Pada tanggal 12 Januari 2008, Tabung kilat Dana pembelian bangunan Wisma Pembantu Perubatan Malaysia telah dilancarkan telah dilancarkan buat pertama kalinya, pada Mesyuarat Agung Kali ke 10 di Hotel KL International, Kuala Lumpur.
Pada Mac 2008, akaun dana telah dibuka di Bank Islam cawangan Putrajaya (No. Akaun 16-018-01-001139-1) dan surat serta risalah untuk memohon sumbangan dana sebanyak RM100.00 seorang dari semua PPP diedarkan keseluruh negara. Sehingga 31 Januari 2009, kami telah menerima lebih kurang RM460,000.00 , hasil sumbangan daripada lebih kurang 4,500 PPP seluruh Malaysia.
Sehingga 17 Februari 2009 pula, Persatuan telah membayar sejumlah RM 580,000.00 yang mana sebanyak Rm 120,000.00 lagi adalah tambahan dari Tabung PPPM di May Bank Kuala Lumpur- No. Akaun 014150309143, kepada pihak pemaju bagi membolehkan untuk mendapatkan kunci bangunan WISMA.
Pada tanggal 21 Februari 2009 jam 10.00 pagi, bertempat di No.11, Jalan Reko Sentral 9, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor, satu lagi sejarah telah tercipta bagi profesion Pembantu Perubatan Malaysia dimana kunci bangunan Wisma telah diserahkan dan mula masuk bangunan buat pertama kalinya. Walau bagaimanapun, Persatuan ini masih lagi berhutang sebanyak RM150,000.00. InsyaALLAH, sama-samalah kita teruskan usaha untuk mendapatkan lagi sumbangan dana bagi melunaskan baki hutang yang masih tertunggak itu.
Turut hadir pada detik bersejarah itu ialah Tuan Hj. Mohd Radhi bin Abdullah ( Mantan Presiden Persatuan), barisan kepimpinan Persatuan (MAMA) masa kini yang terdiri dari Tn. Hj. Hassan bin Hj Ahmad (Presiden), Tn. Hj. Idris bin Mohd. Nor (Presiden Elect& Mantan Presiden Kesatuan), En. Mohd Azmi bin Osman (Setiausaha Kht), En. Amin Zafri bin Abd. Rahman (Pen. SU Kht. & Pemegang Amanah),manakala pihak Kesatuan (NUMA) diwakili oleh Tn. Hj Abd. Hadi bin HJ. Ismail (Presiden Kesatuan), Tn. Hj. Zabidi bin Mohd Taha (Bendahari Agung). Dari Lembaga Pembantu Perubatan pula Tn. Hj. Siri bin Narudin (KPPP, KKM), Tn. Hj.Johari bin Hj. Zakaria ( Pemegang Amanah). Yang turut hadir adalah Tn. Hj. Mustafa bin Abd. Majid (Ahli EXCO dan Pengerusi PPPM Caw, Selangor) dan En. Khoo Beng Heng (Mantan Ahli Exco NUMA negeri Kedah Perlis). Bacaan doa selamat sempena masuk bangunan, telah diketuai oleh Tn. Hj. Idris bin Mohd Nor.
Persiapan untuk menyediakan kelengkapan pejabat di Aras 2 (Bangunan 3 tingkat) akan dijalankan pada bulan Mac 2009. Ini bagi membolehkan Ibu Pejabat MAMA dan NUMA beroperasi pada bulan April 2009. Kami sedang berusaha untuk mencari penyewa bagi Aras bawah dan Aras 1.
Pada semua PPP dan ahli keluarga seluruh Malaysia yang sedang mencari dan ingin menyewa bangunan bagi menjalankan kegiatan ekonomi, sila hubungi Hj. Hassan (Presiden -0137795408) atau Mohd. Azmi (Setiausaha Kht. -0162797026) atau Amin Zafri (Pen. S/U Kht.- 0133578125 atau Hj. Jaffar (Bendahari Kht.- 0167555232).
Kadar sewa bagi Aras Ground (ahli MAMA/NUMA) RM 3,000.00 dan RM 3,500.00 (bukan ahli).
Kadar sewa bagi Aras 1 (ahli ) Rm 2,000.00 dan RM 2,500.00 (bukan ahli)
Akhirnya, SYUKUR ,TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua warga PPP seluruh Malaysia yang telah bekerja keras, berusaha, menyokong dan menyumbang sehingga impian kita semua untuk memilikki bangunan profesion sendiri tercapai setelah wujud sejak lebih 100 tahun. Kita teruskan lagi usaha untuk menjejaki mereka mereka yang masih belum menyumbang, supaya impian untuk pembelian bangunan ini secara tunai akan tercapai. InsyaALLAH.
KEJAYAAN INI ADALAH KEJAYAAN KITA BERSAMA. SEMOGA PROFESION KITA TERUS KEKAL RELEVAN UNTUK SELAMANYA.
Hj. Hassan bin Hj. Ahmad AMN. PIS
Presiden PPPM
26 Februari 2009.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum...saudara-saudara ku sekelian...dikesempatan ini saya menwakili penolong-penolong pegawai perubatan yang mempunyai ijazah yang ? tidak related ni rasa agak kesal dengan kesatuan kerana tiada usaha yang bersungguh-sungguh membantu kami mendapatkan post-post PPP gred U41 di KKM..bukan tak ada tapi tak bersungguh-sungguh. Apa yang kami nampak hanya tumpukan kepada program MAHSA saja...Kami bukan iri hati tapi kami juga PPP dan kami juga mempunyai pengalaman klinikal...Tengoklah kami sekali...Bila pihak kami bertanya bertanyakkan..mintak kertas kerja..tiada pun inisiatif untuk sama-sama membuat kertas kerja..bukan dengan kesatuan saja tapi juga pihak lembaga PP...kami boleh keluar dari profesyen tapi kami masih sayangkan profesyen PPP..cuba fikirkan bersama..
ReplyDelete