3.11.2012

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan - Together We Care


Tanggal 10 Mac merupakan satu lagi tarikh bersejarah buat profesion Pembantu Perubatan (Penolong Pegawai Perubatan) di negara ini kerana tarikh tersebut telah dipilih sebagai 'Hari Pembantu Perubatan'.

Semalam, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah diadakah Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat kebangsaan. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri lebih dari 350 orang PPP dari seluruh negara. Majlis yang sederhana tetapi penuh meriah dan bermakna ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Zaman Bin Mohd Isa.

Menyorot kembali sejarah PP, profesion ini telah wujud lebih dari 120 tahun di negara ini. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Semasa pemerintahan British, profesion ini juga dikenali sebagai Sub-Assistant Surgeon dan kemudiannya dipanggil Dresser. Sejajar dengan peranannya yang semakin berkembang, beberapa transformasi gelaran telah berlaku iaitu Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan terkini ia dikenali sebagai Penolong Pegawai Perubatan. (2007).

Sejajar dengan peranannya sebagai tulang belakang dalam sistem penyampaian kesihatan di negara ini, maka sewajarnya sambutan Hari Pembantu Perubatan pada 10 Mac diiktiraf sebagai tarikh penting dalam diari KKM dan disambut setiap tahun. Pengiktirafan ini penting bagi menghargai jasa dan sumbangan PP yang tidak ternilai bagi memastikan taraf kesihatan rakyat di negara ini sentiasa dijaga.

Kepada semua PPP ' Selamat Hari pembantu Perubatan 2012 - Together We Care'

abu aiman

3 comments:

  1. Salam encik, saya nak tny la..ayah saya kerja sebagai pembantu perubatan, dan lesennya dah tamat tahun 2008, mcm mana nak renew lesen secara online ye??..

    ReplyDelete
  2. Sila kontak Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya untuk keterangan lanjut.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut hari Pembantu Perubatan 2013, sambutan kali ini kurang menyenangkan sesetengah pihak,tiada yang istemewa, seolah2 pergi ke kelab dangdut.program makan malam yang menyedihkan, seolah2 tidak bersedia bagai melepas batuk ditangga
    sungguh menyedihkan,lebih banyak kepada hiburan,pertunjukan slaid yang alah kadar sahaja, tempat yang tidak sesuai,makanan yang kurang enak, ikan hanyir,sayur yang masin.dll.

    ReplyDelete