10.29.2012

SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI CADANGAN PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG PENOLONG PENGAMAL PERUBATAN



SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI CADANGAN PENGGUBALAN RANG
UNDANG-UNDANG PENOLONG PENGAMAL PERUBATAN


YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menggubal Rang Undang-Undang Penolong Pengamal Perubatan yang baru bagi mengawal selia amalan penolong pengamal perubatan. Ini berikutan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, [Akta 180] yang telah berkuatkuasa hampir 35 tahun didapati tidak lagi menepati keperluan semasa.

Skop Akta 180, adalah terhad kepada penubuhan Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran), pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran penolong pegawai perubatan sahaja. Tidak terdapat peruntukan mengenai:

(a)    Komposisi, fungsi dan kuasa Lembaga yang tidak disenaraikan dengan terperinci;
(b)    Penubuhan jawatankuasa tertentu bagi membantu Lembaga melaksanakan fungsi dan kuasanya;
(c)    Penubuhan jawatankuasa khusus untuk memastikan taraf latihan penolong pegawai perubatan sentiasa berada ditahap yang tinggi;
(d)    Pendaftaran penolong pegawai perubatan yang mempunyai latihan lanjutan dalam bidang pengkhususan;
(e)    Bidangkuasa tatatertib; dan
(f)    Penguatkuasaan

Justeru itu, Akta 180 perlu dibuat penambahbaikan bagi memperkukuhkan undang-undang sedia ada selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Penambahbaikan ini adalah penting bagi memastikan amalan yang diberikan oleh penolong pengamal perubatan adalah berkualiti dan kompeten demi memelihara keselamatan orang awam.

Satu borang tinjauan akan  disiarkan secara atas talian di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia diwww.moh.gov.my selama 14 hari bermula bermula pada 29 Oktober 2012 sehingga 11 November 2012. Sehubungan itu Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen yang boleh disalurkan melalui ppp.bap@moh.gov.my sebelum/pada 11 November 2012.

Kerjasama dalam memberikan pendapat mengenai perkara di atas adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.



PENGARAH
BAHAGIAN AMALAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Maklumat lanjut sila akses di:
http://eservices.moh.gov.my/mohsurvey/index.php?sid=68828&lang=en

4 comments:

  1. Pengubalan rang undang-undang ini sangat bagus dan mengambarkan pihak kementerian memandang kerelevan professyen PPP.Peruntukan tambahan yg dicadangkan sangat menbantu lebih-lebih lagi peruntukan perkara b).di mana dengan adanya satu jawatankuasa bukan sahaja menbantu tapi memantau/audit Lembaga Pembantu Perubatan agar lebih berperanan.

    ReplyDelete
  2. Adakah kiranya cadangan rang undang-undang ini diterima maka nama Penolong Pegawai Perubatan Akan bertukar kepada Penolong Pengamal Perubatan?

    ReplyDelete
  3. Rasanya x ditukar. Pengamal digunakan dalam akta sahaja. Sama juga dengan pegawai perubatan. Dalam akta perubatan ia dikenali sebagai pengamal perubatan (medical practitional).

    ReplyDelete
  4. Kte akan ada bidang kerja yang lebih terperinci dan well defined. :) xde la istilah "org curi kerja kita". :D

    ReplyDelete