6.04.2006

Unit Kompetensi KPPUK


Unit Kompetensi merupakan salah satu unit yang diujudkan di Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta. Unit ini bertanggungjawab merancang serta melaksanakan program serta aktiviti peningkatan kemahiran serta pengetahuan pelatih-pelatih pembantu perubatan. Unit ini mendokong visi serta misi Kolej untuk melahirkan pembantu perubatan yang berpengetahuan, kompeten dan selamat.

Unit ini dianggotai oleh 3 orang Pengajar iaitu:
1. En. Alias bin Mahmud - Ketua Unit
2. En. Ahmad bin Ramli
3. En. Mispan bin Mangon

Unit ini juga bertanggungjawab ke atas pengurusan Makmal Ketrampilan termasuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, Inventori serta Kebersihan dan Keceriaan. Pengurusan Makmal Ketrampilan ini di bantu oleh seorang PAR iaitu En. Salleh b Bokhari.

6 comments:

  1. Kumpulan 19 - Kumpulan Terbilang.
    Kami akan membuktikan K19 merupakan kumpulan yg paling cemerlang di Kppuk(The place whr always going for the best).

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan.

    Anda perlu buktikan dengan mendapat result yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. selamat berjuang warga k19 kppuk. semoga kita dapat merealisasikan impian kita..k19 pasti boleh!!! semoga berjumpa di sem hadapan!!

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih atas pembinaan blog ini.

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas kewujudan (bukan ujud) blog ini. Ada keterampilan (bukan trampil) tersendiri. Teruskan.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sdr. Awang.

    Teruskan perjuangan tuan untuk mendaulatkan bahasa ibunda.

    ReplyDelete