Dunia hari ini semakin panik dengan timbulnya virus influenza yang mengancam kehidupan manusia di dunia ini. Virus ini menyebabkan penyakit respiratori akut dan kebiasaanya ia menjangkiti pada Babi yang menyebabkan Selsema Babi (Swine Influenza).
Namun bagitu, disebabkan Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu-satu masa, maka gen virus tersebut bercampur yang menghasilkan virus influenza yang mengandungi pelbagai sumber dan virus baru ini dikenali sebagai H1N1.
Virus ini berkeupayaan menyerang manusia. Sehingga 26 April 2009, mengikut Laporan yang dikeluarkan oleh WHO, terdapat 20 kes yang disahkan di AS. Sementara itu di Mexico jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,146 dengan 71 Kematian.
BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?
Manusia selalunya dijangkiti Selsema Babi melalui hubungan langsung dengan Babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selsema Babi. Terdapat juga kes dimana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Namun bagitu jangkitan kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.
Mereka yang dijangkiti virus ini boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai tanda dan gejala penyakit yang boleh berlarutan selama 7 hari daripada tarikh dijangkiti. Tanda-tanda dan gejala penyakit ini adalah sama dengan tanda-tanda dan gejala seseorang yang mengidap selsema seperti batuk, sakit tekak, sakit badan, sakit kepala sert badan berasa sejuk dan lesu.
AL-QURAN MENGHARAMKAN DAGING BABI UNTUK DIMAKAN
Ayat Al-Quran surah Al-An'am: 145 bermaksud:
" Katakan (wahai Muhammad):"Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi".
Sebahagian Ulama mengatakan bahawa pengharaman memakan Babi adalah disebabkan kemudaratan yang ada padanya lebih banyak daraipada kebaikan. Jika kita memperhatikan secara teliti pada ayat yang tersebut di atas jelas tertera perkataan " kerana sesungguhnya ia adalah kotor".
Menurut Tuan Haji Ibrahim Ma dalam buku beliau "What Is Islam" pada zaman Dinasti Tang, seorang Tabib yang bernama Sun See Mao telah menulis buku dan menyatakan bahawa " daging babi merangsang penyakit lama, penyebab kemandulan, sakit tulang dan asma".
Beliau juga telah memetik jurnal kesihatan cina yang berkaitan petua panjang umur iaiatu " Yan Show Tan" yang menyatakan bahawa semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi, maka janganlah makan daging babi!.
Selain itu pada 20 Oktober 1998, The Detroit News juga melaporkan penemuan saintis berkaitan pertalian jangkitan antara virus burung dan babi dimana babi adalah tempat kuman diubah kepada bentuk yang lebih merbahaya.
Berlakunya wabak dan musibah merupakan satu lagi ujian Allah kepada makhluknya. Setiap kita hendaklah merenung ayat-ayat Allah serta mengambil pengajaran daripada kisah-kisah silam disamping berusaha mencegah dan mencari penawar (vaksin) jangkitan virus ini.
Kita berdoa semoga negara kita dilindungi daripada musibah ini.
abu aiman.
Selesema babi...tapi kini WHO telah tukar kepada influenza A H1N1. Telah jelas babi itu lebih banyak mendatangkan keburukan.
ReplyDelete