4.12.2010

Bengkel Pembangunan Kurikulum Kursus Ijazah Sarjana Muda Paramedik Kecemasan

Berita baik kepada semua PPP.

Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Lembaga PP, Persatuan dan Kesatuan sedang merangka satu ijazah khas untuk PPP. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan. Terkini, satu bengkel telah diadakan pada 10 - 11 Aprl lalu di Wisma PP di Kajang bagi membincangkan secara terperinci dari aspek nama kursus, kurikulum serta mod pembelajaran.
Beberapa nama telah dicadangkan untuk kursus tersebut termasuklah Ijazah Sarjana Muda Paramadik kecemasan (Kepujian).
Mod pembelajaran ialah secara PJJ selama 2 tahun sahaja (Topping-up).
Jika tuan mempunyai idea nama lain yang sesuai, bolehlah beri pendapat diruangan ini.
Jika mendapat kelulusan, program ini dijangka akan mula dijalankan pada tahun 2011. Sama2 kita berdoa agar program ini berjaya dilaksanakan kerana ia merupakan satu program yang benar2 dibuat khas untuk PPP bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Syabas kepada semua yang telah berusaha bersungguh menyumbang idea bagi memastikan program tersebut akan menjadi kenyataan terutamanya lembaga, persatuan da kesatuan PP dan BPL.

Tonggak utama projek ini ialah Prof. Madya Dr. Hj. Ismail Saiboon, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, PPUKM.

34 comments:

  1. Mohd Fyrol Ikram OthmanTuesday, 13 April, 2010

    Salam.. Sy cadangkan agar program ini hanya dinamakan sebagai Ijazah Sarjana Muda Sains Paramedik ( Kepujian )

    Syarat kemasukan ialah diploma PP tanpa perlu adanya post basik.

    Wajibkan dalam kursus itu nanti mengambil 5 sujek (tiga wajib 2 pilihan) teras paramedik seperti kursus sains kejururawatan oum.

    Seperti Kecemasan (wajib), Aneastesiologi, Renal (hemodialisis), Psikiatrik, Ortopedik, Perubatan AM atau yg sesuai untuk PPP di klinik dan lain2 yang difikirkan perlu untuk seorang PPP.

    Oleh itu ijazah ini terbuka luas untuk semua PPP dan tidak terhad kepada PPP kecemasan sahaja.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya perubatan kecemasan adalah luas. bukan setakat bekerja di jabatan kecemasan sahaja. PPP yang bertugas di klinik kesihatan juga perlu diperkemaskan ilmu perubatan kecemasan...

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum Tuan,

    Alhamdulillah semua masih meneruskan usaha yang sama.

    Saya beberapa bulan dahulu telah berjumpa dan dimaklumkaan oleh rakan di PPUKM tersebut berkaitan perkembangan ini. Saya dan rakan-rakan melihat projek ini sebagai salah satu hub PPP yang perlu menjadi secara rasmi di Lembaga PP dan profesyen khasnya.

    Nursing telah sekian lama mempunyai hub mereke sendiri di IPTA( degree nursing dari UM, UITM, UKM, UNIMAS, UIA) dan IPTS( degree nursing darfi MAHSA, OUM dll).

    Saya serta rakan berdoa ia akan menjadi kenyataan secara rasmi di lembaga dan profesyen PPP sebagai salah satu hub penting PPP malaysia dan selamanya.

    Bagi mengimbangi permintaan dan keperluan, lembaga PP perlu mengadakan standard untuk memasuki ijazah ini kelak . Contohnya :
    - PPP mempunyai pos basik kecemasan berbanding yang tiada pos basik atau setara dengannya.
    - PPP yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dengan kurang 5 tahun.
    - PPP yang bertugas di bahagian pengurusan berbanding PPP di Klinikal kecemasan atau unit unit yang tidak berkaitan kecemasan.

    Pengalaman saya di UKM, jika diperhalusi di PKP UKM, PPP yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun actually mereka mengambil kira tahun pengalaman mereka iaitu kepada Post Grade Diploma 1 tahun then sambung kepada master selama 2 tahun. Dan sebaliknya bagi PPP yang bertugas kurang 5 tahun , perlu dan wajib ambil ijazah pertama ini dahulu, dan suah tentu program ini tidak akan terhenti ia akan ada kepada master pula. segala laluan dan perancangan rapi perlu secara seimbang walaupun dengan sedikit ujian dahulu sebelum terpilih masuk kedalam program ini.

    Sudah tentu program ini akan seimbang semua populasi PPP masa kini.

    Merujuk kepada nama program, subjek, dll keperluan. Kami bersedia bekerjasama dan memberi info senaraisubjek ditil program master kami di dalam 'Pengurusan Hospital dan Ekonomi Kesihatan' di PPUKM ini. Mungkin beberapa topik atau subjek sangat sesuai di selarikan dengan PPP yang akan memmasuki program degree ini sebagai bekalan ilmu mereka kelak sebagai ketua unit kecemasan di hospital dan di mana mana kelak. Sudah tentu , diantara kami ada yang mahir di dalam pengurusan hsopital klinikal , pengurusan ekonomi hospital, dan 'integrated hospital system' . Juga antara kami juga boleh menyumbang untuk program di dalam topik topik berkaitan methodologi research clinical and health. Mungkin disini juga boleh menjadi salah satu hub melahirkan PPP yang sintifik di dalam klinikal mereka sendiri.

    Ini adalah peluang keemasan PPP ,Tuan dan pasukan tuan disana di dalam meneruskan usaha ini, kami hanya berdoa ia realiti dan membantu jika diperlukan.

    Salam Satu PPP.

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada warga HUKM bersusahpayah untuk mengujukan hud pendidikan kepada warga PPP yang semakin ditinggalkan oleh pesaing-pesaing yang lain...Ini adalah satu fletfom yang terbaik untuk kita.....teruskan moga menjadi kenyataan kami para-para sarjana kelahiran SSKM HUKM CERAS.. berlapang dada untuk membantu merealisasikan cita-cita PPP semua

    sekian
    salam buat En Karim HUKM

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wrt,

    Pengalaman saya di PPUKM, sebaiknya Lembaga PP dan bahagian latihan berhubung dan memulakan perbincagan dengan pihak Pusat Kembangan Pendidikan ukm(PKP UKM) . Pihak PKP UKM bertanggungjawab menyediakan promosi,penerangan, sistem pendaftaran dan pengambilan pelatih samaada di dalam bidang post grade diploma, ijazah pertama, master dan phd.

    Pihak atasan PKP UKM pernah suatu masa dahulu berminat dengan jumlah populasi PPP malaysia yang majoriti masih bertaraf diploma PPP, untuk menyediakan saluran kedua bagi keperingkat ijazah pertama dengan mod pengajian PJJ dan seumpamanya.


    Sekian
    Pandangan.

    ReplyDelete
  6. salam

    En, saya merupakan salah seorang pelatih pembantu perubatan di KIST, Kelantan. Sya mewakili ribuan suara MA di KIST. Sya sendiri sedang menuntut di semster akhir, jadi apakah kiranya ada peluang buat kami yang sangat suka dengan DUNIA HAMBA ILMU ni, meneruskan pengajian di peringkat ijazah di UKM ini. Saya dan rerakan tahun akhir tidak terikat sama sekali dengan kementerian kesihatan. jadi bagi kami inilah peluang yang ALLAH berikan kepada kami untuk belajar lebih lagi tanpa perlu memikirkan tentang kerja (walaupun ia tetap berlegar di kepala) harap ada respon....

    ni nombor saya: 0139892709, mikim_forensik@yahoo.com

    harap ada balasan

    ReplyDelete
  7. Baharudin bin MohamedMonday, 19 April, 2010

    Salam Satu Malaysia
    &
    Salam 1 PPP,

    Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang baik dan pengiktirafan kepada profesion PPP itu sendiri. Setelah sekian lama 'bergelut' dengan pelbagai rintangan dan kesukaran, impian akan menjadi kenyataan dengan lahir nya 'satu ijazah' yang benar benar menjurus kepada profesion PPP itu sendiri.Saya mencadangkan beberapa penamaan gelaran yang sesuai untuk ijazah ini:

    i. Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan dengan Kepujian(Bachelor of Emergency Medical Science with Honours;B.EM.Sc(Hons)

    ii. Ijazah Sarjana Muda Perubatan Kecemasan dengan Kepujian(Bachelor of Emergency Medicine with Honours;B.EM(Hons)

    Ini hanya sekadar pandangan dan pendapat. Mungkin ada dikalangan kita sebagai warga PPP mempunyai perspektif yang lebih baik boleh memberi 'input' kearah penamaan ijazah ini dan merangka struktur program agar ia lebih relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa.

    Syabas atas inisiatif LPP, MAMA dan NUMA serta kolaborasi Fakulti Perubatan UKM kearah merealisasikan ijazah ini!

    ReplyDelete
  8. Saya rasa tidak perlu d letakkan perkataan perubatan kerana ia akan membuatkan ada pihak-pihak yang tidak puashati seperti degree perubatan kecemasan oleh ukm kini telah diambil oleh orang lain ....cadangan Degree in Health Care ( Emergency Care ) supaya senang mendapat pengiktirafan JPA untuk ke jawatan U41. Harap apa jua yang kita lakukan haruslah relevan dengan masa depan PPP.

    ReplyDelete
  9. Saya pikir program ijazah ini harus dilaksanakan dan dijalankan kerana inilah peluang yang baik bagi PPP untuk meningkatkan prestasi kerja,menambahkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan berketrampilan dalam bidang yang diceburi.Apa yang saya tahu PPP tiada program ijazah yang khusus sedangkan ijazah kejururawatan sudah lama wujud.

    ReplyDelete
  10. Salam.. Sy cadangkan agar program ini hanya dinamakan sebagai Ijazah Sarjana Muda Sains Paramedik ( Kepujian )------------- kalau nk tahu mmg dh ada kolej di malaysia yg bukak programme ni..boleh x korg bincangkn ckit..ttg ijazah ni..ok ke x?

    ReplyDelete
  11. skang dah 2011..ape ceriter ngn program nih...jd ker x dilaksanakan..kalu jd..harap dpt gtaw syarat n cara nk apply..tQ

    ReplyDelete
  12. salam...
    ..satu program yang menaraik...sy adalah pelajar nursing dari UNISZA..seperti mna y diketahui populariti male nurse mkin mningkat naik dan sy adlh salh seorg dr nya..bgaimna jk seorg male nurse ingin mnyambung degree dalam bidang ini???
    harap2 bleyh,sbb MA n Male nurse tidk jauh perbezaannya...cuma MA lebeyh dr segi mmpu utk prescribe ubtan n male nurse x bleyh n more towards nursing care....
    walaupn sy dr ipta,kami juga bermasalah dalm nk mendapatkn pekerjaan....harap sgt program ini mmpu membuka pluang kpd kami utk mnyambung dalam bidang ini......
    harap renspon dr pihak penulis

    ReplyDelete
  13. ari kecoh dengan degree ini..skrang senyap je...x jadik ke degree ini..............

    ReplyDelete
  14. Ape cerita ngan degree ni??? senyap je... nmpknye susah laa PPP nk berdegree yg related skrg... Semuanyer nursing.... hurm....

    ReplyDelete
  15. Setuju sangat jika ijazah untuk PPP jangan di letakkan perkataan PERUBATAN kerana sukar mendapatkan kelulusan JPA, akan timbul banyak kekeliruan.Wajar jika ada SAINS PARAMEDIK ATAU PENGURUSAN PRA HOSPITAL atau PENJAGAAN PRA HOSPITAL atau PERAWATAN KECEMASAN DAN TRAUMA lebih molek gitu.

    ReplyDelete
  16. jururawat usah dok bz nak wat degree ni la. kami pun tengah serabut tunggu nak masuk korang pun nak menyibuk. tolong la....tolong bla...

    ReplyDelete
  17. kalu diberi peluang NURSE juga nak join jgak degree ni..kita kan warga PARAMEDIK same2 la kita menaikkan taraf kita warga PARAMEDIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory to say..nurse bkan paramedik..paramedik dimalaysia telah disalah ertikan...adakah ppkp,mlt,x-ray,fisioterapi,occ therapy merupakan paramedik?? tidak sama sekali..kerana definisi paramedik antarabangsa adalah personal yang melakukan tugas2 pre hosp care...HIDUP PPP!!!!!

      Delete
  18. kita takleh nak salahkan jururawat kiranya mrk nak join degree nih sebabnya dr segi nama degree nih pun spt yg diwar2kan pun dah nama paramedik.so thinkla the best name untuk degree yg mana hanya tuk warga PPP sahaja......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! hidup jururawat! ada degre nurse selalu ma gak duk sibuk!

      Delete
  19. sekarang da 2012,, degree ni jadi tak ? ?

    ReplyDelete
  20. asalamualaikum..salam 1 Malaysia..bila baca artikel ni "Wah ada peluang nk ambik dgree " tp biler tngok tarikh artikel ni tahun 2010 skang dah 2012 tp xder per2 berita pon.try cari dlm web ukm dgree perubatan kecemasan pon dah xder..rasa buntu nak ambik dgree kt maner and yang sesuai..

    ReplyDelete
  21. Buat ijazah pembantu perubatan senang cerita .....nama jer pembantu tapi kerja nanti kita pakai U41...buat ijazah nie khas utk diploma MA jer,yg lain xlyk memohon......mcm ijazah perubatan kecemasan(UKM),patut ijazah tu khas utk MA jer...bru power n hebat...dgn pengalaman yg ada...

    ReplyDelete
  22. haizzz sadis degree ni dah x de kt ukm.tutup utk sesi 2012/2013.baru je bukak dah kene kambus.dengar kate dr abu hassan dah gaduh ngan prof.ismail n dr abu hassan dah tekan ukm gune power kkm.ni cerite org dalam lah 2 yang prof ismail merajuk cabut g arab saudi.macam satu kapal ade 2 kepten yg gaduh la ni sudah2 ppp jugak yg makan asap.sudah2 x de org yang nk pegang program ni.susah gak amik degree kecemasan ni,walau ade bapak degree pn pakar ED akan rase x senang n tercabar,jadi susah jugak nk kerje nnti.segelintir je pakar yang sokong.amik post basic pon bukan jadi ape pon gaji naik rm100 keje panggil name kat kaunter triage.mmg banyak pihak nk junubkan ppp x sedar yang sunatkan die orang dulu 2 ppp jugak dasar x kenang budi zzzz.

    ReplyDelete
  23. salam dan selamat petang.. tibe2 terbaca lak entry kt cini...memang program ini sekarang sedang dirancang... walaupun memang agak lambat tp proses membuat program ini tidak pernah berhenti...cume mungkin bagi sesetengah pihak rasa senang nk mewujudkan program macam ini .. bagi pihak kami yang menyediakan struktur kurikulum ni memang kene bersengkang mata untuk menyiapkan semua.... pihak kami dah sedaya upaya untuk mempercepatkan proses ini namun apalah daya kami.... jika ada yang masih berminat untuk memasuki Program Ijazah Sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan dengan Kepujian ini silalah tunggu sehingga semua proses selesai dan dijangka akan mula membuat pengambilan pelajar pada bulan september 2013... untuk kelulusan JPA tiada mslh kerana program ini telah diluluskan seperti berikut http://www.mqa.gov.my/mqr/akrResult.cfm .... program ini memang dirangka untuk golongan bekerja maka pihak kami perlu merancang dan membuat program ini secara terperinci..... so harap semua dapat bersabar sementara kami menyiapkan struktur kurikulum program ini ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. so bla leh mohon klo kmsukan bln 9thn dpn? Xsabaq dh nih.. Hehe

      Delete
  24. permohonan boleh dibuat bermula mac hingga februari 2013, sesi bermula pada september 2013, nak tau info selanjutnya sila hubungi terus ke pengurusan jabatan perubatan kecemasan PPUKM,harap maklum

    ReplyDelete
  25. maaf pembetulan bermula mac hingga april 2013, sekian tqvm

    ReplyDelete
  26. dah terlepas sesi sept 2013..bila lagi open untuk new intake? apply melalui UPU ke?..lagi satu course ni Full time atau PJJ?

    ReplyDelete
  27. dah terlepas sesi sept 2013..bila lagi open untuk new intake? apply melalui UPU ke?..lagi satu course ni Full time atau PJJ?

    ReplyDelete
  28. ingin bertanya, adakah mereka yang mempunyai emtt-basic dan emtt-advanced bagaimana cara untuk kami lanjut ke paramedik kecemasan.

    ReplyDelete
  29. kemasukan pada bulan sept tetapi masih terkapai2 dan tertanya2 course ni pjj atau full time? terpaksalah gamble g jugak lau pjj carry on lau full time alamat kena tarik diri la.

    ReplyDelete