11.07.2008

Urusan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Salam Sejahtera.

Pemilihan calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan (Gabungan 10 skim) bertaraf diploma di KKM sesi Januari telah bermula mulai 28 Oktober hingga 12 Novermber 2008.

Permohonan yang diterima oleh SPA ialah seramai 217, 720 orang dan bilangan layak tapisan awal ialah seramai 196, 935 orang. Manakala bagi kursus diploma Pembantu Perubatan permohonan di terima: perempuan ialah 7,382 orang dan lelaki seramai 5,619 orang. Nampaknya sedikit masa lagi Perempuan akan mendominasi kerjaya PPP jika sistem kouta tidak dilaksanakan.

Pengalaman saya selama seminggu mengendalikan temuduga ini di Melaka, memang nampak dengan ketara bilangan calon perempuan yang hadir temuduga melebihi dari calon lelaki. Secara purata hanya 10-20 peratus sahaja calon lelaki hadir temuduga.

Kebanyakkan daripada mereka pula kurang bersedia termasuklah dari segi pakaian, pengetahuan berkaitan dengan kerjaya, pengetahuan am serta lemah dalam berkomunikasi.

Mungkin pihak kesatuan/persatuan boleh memikirkan sesuatu bagi menarik minat remaja terutamanya lelaki menceburkan diri dalam kerjaya ini.

abu aiman
Melaka

2 comments:

  1. Salam,

    Since we diversify our profession by allowing female to come in, so this I think a positive competitive among candidate. You also admitted that male candidate was shown low quality. Do you want this type of candidate to enter into our profession? Now, we are moving to enhance our profession establishment, so candidate with highest quality shall be our utmost priority. Gender discrimination shall be put beside, because this is our choice to take female as our co-worker.

    Wassalam.

    http://livina-blogger.blogspot.com
    http://mbauitmphg.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam, tak jadi masalah besar kalau perempuam ramai dalam ppp. Lagipun dengan pengambilan yang ramai bagi kaum wanita akan memberi keseimbangan bilangan ppp sendiri. Barula kekurangan ppp selama ini boleh diperbaiki. selain itu, promosi kerjaya ppp perlu ditingkatkan untuk memberi pendedahan denagan lebih jelas kepada semua lapisan masyarakat.

    ReplyDelete