Program Penempatan Wajib (PPW) merupakan suatu program yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada PPP lantikan baharu membina sahsiah dan meningkatkan keyakinan diri terutamanya ketika bertugas secara bersendirian di klinik-klinik kesihatan atau hospital di seluruh negara.
Seramai 936 orang PPP yang terdiri daripada 3 kumpulan telah mengikuti program ini yang bermula pada Januari 2008 manakala 453 orang PPP sedang mengikuti program ini dan dijangkakan berakhir Mac 2010.
Maklumbalas yang diterima, terdapat beberapa perkara yang perlu dimantapkan terutamanya peranan Lokal Preseptor (LP). Justeru pada 6-10 Disember 2009 lalu, Lembaga Pembantu Perubatan telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Aktiviti PPW di Hotel Heritage Ipoh dan telah dihadiri seramai 53 orang LP dari seluruh negara.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi memperjelaskan lagi peranan LP dalam memastikan matlamat PPW tercapai. Di samping itu bengkel ini juga dapat menjana PPP yang berpengetahuan,efesien, fokus, cekap dan komited.
Antara pengisian bengkel ini ialah pembentangan laporan Naziran PPW, Pembentangan Kertas Kerja, Ceramah serta sesi Updates In Clinical Skills. Sebanyak 4 station kemahiran iaitu station Pre Hospital Care, Emergency Intervention, Physical Examination & Documentation dan Surgical Intervention.
Keseluruhannya Bengkel ini telah mencapai objektifnya serta terdapat cadangan agar ia akan dijadikan sebagai program berkala untuk semua LP seluruh negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment