5.25.2010

Pakaian Seragam Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/42 dan Gred U32 (KUP)

Di bawah adalah kandungan Surat dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang bertarikh 13 Mei 2010. yang berkaitan dengan Pakaian Seragam bagi PPP Gred U41/42 dan U32 (KUP).
.....................................................................................

KKM.KPK.5305.20/11 Jld. 45(34)
13 Mei 2010

PAKAIAN SERAGAM PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41/42 DAN GRED U32 KHAS UNTUK PENYANDANG

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa mulai 6 April 2007, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/U42 di beberapa aktiviti di bawah Program Perubatan dan Kesihatan Awam di KKM. Manakala pada tahun 2009, pihak JPA telah meluluskan pemberian kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 bagi pegawai yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun.
3. Dengan yang demikian, KKM bersetuju untuk mengekalkan pakaian seragam yang sedia ada dipakai oleh penyandang mengikut gred yang terakhir kepada semua Penolong Pegawai Perubatan yang terlibat sehingga keputusan berkaitan pakaian seragam yang baru diputuskan. Arahan ini berkuatkuasa pada tarikh surat ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang ikhlas
t.t.
TAN SRI DATO' SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

...............................................................................................

Note:
Walaupun sudah Gred U42- tetapi jika Gred terakhir adalah U29, maka pakaian seragam adalah pakaian gred u29.

5.15.2010

Degree in Medical Care (Hons)

Semalam (14 Mei 2010) saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat antara Open Universiti dan Lembaga PP bagi membincangkan untuk mengadakan ijazah dalam Medical Care untuk PPP. Open Universiti di ketuai oleh Ass Prof Che'An Ahmad, Head School of Nursing and Allied Health Sciences, OUM.

Hasil perbincangan adalah sangat positif. Ijazah yang dicadangkan adalah 2 tahun secara Distance Learning yang menggambungkan keadah pembelajaran secara Blended Learning- yang merupakan satu kepakaran dan method utama OUM. Jika semuanya berjala lancar, ijazah ini akan mula dijalankan seawal 2011.

Terdapat 4 bidang kepakaran/pengkhususan yang dicadangan bagi ijazah ini iaitu Forensik, Orthopedik, Anestesia dan Renal. Bidang-bidang ini merupkan satu area utama PPP bekerja. Bagi bidang2 lain, mungkin akan dipertimbangkan dimasa akan datang.

Sekiranya ijazah ini menjadi kenyataan, maka PPP sekarang sudah mempunyai satu lagi wadah untuk meningkatkan taraf akademik dan career parthway dimana PPP yang bekerja di ED/komuniti boleh memilih ijazah kecemasan UKM dan PPP yang bekerja di unit-unit kepakaran boleh memilih ijazah OUM. Bagi PPP di kesihatan awam, InsyAllah lembaga sedang berusaha dengan IPTA/S untuk mengadakan ijazah khas untuk mereka.

abu aiman