12.17.2009

Pos Basik/Pengkhususan Baru untuk PPP

Mulai Julai 2010, BPL akan mengadakan 2 lagi kursus Pengkhususan (Pos Basik) yang boleh diikuti oleh PPP. Kursus tersebut ialah Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS dan Kursus Pengkhususan Neurofisiologi Klinikal.

Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV AIDS telah dirancang sejak tahun 2006 lagi. Alhamdulillah, akhirnya ia diluluskan oleh Lembaga Pendidikan KKM september lalu. Kursus ini diperlukan bagi meningkatkan kemahiran anggota kesihatan dalam aspek kaunseling pesakit serta keluarga pesakit HIV/AIDS. Kursus ini akan dijalankan di KSKB Sg Buloh dan jangkamasa kursus ialah 6 bulan.

Manakala kursus Pengkhususan Neurofisiologi Klinikal telah diluluskan oleh Lembaga Pendidikan KKM pada 16 Dis 2009 lalu. Kursus ini asalnya ialah kursus in-house yang dijalankan di HKL. Namun bagitu berdasarkan keperluan semasa, ia ditingkatkan ke tahap pos basik. Namun bagitu, pelaksanaan kursus ini berbeza sedikit dengan kursus pos basik lain dimana ia dijalankan ssecara separa in-situ. Pusat akademik adalah di HKL. Manakala latihan klinikal akan dijalankan ditempat dimana peserta bekerja. Yang membanggakan ialah, kursus ini khas untuk PPP sahaja.

Moga-moga pelaksanaan kedua-dua kursus ini dapat memberi peluang kepada PPP memilih lebih banyak bidang sub speciality.

2 comments:

  1. Salam,

    ada maklumat terperinci tak tentang Pengkhususan Neurofisiologi Klinikal ?

    Terima Kasih. =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah first intake Julai 2010. Kursus akan diadakan di HKL.

    Syarat kemasukkan seperti pos basik lain tetapi tambahan syarat ialah PPP yang telah bekerja sekurang2nya 6 bulan di unit neurofisiologi.

    maklumat secara detail akan dimaklumkan kemudian.

    ReplyDelete