2.12.2009

Continuing Professional Development (CPD) Bagi Penolong Pegawai Perubatan

Salam Sejahtera.

Continuing Professional Development (CPD) atau Continuing Professional Education (CPE) adalah satu proses dimana ahli-ahli dalam satu-satu profesion mengekal, meningkat dan memperluaskan pengetahuan, kemahiran serta meningkatkan personal qualities yang diperlukan dalam kehidupan kerjaya profesional tersebut.

CDP juga boleh didefinisikan sebagai:
"the holistic commitment to structured skills enchancement and personal or profesional competence." (DTI,2002)

Dalam konteks PPP, sebagai suatu profesion yang professional, pelaksanaan CPD merupakan satu langkah yang amat tepat ke arah mengekal dan meningkatkan tahap profesionalisma profesion ini. Justeru, dengan adanya buku log CPD bagi PPP ini ia juga akan melengkapkan lagi pembelajaran sepanjang hayat PPP masakini.

Selain itu, melalui CPD ini PPP boleh mendapat mata (point) yang akan dikumpul diakhir tahun bagi mendapat pengiktirafan selaras dengan garispanduan yang disediakan oleh KKM (Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 19 tahun 2008).

Bagi pelaksanaan CPD ini Lembaga telah membuat beberapa cadangan seperti dibawah:

Diharap dengan adanya CPD ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisma PPP sejajar dengan tuntutan semasa.

Anda boleh mendapatkan CPD ini dialamat berikut:

6 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Tuan, saya ingin tau cara pengiraan point.
    sekian, terima kasih.
    rubani

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam.

    Secara ringkasnya pengiraan point boleh diperolehi melalui 2 kategori aktiviti CPD iaitu A(Core Business) dan B(Non Core activities).

    Setiap aktiviti membawa mata tertentu.
    Cara pengiraan point secara detail ada diterangkan dalam buku CPD yang telah dikeluarkan. Anda boleh download buku panduan CPD ini di alamat yang tertera di atas atau boleh menghubungi pihak Lembaga PP untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pelaksanaan CPD ini.

    terima kasih

    abu aiman.

    ReplyDelete
  3. Layarilah blog saya muzyati.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tidak terlewat rasanya andai dapat dibuat (diterjemahkan) dalam bahasa kebangsaan. Saya percaya pihak berkaitan tidak bersikap lalai, cuai atau abaikan bahasa kebangsaan dalam hal ini. Syabas Penolong Pegawai Perubatan Malaysia.

    ReplyDelete
  5. asalam"kum tuan
    saya baru tahu tentang pengunaan buku cpd
    dah berkuat kuasa belum untuk digunakan?
    bagai mana untuk saya mendapatkan buku ini adakah akan dihantar ke alamat kami bekerja.?

    ReplyDelete
  6. Senarai link "click and go" untuk semua kakitangan kerajaan termasuk kakitangan perubatan kerajaan. Layari http://mflink.blogspot.com

    Dari AMO untuk semua...

    ReplyDelete