10.19.2009

Syawal Berakhir, Bermulalah Musim Haji

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

1. Ramadhan dan Syawal sudah berakhir

Hari ini adalah hari terakhir bulan Syawal 1430H. Setelah sebulan berpuasa dan setelah sebulan juga merayakan idul fitri, sepatutnya kita menginsafi dan bermusahabah pada diri kita adakah madrasah ramadhan yang telah kita lalui dapat meningkatkan iman dan amal kita.

Selepas Ramadan berlalu, para Salafus-Saleh sentiasa memohon kepada Allah agar segala amal kebaikan yang dilakukan diterima oleh Allah walaupun setelah enam bulan Ramadan berlalu. Tidak sukar untuk melihat tanda-tanda amal kebaikan seseorang itu diterima. Jika selepas Ramadan, taat dan patuhnya seseorang itu kepada Allah berkekalan maka itulah sebesar-besar nikmat kurniaanNya. Inilah yang Allah perintahkan kepada kita. FirmanNya:

“Dan beribadahlah kamu kepada Tuhanmu sehingga datang kepada kamu sesuatu yang pasti (Al-Yaqeen, iaitu maut)” Al-Hijr:99

Akan tetapi, jika ibadah itu bermusim, setaraf dengan bolasepak, durian atau demam, maka celakalah kesudahannya. Pelbagai tanda dapat dilihat dari ‘tertolak’nya amalan seseorang itu. Jika di bulan Ramadan dia boleh hadir ke masjid setiap hari untuk Solat Tarawih yang sunat, selepas Ramadan dia tidak mampu untuk hadir ke masjid untuk lima Solat Fardhu yang wajib. Jika di bulan Ramadan lidahnya basah dengan Al-Quran dan zikir, maka selepas Ramadan telinganya kembali disumbat dengan alunan suara-suara dan irama lalai yang mengheret kepada kemurkaan Allah. Semoga Allah melindungi kita dari keadaan cela seperti ini.

2. Musim Haji Bermula

Alhamdulillah, bermula esok, tetamu-tetamu Allah berduyung2 mengunjungi Baitulllah al Haram untuk menunaikan fardhu Haji. Ibadah haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima, ianya diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu melaksanakan iaitu yang mampu dari segi fizikal dan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Secara umumnya, ibadah haji bukanlah sesuatu ibadah yang baru. Ianya telah diamalkan semenjak manusia diciptakan oleh Allah iaitu dari zaman nabi Allah Adam AS lagi.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 96:

Yang bermaksud : “Sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia”.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah Haji kepada semua PPP dan rakyat Malaysia yang terpilih menjadi tetamu Allah pada kali ini. Semuga mendapat Haji yang Mabrur, InsyaALLAH. Kepada PPP yang bertugas ditanah suci Mekah, jalankan tugas anda dengan ikhlas dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua jemaah haji sekelian.

3. Membantu saudara yang ditimpa Malapetaka.

Dalam keseronokan kita menyambut Hari Raya, janganlah lupa kepada saudara kita yang telah ditimpa malapetaka gempa bumi di Padang baru2 ini.

Saya menerima SMS daripada seorang sahabat yang berbunyi:

"Malaysia Relief Agency (MRA) sebuah NGO untuk bantuan kemanusiaan telah menghantar pasukan perubatan ke Padang untuk rawatan kecemasan dan bantuan makanan. Lebih 200 ribu buah rumah rosak dan tak boleh didiami termasuk 60% hancur. Kami bercadang membina rumah segera kekal 4mx5m secara gotong-royong dengan membekal simen, kayu, batang kelapa, zink dan plywood dengan harga RM1500. Pohon tajaan dari pihak saudara. Sumbangan boleh hantar ke pejabat MRA:

No. 7 Jalan Raya Uda, Kg Baru
50300 Kuala Lumpur.
(u.p: Fauziah Tahar: 0122096577)

atau masukkan ke dalam akaun Maybank

562740050334 dan SMS nama, alamat dan jumlah kepada Datuk Dr. Abd Razak untuk pengeluaran resit."

Dari: Datuk Dr. Abd Razak

Moga2 dipanjangkan kepada semua rakan2 PPP seluruh negara.


Wassalam
abu aiman.

1 comment:

  1. Selamat menunaikan fardhu haji kepad semua PPP seluruh negara. Kepada PPP yang bertugas, jagalah nama baik PPP.
    Terdapat PPP yang dah banyak kali dilantik bertugas dengan tabung haji. saya berpendapat berilah peluang kepada PPP lain yang masih tidak pernah mendapat pekluang tersebut.. Ada pandangan?

    terima kasih

    hamba Allah

    ReplyDelete