Tahniah kepada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia atas kejayaan menganjurkan Konferens Kebangsaan 2011 yang telah berakhir pada hari ini.
Konferens dwi tahunan ini telah diadakan di Royale Bintang Resort Seremban sejak 26 Jun lalu. Konferens yang bertemakan 'Transforming Professionalism Towards People Delight' telah dihadiri lebih daripada 700 orang PPP dari seluruh negara. Selain itu Konferens ini juga telah dihadiri peserta daripada IPTA/IPTS seperti UKM, UTEM, MSU, MAHSA College, KIST, OUM dan lain-lain lagi.
Konferens ini telah dirasmikan oleh YBhg Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Dr. Hasan bin Abdul Rahman (mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia). Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kesihatan telah memberi penekanan penting PPP melaksanakan transformasi profesionalisma dalam perkhidmatan supaya perkhidmatan yang diberikan dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi 'Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Konferens ini juga dapat mengumpulkan 40 kertas saintifik hasil penyelidikan oleh PPP untuk dibentangkan pada sesi selari. Penyertaan daripada beberapa peserta dari IPTA/S seperti UKM, UTEM, MAHSA Universiti Kolej, KIST dan lain-lain berjaya menarik perhatian peserta sekaligus meningkatkan lagi kualiti pembentangan kertas saintifik kali ini.
Selain itu, Konferens ini juga menjadi medium pertemuan rakan-rakan seperjuangan yang berpuluh tahun tidak bertemu.
Moga-moga Konferens ini dapat mencetus semangat baru kepada PPP seluruh negara supaya dapat membuat transformasi profesionalisma kearah perkhidmatan yang lebih berkualiti demi kesejahteraan masyarakat sekaligus dapat meningkatkan imej PPP di mata masyarakat.
abu aiman