4.26.2008

Kursus Pos Basik Neurofisiologi Klinikal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sepanjang minggu lepas saya agak sibuk. Selepas terpaksa bersengkang mata kerana persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester program master saya, Saya berkejar pula ke IMR untuk menjalankan satu bengkel untuk menggubal kurikulum baru Pos Basik Neurofisiologi Klinikal untuk PPP.

Pernah mendengar Neurofisiologi?.Sebenarnya bidang neurofisiologi ini bukanlah baru di negara kita. Perkhidmatanya telah bermula se awal 1960 an lagi. Pada masa sekarang kebanyakkan PPP yang terlatih dibidang ini dihantar berkursus di luar negara seperti di US, UK, Australia, Jepun, Mesir dan lain-lain. Di samping itu, HKL juga telah menjalankan in-house training kursus Neurofisiologi sejak 20 tahun yang lepas. Kursus yang mengambil masa selama 6 bulan ini telah berjaya melatih lebih daripada 70 orang PPP dalam bidang ini bagi memberikan perkhidmatan di hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara.

Pada masa sekarang terdapat 19 buah hospital di seluruh negara yang telah mempunyai unit Neurofisiologi yang boleh memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Mengikut perancangan, lebih banyak hospital yang akan mempunyai unit ini di masa akan datang. Justeru, keperluan melatih lebih ramai PPP dalam bidang ini amat mendesak.

Bidang Neurofisiologi ini amat unik dan mempunyai nilai sentimental bagi PPP. Ini disebabkan hampir 100 peratus personel yang dilatih dalam bidang ini adalah PPP (MA). Walaupun pernah ada beberapa orang dari kategori lain yang pernah mengikuti kursus ini tetapi performance mereka tidak setanding PPP dan kebanyakkan mereka telah 'quit' dari bidang ini. Justeru, boleh dikatakan bidang ini sekarang telah dikuasai 100 peratus oleh PPP dan sepatutnya ia menjadi salah satu kepakaran yang boleh meningkatkan imej kerjaya PPP.

Mungkin ramai yang berminat untuk menceburi kepakaran ini. Bidang ini memerlukan kepakaran tinggi dalam mengendalikan prosedur utama iaitu:EEG (Electroencephalogram), PSG (Polysomnography), VEP (Visual Evoked Potential), BAEP (Brain Stem Auditory Evoked Potential), SSEP (Somatosensory Evoked Potential), NCS (Nerve Conduction Study), TCD ( Transcranial Doppler) dan lain-lain.

Disebabkan bidang ini memerlukan kepakaran tinggi, maka prospek kerjaya di sektor swasta juga amat luas dan mempunyai demand yang tinggi.

Perubahan serta tuntutan semasa seperti pengiktirafan, elaun, serta peluang untuk melanjutkan pengajian di tahap lebih tinggi memerlukan kursus in-house training yang dijalankan di HKL di naik taraf ke kursus Pos Basik yang akan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan,KKM.Justeru, Bengkel yang dijalankan di IMR tempohari adalah bertujuan untuk membangunkan kurikulum baru Pos Basik Neurofisiologi kinikal. Alhamdullilah, dengan kerjasama dari semua pihak seperti Lembaga PP, semua PPP Neurofisiologi dari seluruh negara terutamanya chief Neurofisiologi Tn Hj Nurul Asri, bengkel itu telah mencapai objektifnya.InsyaAllah, jika diluluskan oleh Lembaga Pendidikan, KKM kursus ini akan mula dijalankan mulai tahun hadapan.

Jumpa lagi.

abu aiman

4 comments:

  1. bos, sy minat gak ngn bidang ni...tp nak dpt kn info yg susah...bila start ada post basic neurophysiology ni? dgr ceta da ad hoc training?cam ner apply?

    ReplyDelete
  2. Post Basik ini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada BPL dan Lembaga Pendidikan KKM. Mengikut perancangan, pengambilan pertama mulai Januari 2009. Permohonan untuk kursus ini sama seperti kursus pos basik lain iaitu melalui Jabatan atau boleh melawat sesawang BPL: http://latihan.moh.gov.my/

    Sebelum ini kursus ini dibuat secara in house traning di HKL tetapi saya difahamkan pengambilan pada tahun ini tidak dibuat kerana menunggu kelulusan kursus pos basik ini.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. thanx sbb bg info ni bos...untunglah u , sbb ada degree skrg..sy tgh cari2 peluang nak further study gak..tp lebih minat dlm klinikal lah.....

    ReplyDelete
  4. apakah kelayakan bagi lepasan spm dan stpm untuk bidang penyelidik klinikal

    ReplyDelete