8.05.2009

Memantapkan Jaringan Kolaborasi Latihan/Kolej-Perkhidmatan

Salam Sejahtera.

Bahagian Pengurusan Latihan KKM telah menganjurkan satu Bengkel JK Kecil Teknikal Kursus DPP yang bermula dari 4 Ogos hingga 6 Ogos di KPP Ulu Kinta. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timb. Setiausaha Bahagian (Dasar), En Saudagar Singh dan dihadiri oleh 40 orang peserta dari pelbagai pihak berkepentingan iaitu Lembaga PP, Persatuan PP, Kesatuan PP, Bahagian Kesihatan Awam, Bah. Perubatan dan Penyelia PPP negeri dan hospital serta pengarah2 kolej.
Bengkel ini juga diadakan selaras dengan resolusi ke 4 Konferens Kebangsaan PPP 2009 yang menyatakan perlunya diwujudkan jaringan kolaborasi yang lebih mantap di antara BPL/Kolej-Perkhidmatan bagi meningkatkan lagi kualiti kursus diploma pembantu perubatan. Selain itu ia juga merupakan strategi baru BPL bagi menghasilkan kursus-kursus yang lebih berkualiti selaras dengan kehendak pelanggan.

Sebanyak 9 kertas kerja/ceramah telah sampaikan dalam bengkel ini. Selain itu diadakan sesi perbincangan kumpulan bagi melihat semula keberkesanan kursus yang ada sekarang dan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil serta mengatur strategi memantapkan lagi kursus pembantu perubatan selaras dengan keperluan semasa.

Bengkel diharapkan akan dapat menghasilkan satu pelan tindakan yang lebih mantap melalui kolaborasi BPL/Kolej-Perkhidmatan ke arah meningkatkan kualiti kursus pembantu perubatan yang dijalankan sekarang.




1 comment:

  1. Assalamualikum wrt..

    Tahniah, kepada semua yang terlibat di dalam bengkel dan perbincangan 6 penjuru tersebut bagi mendukung tanggungjawab bersama bagi profesyen PPP, serta mendukung salah satu resolusi PPP 2009.

    Secara amnya ,meningkatkan kualiti kursus Diploma Pembantu Perubatan banyak aspek yang dilihat. Sahsiah, akedemik,pencapaian, ukuran standard, modul dan subjek, praktikal dll.

    Juga diantara penilaian kompitensi PPP adalah sejak di kolej lagi selama 3 tahun tersebut dengan memperolehi CGPA masing masing.

    Praktikalnya CGPA tersebut perlu seiring dengan daya skil dan pengetahuan dalam klinikal sebenar.

    Alhamdulillah , posting 6 bulan bagi setiap PPP post grade telah diwajibkan standard seluruh malaysia hasil kesinambungan implementasi kaedah 'houseman' dikalangan M.O. Walaupun m.o kompiten 5 tahun study , namun kini houseman praktikal dinaikkan kepada 2 tahun barulah bergelar M.O sebenar dengan sijil practice penuh. Maka bagi PPP, kaedah ini telah mengampiri jurang antara skill dan pengetahuan M.O sebenarnya. Walau ada sedikit perhatian dan kajian serta ekpektasi pegawai terhadap PPP posting post grade tersebut hanya di unit A&E hospital sahaja, sedangkan apabila berada dilapangan tentu ada yang ke ENT,EYE,ORTHO ,NEURU,SURGERI DLL..mungkin banyak yang perlu digembleng tenaga dan buah fikiran .

    Ini menunjukkan bahawa bengkel tersebut sebenarnya menggambarkan bahawa ilmu dan skil yang diperolihi oleh post grade diploma masih memerlukan mereka agar lebih konfiden dengan aspke-aspek klinikal-klinikal terkini dari dunia perubatan semasa.

    Kita tidak mustahil berubah dari kursus diploma pembantu perubatan selama 3 tahun di naik taraf kepada ijazah pembantu perubatan selama 4-5 tahun pengajian. Kita perlu sedar program Nursing telah mempunyai tapak degree of nursing full time dari basic student lagi seperti MAHSA,UITM, dan UIA.

    Mungkin kita tidak dapat membaca perancangn tersirat 'board of nursing' tersebut yang kini meluluskan program diploma of nursing full time seperti biasa dan pada masa sama berjalan juga 'full time degree of nursing'.

    PPP perlu segera menjangka dan membaca agenda tersirat tersebut untuk jangka masa panjang, adakah PPP perlu melakukan diploma of medical assistant berjalan seperti biasa dan pada masa sama kita juga mempunyai produksi 'degree of medical assistant' dari 'fresh student', atau berusaha mencapai cita-cita PPP semua DIPLOMA PPP dinaik taraf kepada 'degree of medical assistant'.

    Kesan jangka panjang dan aspek ekonomi, ianya lebih berdaya maju kerana , habis 'degree of medical assistant'..PPP hanya perlu membuat pengkhususan di dalam program master, dan memberi perhatian kepada hala tuju klinikal masing masing, tidak lagi majoriti PPP menuju kearah Pengurusan dan Pentadbiran(P&p) sahaja.

    Pandangan membuka minda.

    ReplyDelete