10.23.2008

Tahniah Kepada Pengajar U44

Salam sejahtera.

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada guru dan rakan-rakan pengajar yang telah berjaya mendapat kenaikan pangkat gred U 44 baru-baru ini. Mereka ialah:

1. En Mansor J.A Fanner
- Bahagian Pengurusan Latihan
2. En. Elengovan
- KPP Ulu Kinta - Kekal Sebagai Pengarah KPPUK
3. En. M.Shafiq Teoh Abdullah
- KSKB Kuching - Bertukar ke BPL (PSUK)
4. En. Yusof Baba
- KPP Seremban - Bertukar ke KSKB Sg. Buloh (Ketua Jabatan BMS)
5. Tn Hj Zafri Yusof - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke KPP Alor Setar (Pengarah KPPAS)
6. En Yong Kok Keng - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke KPP Seremban (Pengarah KPPS)
7. En Amir Nurdin Harun - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke BPL (PSUK)

Kenaikan pangkat ini merupakan satu sejarah di mana ia merupakan kenaikan pengkat yang pertama sejak Jawatan pengajar di naikkan taraf ke P&P bermula 2005 (hampir 4 tahun).

Ini juga merupakan satu peningkatan kepada kerjaya Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan) yang satu ketika dahulu hanya sebagai kumpulan sokongan. Selain itu 2 orang PPP yang telah terlebih dahulu mendahului senarai ialah Tn Hj Moideen Hasan (sekarang Pengarah Hospital Kota Belud, Sabah) dan En Zulkifli Tahir (sekarang Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah), Kedua-dua mereka juga adalah bekas pengajar di KPPUK.

Moga2 perkembangan ini dapat memberi inspirasi kepada kita ke arah meningkatkan kerjaya dan kualiti perkhidmatan.

Kepada mereka, diucapkan tahniah dan moga2 tuan-tuan dapat menunjukan kecemerlangan dan menjadi contoh kepada semua PPP ( jangan lupa untuk membela kerjaya PPP).

abu aiman.

4 comments:

  1. Assamualaikum wrt,
    TAHNIAH kepada mereka diatas peningkatan mereka. Ini juga memberi kesan kepada imej dan kemajuan PPP di negara ini. TAHNIAH sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. tahniah kps semua yg naik pangkat.. menarik.. yg in service bila lg nk apply ek.. tggu pengisisan pppU41 yg ada degree..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Very proudest with this new challange to be faced by our colleagues. hopefully they can do well in new responsibilities shouldered. You're bringing mandate for our profession.

    lot of congratulates from me...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada PPP yang telah berjaya menjawat U44.semoga kalian dapat memberikan semangat baru kepada PPP yang lain. semoga juga tidak seperti kacang lupakan kulit..

    Buatlah sesuatu yang boleh mengukuhkan lagi Profesion PP/PPP itu sendiri, kerana PPP memerlukan orang-orang yang kuat untuk membakar semangat mereka..

    Jangan jadikan diri yang dah naik U44 sebagai kejayaan diri sendiri sahaja...kerana ia adalah kejayaan semua PPP seluruhnya...

    wasalam...

    ReplyDelete