12.09.2006

Selamat Bercuti k19 dan TAHNIAH kepada Tn Hj Moideen.

Kepada semua warga k19 saya mengucapkan selamat bercuti. Gunakan kesempatan ini untuk merehatkan minda serta bermesra dengan keluarga tercinta. Jauhi dari mat rempit. Ingat perjuangan anda masih jauh.

Saya memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis di web ini. Sejak kebelakangan ini terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program kolej. Sekarang pun sedang sibuk 'marking' kertas peperiksaan anda di KLIH Kuala Lumpur.

Bercakap tentang peperiksaan, saya yakin, InsyaAllah semua akan lulus. Sama-samalah kita tunggu resultnya nanti. Tarikh akan di berikan kemudian. InsyaAllah saya akan cuba masukkan result dalam web ini. Rajin-rajinlah membuka web ini.

Oh Ya, ramai yang ingin tahu tentang lapor diri Sem 2. Untuk makluman, lapor diri secara rasmi ialah pada 3 Jan 2007. Tapi Kumpulan k19 dipertanggungjawabkan untuk membantu program pendaftaran k 20. Kepada semua AJK kumpulan di WAJIBKAN hadir pada 2 Jan 2007. Kepada non AJK, di GALAKKAN hadir sama. Markah akan diberi atas penglibatan anda tersebut.

Jadi tolong sampaikan maklumat ini kepada semua warga k19.

Maklumat terkini Kolej, Tuan Pengetua, Tuan Hj Moideen Hasan telah secara rasmi meninggalkan Kolej. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Hospital , di Sarawak. Satu kebanggaan kepada semua warga Pembantu Perubatan di seluruh Malaysia. Jadi anda di masa akan datang berpeluang untuk menjadi Pengarah Hospital!.
TAHNIAH kepada Tuan Hj Moideen yang kita kasihi.
Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.


Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur

3 comments:

  1. Salam.

    Bila result nak keluar?. Macamana nak tengok result.

    Salam semua geng K19. Muga dapat keputusan cemerlang.

    Terima kasih dan jumpa lagi di Sem 2.

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada sumer kawan2 yang berjaya dalam exam T1S1

    ReplyDelete
  3. >Assa`kum semua warga kump. 19
    >harap2 semoga selamat sampai semula ke kolej
    >maklumlah sekarang ni musim banjir
    >kepada best student tu teruskanlah perjuangan anda untuk sem seterusnya
    >cayalahhhhhhh

    ReplyDelete