KENAPA PILIH PENGAJAR?
Apakah keistemewaannya menjadi Pengajar yang mengajar Institusi Latihan KKM (ILKKM)?. Apa bezanya profesion Pengajar ILKKM berbanding dengan golongan pendidik di institusi lain di negara ini?
Itulah persoalan yang sering kita dengar dari kalangan anggota Paramedik dan pegawai-pegawai lain yang bertugas di KKM. Jawapannya kalau dari segi tugas sebagai pendidik sudah tentu tidak banyak bezanya kerana profesion pengajar juga berfungsi memberikan bimbingan dan pengetahuan kepada pelajar untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berdaya saing.
Kemuliaan tugas para pengajar ILKKM dapat dilihat di mana-mana diseluruh negara bermula di kampung-kampung di pendalaman hinggalah ke bandar-bandar besar. Tanpa anggota paramedik hasil didikan para pengajar ILKKM, kakitangan lain seperti pegawai perubatan, pakar-pakar perubatan, pakar-pakar bedah dan lain-lain di semua institusi kesihatan tidak mungkin dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan.
Dari segi status dan penggajian, profesion pengajar ILKKM boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengawai-pegawai dari kumpulan pengurusan dan profesional yang lain. Dengan kelayakkan ijazah kepujian dalam bidang kepakaran masing-masing, pengajar ILKKM selain memperolehi gred gaji yang setara dengan lain-lain katogeri, para pengajar ILKKM juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Master dan PhD secara sepenuh masa dalam dan luar negara melalui Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).
Selain itu peluang kenaikkan pangkat ke gred sehingga U54, peluang mengikuti kursus di dalam dan luar negara sentiasa terbuka luas. Para pengajar juga diberi keistemewaan yang mungkin tidak ditawarkan kepada pegawa-pegawai lain, iaitu peruntukan RM 1000.00 seorang/tahun untuk menghadiri kursus atau seminar yang berkaitan dengan profesion.
Kpeada semua anggota paramedik dari pelbagai disiplin yang mempunyai kelayakan dan berminat menyertai profesion pengajar, janganlah berlengah-lengah lagi. Anda boleh memohon secara 'on-line' melalui laman sesawang SPA sepanjang masa.
Perbandingan Gaji Pengajar dengan Pegawai Lain
Katogeri Tangga gaji P1T1 (Basik)
Pengajar -------------------RM 1,999.19
Pegawai Sains,
Pegawai penyelidik,
Pegawai Pemakanan -----RM 1,716.72
Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) --------RM 1993.63
- BPL Post Edisi Ogos 2010

kwe minat nak jadi cikgu
ReplyDeletenk jadi cikgu tak payah jadi Ppp pun tak pe kan?..
ReplyDeleteBoleh. Tp ajar subjek asas sahaja.
ReplyDeleteSubjek teras spt medical, surgicaL, community health, emergency, orthopedic etc mesti di ajar oleh pengajar dari kalangan PPP.
subjek asas tu apa ya?
ReplyDeleteSubjek Asas: Mikrobiologi, Pathologi, Parasitologi, Anatomi & Fisiologi dan selain dari subjek teras spt di atas.
ReplyDeletejawatan pengajar pun dah dibekukan...mcm mana nak minta???? x ada harapan la,dengar cerita tidak akan diisi sampai 2014...wallahualam....
ReplyDeletebila pengajar ni akan dibuat pengambilan,senyap je
ReplyDelete