan dan Penyelia PPP negeri dan hospital serta pengarah2 kolej.
Bengkel ini juga diadakan selaras dengan resolusi ke 4 Konferens Kebangsaan PPP 2009 yang menyatakan perlunya diwujudkan jaringan kolaborasi yang lebih mantap di antara BPL/Kolej-Perkhidmatan bagi meningkatkan lagi kualiti kursus diploma pembantu perubatan. Selain itu ia juga merupakan strategi baru BPL bagi menghasilkan kursus-kursus yang lebih berkualiti selaras dengan kehendak pelanggan.

Sebanyak 9 kertas kerja/ceramah telah sampaikan dalam bengkel ini. Selain itu diadakan sesi perbincangan kumpulan bagi melihat semula keberkesanan kursus yang ada sekarang dan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil serta mengatur strategi memantapkan lagi kursus pembantu perubatan selaras dengan keperluan semasa.

Bengkel diharapkan akan dapat menghasilkan satu pelan tindakan yang lebih mantap melalui kolaborasi BPL/Kolej-Perkhidmatan ke arah meningkatkan kualiti kursus pembantu perubatan yang dijalankan sekarang.




7.21.2009

RAKAMAN PERASMIAN WISMA PP

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada tanggal 12 Julai 2009 yang lalu, telah tercatat satu sejarah gemilang profesion PPP dimana pada tarikh tersebut, Ybhg. Dato' Sri Dr. Hj Mohd Nasir b Hj Mohd Ashraf, Ketua Setiausaha KKM telah merasmikan WISMA PP yang terletak di Kajang Selangor.

Majlis Gilang Gemilang itu telah dihadiri lebih daripada 800 orang yang terdiri daripada VIP, tetamu khas serta PPP dari seluruh negara. Wisma yang berharga RM 730, 000.00 merupakan satu simbul perjuangan dan solidariti PPP seluruh negara. Kewujudannya adalah hasil dari kerja keras semua pihak terutamanya Persatuan, Kesatuan, Lembaga serta sumbangan semua PPP dari seluruh negara.

Moga2 kewujudan Wisma ini akan menyemarakan lagi perjuangan PPP melalui perancangan yang lebih mantap dan strategik agar profesion ini terus releven dan maju di masa hadapan.






Tahniah dan Syabas kepada semua PPP!!!

abu aiman

7.16.2009

RESOLUSI KONFERENS KEBANGSAAN PPP 2009

Sila Klik pada imej di atas untuk membaca Resolusi

Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2009 telah berjaya menghasilkan Resolusi bagi meningkatkan tahap kompetensi dan Profesionalisma PPP.

Tuan-tuan boleh memberikan pandangan/bahaskan bagaimana Resolusi tersebut boleh dilaksanakan.

abu aiman