Tahniah kepada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia atas kejayaan menganjurkan Konferens Kebangsaan 2011 yang telah berakhir pada hari ini.
Konferens dwi tahunan ini telah diadakan di Royale Bintang Resort Seremban sejak 26 Jun lalu. Konferens yang bertemakan 'Transforming Professionalism Towards People Delight' telah dihadiri lebih daripada 700 orang PPP dari seluruh negara. Selain itu Konferens ini juga telah dihadiri peserta daripada IPTA/IPTS seperti UKM, UTEM, MSU, MAHSA College, KIST, OUM dan lain-lain lagi.
Konferens ini telah dirasmikan oleh YBhg Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Dr. Hasan bin Abdul Rahman (mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia). Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kesihatan telah memberi penekanan penting PPP melaksanakan transformasi profesionalisma dalam perkhidmatan supaya perkhidmatan yang diberikan dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi 'Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Konferens ini juga dapat mengumpulkan 40 kertas saintifik hasil penyelidikan oleh PPP untuk dibentangkan pada sesi selari. Penyertaan daripada beberapa peserta dari IPTA/S seperti UKM, UTEM, MAHSA Universiti Kolej, KIST dan lain-lain berjaya menarik perhatian peserta sekaligus meningkatkan lagi kualiti pembentangan kertas saintifik kali ini.
Selain itu, Konferens ini juga menjadi medium pertemuan rakan-rakan seperjuangan yang berpuluh tahun tidak bertemu.
Moga-moga Konferens ini dapat mencetus semangat baru kepada PPP seluruh negara supaya dapat membuat transformasi profesionalisma kearah perkhidmatan yang lebih berkualiti demi kesejahteraan masyarakat sekaligus dapat meningkatkan imej PPP di mata masyarakat.
abu aiman
Cikgu, ada tak dicadangkan atau diluluskan apa2 degree yang related dengan PPP yang boleh diaply dalam masa yang terdekat...maksudnya dalam 1 atau 2 tahun ini? Lau ada, leh x cikgu tolong listkan?? Thanks...
ReplyDeleteSetakad ini saya difahamkan hanya 4 bidang yg diluluskan iaiatu kecemasan, nursing, sains kesihatan (primer) dan forensik. Walaubagaimanapun saya percaya lebih banyak lg bidang yang releven dengan PPP yg dalam pertimbangan pihak atasan.
ReplyDeleteJusteru, insyaallah, UKM dan OUM akan melaksanakan degree khas untuk PPP (sedang menunggu kelulusan MQA) pada tahun hadapan dalam bidang kecemasan, forensik, kesihatan primer, otopedik dan anestesia.
Sama2 kita berdoa agar ia menjadi kenyataan.
cikgu,nak tanya sikit..apa syarat untuk mendapat cuti tanpa rekod bagi PJJ..perlu sah dalam jawatan dulu ke?
ReplyDeleteAku nak kongsi sedikit ni...pertama kena buat surat mohon kebenaran mengikuti PJJ dari unit latihan JKN melalui ketua PTJ masing-masing.Surat tersebut kalau tak silap aku hendaklah disertakan dokumen seprti KP,pengikhtirafan kelayakan ijazah, surat tawaran dr universiti dan lain-lain lagi, cuba engkau tanya kat JKN tmpt kau bertugas, klu tampat aku sabah macam tulah.kedua ,Surat kebenaran yg dikeluarkan oleh JKN akan digunakan utk pohon/sertakan cuti tanpa rekod. kelulusan hanya diperingkat oleh PTJ aje.
ReplyDeletetq for the info
ReplyDeletekpd cikgu alias yg dihormati...borang kursus dalam perkhidmatan-sokongan yang boleh didapati drp laman web BPL digunakan untuk tujuan mengikuti kursus apa?
ReplyDeleteApa2 kursus dari peringkat sijil hingga phd.
ReplyDelete