Alhamdulillah, ini menunjukkan bahawa kita mengingati serta mencintai Nabi kita yang mulia itu. Bahkan masyarakat kita sentiasa menyambut kedatangan tarikh bersejarah ini setiap tahun. 12 RabiulAwal adalah amat besar ertinya dan ini terbukti apabila ia diistiharkan oleh kita sebagai hari kelepasan am. Bagitu juga berbagai majlis sambutan sering di adakan sempena kedatangannya.
Sebagai rasul terakhir, tentu sahaja Nabi Muhammad SAW layak mendapat
penghormatan yang besar dari kita semua.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Muhammad itu bukanlah bapa kepada seseorang dari kamu, melainkan dia adalah Rasul Allah dan penutup pada Nabi”
An Anbia: 40
Kita memang patut bahkan mesti memperingiti baginda. Tetapi marilah kita berfikir sejenak. Apakah memadai bagi kita dengan hanya mengadakan sambutan sempena hari kelahiran baginda sahaja? Adakah ini yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Firma Allah SWT yang bermaksud:
“ Sesungguhnya telah ada bagi kamu diri Rasulullah itu Uswah Hasanah (contoh yang baik) Al Ahzab: 21
Sesungguhnya ramai orang yang boleh bergembira dengan kelahiran Rasulullah SAW dan turut menyajakan majlis memperingiti terikh tersebut. Bahkan dari sejarah jelas menunjukkan bahawa Abu Jahal pernah menjadi orang yang amat gembira dengan kelahiran anak saudaranya yang bernama Muhammad itu. Tetapi ternyata, ia tidak memadai kerana apa yang dituntut dari kita bukan sekadar bergembira dengan kelahiran baginda bahkan apa yang sepatutnya kita lakukan ialah mencontohi kehidupan baginda serta mengamalkan ajaran yang dibawanya iaitu Islam.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan kami tidak mengutus seorang rasul melainkan untuk di taati dengan seizin Allah” An Nisa:64
“Dan Kami jadikan mereka itu (Rasul) sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”
An- Anbiya:73
Inilah sebenarnya yang perlu kita fahami. Janganlah sekali-kali kita merasa cukup hanya dengan berselawat, berzanji atau mengadakan ceramah Maulidul Rasul sahaja. Kita mesti lakukan lebih dari itu.
Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan Rasul itu dari bangsa Jin atau Malaikat tetapi Allah menjadikannya dari seorang manusia. Ini tidak lain hanyalah kerana Rasul itu untuk di contohi dan diikuti perlakuannya. Memang benar Rasul itu maksum, terpelihara dari dosa, tetapi tidak harus di jadikan alas an untuk mengelakkan diri dari cuba mencontohi kehidupan Baginda. Bukankah Baginda manusia biasa yang makan, minum berkeluarga seperti kita?. Baginda mengajar kita supaya mengatur kehidupan sebagai manusia, bukannya kehidupan yang meninggalkan dunia samasekali. Baginda bukan setakad sembahayang, puasa, berzikir, membaca Al-Quran atau berdakwah tetapi Baginda juga mentadbir negara, ekonomi, politik, soaial dan seumpamanya. Bukankah itu yang patuh kita contohi?.
Justeru itu apa yang patut kita lakukan sekarang ialah mempelajari serta mendalami sejarah perjalanan hidup (sirah) Rasulullah SAW untuk kita contohi. Sesungguhnya dengan cara ini barulah kita dapat melihat kesempurnaan Islam yang dibawa oleh Baginda dan InsyaAllah kita akan memperolehi keyakinan untuk mengamalkan segala ajaran yang di bawa oleh Baginda.
Wassalam
abu aiman
12 Rabiul Awal 1430H