10.05.2011

KSKB Ulu Kinta, Menggapai Impian...



KSKB Ulu Kinta merupakan satu mercu tanda baru dalam bidang sains kesihatan bersekutu di negara ini. Projek yang menelan kos hampir 400 juta ini telah berjaya disiapkan dan mula beroperasi mulai Julai 2011 yang lalu.

Lebih membanggakan ialah, kejayaan projek ini adalah kesinabungan daripada impian dan harapan semua warga KKM, BPL serta KPP Ulu Kinta sendiri. Kalau ditoleh dari daripada visi KPP Ulu Kinta iaitu '..untuk menjadikan kolej sebagai pusat pendidikan pengajian sains kesihatan bersekutu', maka bolehlah dikatakan impian tersebut telah tercapai.

Justeru, satu misi baru KSKB Ulu Kinta telah dirangka bagi menggapai impian dan harapan baru iaitu;

'Untuk merealisasikan impian dan harapan setiap insan dalam menitikberatkan kesempurnaan dalam penjagaan kesihatan dan membantu masyarakat untuk mereka lebih mengambil berat tentang pentingnya kesihatan. Ia juga menjadikan setiap pengamal perubatan bekerja lebih profesional dan berintegriti tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Menerapkan nilai2 murni dalam diri setiap ahli dalam memberi khidmat perubatan kepada masyarakat.'

Dari segi infrastruktur, Kolej ini mempunyai infrastruktur yang setaraf dengan universiti di negara ini. Kemudahan yang sofistikated dan terkini dibina bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk semua warga kolej terutamanya pelajar.

Kolej ini mempunyai keluasan 35.5 ekar, iaitu sebahagian drpd kwsn Hospital Bahagia Ulu Kinta.Terdiri drpd 5 blok akedemik, 1 masjid, 1 dewan makan, 1 banglo kediaman pengarah, 2 kuarters pensyarah dan 2 asrama pelatih. Kampus baru ni menempatkan semula pelatih2 dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping dan satu kursus baru iaitu Pembantu Pegawai Farmasi.

Semoga kolej ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan KPP Ulu Kinta bahkan ia diharapkan dapat mengorak langkah dengan lebih jauh lagi ke arah impian menjadi Kolej Universiti Sains Kesihatan Awam yang pertama di negara ini.

Semoga impian ini menjadi kenyataan...

abu aiman


Lihatlah kehebatan dan keindahan Kolej ini









6 comments:

  1. apa pandangan tuan berkenaan profesyen ppp dgn lahirnya kskb?...maksud saya dari segi keuntungan kepada ppp tu sendiri?

    ReplyDelete
  2. bagaimana pandangan cikgu dengan masa depan PPP?

    adakah PPP akan jadi satu profesion yang boleh dikembang tahap profesionalisma nye sehingga setaraf dgn profesion Physician Assistant/Paramedik @ wujud semula cadangan merge dgn nurse?

    ReplyDelete
  3. KSKB bukanlah sesuatu yang baru. Kita telah ada 4 KSKB sebelum ini iaiatu KSKB Sg Buluh, KSKB Johor Bahru, KSKB Kuching (ada kursus DPP) dan KSKB Kota Kinabalu (ada kursus DPP).

    Kita harus mengambil peluang ini untuk mempromosi profesion ini bagi meningkatkan lagi imej dan profesionalisma PPP. Selain itu dengan adanya beberapa kursus lain dapat meningkatkan daya saing pelajar dalam aspek pembelajaran.

    Perkembangan profesion ini dipengaruhi banyak perkara seperti politik, ekonomi serta dasar negara. Tetapi yang lebih penting ialah kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PPP itu sendiri. Kualiti perkhidmatan yang diberikan memainkan peranan utama dan merupakan kuasa ' tawar menawar' bagi mendapatkan sesuatu tuntutan.

    Selain itu, Insyaallah, dengan perkembangan terkini seperti adanya degree dalam bidang pengkhususan PPP, profesion ini akan berkembang dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  4. sy nak tnya ni...bila student PPP yg bru hbis bln 6 2012 akn masuk ppw??ada sape2 tahu x??

    ReplyDelete
  5. sy sgt2 berminat dgn kerjaya sbg seorang pen. peg. perubatan a.k.a MA ni ..niat sy cuma satu shj , sy nk berkhidmat utk masyarakat sbb bg sy , kerjaya sbg seorg pen. peg. perubatan ni kerjaya yg sgt mulia , kita tolong org , kita yg selamatkan nyawa org (dgn izin Allah)..nnt org doakan kite , berkat hidup kite ... .utk pengetahuan tuan , sy sudah 3 kli ditemuduga dan keputusannya amat menduka citakan hati sy walhal sy btul2 mnt sgt dgn kerjaya ni :'| ...tp sy tetap tidak akan berputus asa , sy akn terus mencuba.. .utk pengetahuan tuan juga , sy tidak mnymbung pngajian sy ke mana2 institusi pengajian tinggi wlaupun kputusan spm sy agak cemerlang ... .sy msih mnunggu tmudga MA ni dan alhamdulillah , Allah mendengar doa sy , sy dipanggil utk tmudga MA pd 30.4.2014 ni ...doakan sy semoga berjaya dlm tmudga ni sbb sy mmg btul2 mnt dlm bidang ni ..InsyaAllah , ada rzeki , MA to be :')

    ReplyDelete