8.11.2010

Bertemu Prof Ronald M Harden


Di antara perkara yang menarik dan bermakna sepanjang berada di University Of Dundee ialah dapat bertemu dengan Profesor Ronald M Harden. Kami sangat bernasib baik kerana walaupun beliau amat sibuk serta baru sahaja kembali dari Tokyo, tetapi beliau dapat meluangkan masa bersama kami serta memberikan kuliah dan tips yang sangat berguna berkaitan dengan bidang yang sedang kami pelajari sekarang.

Profesor Ronald M Harden merupakan tokoh pendidikan perubatan (Medical Education) bertaraf dunia yang mengasaskan dan membangunkan beberapa pendekatan dalam kurikulum dan Pengajaran & Pembelajaran pendidikan perubatan seperti OSCE, Task-Based Learning Aproach, Outcome Based Education, PBL, Curriculum Mapping, Portfolio Assessment dan Pembelajaran Secara Jarak Jauh (PJJ). Beliau telah menghasilkan lebih dari 400 penerbitan buku dan jurnal. Di Malaysia sendiri, beliau sering dijemput sebagai pakar rujuk oleh beberapa universiti tempatan serta KKM sendiri.

Selepas bersara sebagai Pengarah di Pusat Pendidikan Perubatan (Centre of Medical Education) di University Of Dundee, beliau terlibat aktif memberikan ceramah di seminar dan konferens berkaitan dengan Medical Education di seluruh dunia. Beliau juga merupakan General Secretary and Tresurer of the Association for Medical Education in Europe (AMEE).

abu aiman
University Of Dundee
Scortland

No comments:

Post a Comment