Pada 29 Julai 2010, kami dalam rangka lawatan ke London sempat singgah di University Of Hertfordshire, di Hertfield untuk bertemu dengan team BPL di university tersebut. Sepanjang berada di University tersebut kami berpeluang untuk mendengar kuliah yang berkaitan dengan Simulasi Pembelajaran Klinikal di 'The Hertfordshire Intensive Care & Emergency Simulation Centre (HICESC)'. Kuliah disampaikan oleh Dr Guillaume Alinier dari School of Post Graduate Medicine.
University of Hertfordshire merupakan Medical Simulation Centre yang terbesar di UK. Pusat ini mula dibangunkan pada tahun 1998 dan telah berkembang dengan pesat sehingga sekarang dan telah menjadi rujukan dari seluruh dunia. Pembelajaran perubatan/klinikal secara simulasi ini telah menjadi satu model tambahan kepada kemahiran klinikal. Terdapat lebih dari 100 prosidur 'high-fidelity patient simulators' yang telah digunakan di pusat ini.
Mengikut sejarah, simulasi terawal telah dibangunkan pada abad ke 18 oleh Madame du Coudry melalui 'birthing machine' (Gelbart, 1998). Satu abad selepas itu, Laerdal Resusci-Anne mannequins telah membangunkan model bagi kegunaan 'life saving skills' seperti CPR yang telah banyak digunakan sekarang. Selepas itu, teknologi simulasi perubatan telah berkembang dengan pesat. Teknologi simulasi pwrubatan ini telah banyak membantu pelajar-pelajar perubatan serta sains bersekutu bagi meningkatkan kemahiran psikomotor, kognitif dan komunikasi. Melalui perpatah 'practice makes perfect', pendedahan pelajar kepada simulasi 'critical incidents' akan menjadikan mereka bertindak dengan pantas dan tepat dalam kejadian sebenar nanti.
Menggunakan model dari HICESC ini, KPP Ulu Kinta telah mula menjalankan projek ini sejak beberapa tahun lalu. Diharapkan teknologi ini akan terus mendapat sokongan pihak atasan dan ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran klinikal pelajar-pelajar PPP khasnya dan pelajar-pelajar sains kesihatan bersekutu yang lain.
abu aiman
Scortland UK
Scortland UK
No comments:
Post a Comment