11.27.2008

Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS

Salam Sejahtera.

InsyaAllah, jika tiada halangan, BPL akan mengadakan satu lagi kursus Pengkhususan iaitu Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS. Deraf kurikulum telah disediakan. Terkini Satu Bengkel untuk memurnikan kurikulum tersebut telah di adakan pada 25-26 Nov 2008 dan dihadiri oleh beberapa pakar dari disiplin yang berkaitan.

Kursus ini adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi AIDS yang memutuskan supaya satu kursus pos basik Kaunseling bagi pesakit HIV/AIDS di adakan untuk Paramedik.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran paramedik yang terlibat dalam kaunseling HIV/AIDS bagi membantu meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan individu dan keluarga pesakit AIDS.

Pembentangan deraf kurikulum di Lembaga Pendidikan KKM untuk kelulusan dijangkakan diadakan pada awal tahun 2009.

Harap2 ini PPP mengambil peluang ini untuk mengembangkan satu lagi kepakaran dalam kerjaya PPP.

abu aiman

11.24.2008

Pindaan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977

Salam Sejahtera.


Berapa ramai dikalangan PPP yang sedar tentang kewujudan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979?.


Berapa ramai pula yang memiliki buku kecil bewarna hitam 'Law Of Malaysia, Act 180 Medical Assistants (Registration) Act 1977, Medical Assistants (Registration) Regulation 1979'?.

Kalaupun sudah memiliki buku kecil tersebut, berapa ramai pula yang memahaminya.

Kita amat bertuah kerana mempunyai Akta 1977 yang mana ia merupakan satu pengiktirafan kepada kerjaya PPP itu sendiri. Akta mengawal setiap aspek kerjaya seperti latihan, kelayakan, pendaftaran, amalan, profesional conduct dan lain-lain lagi.

Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, mempunyai 5 Bahagian dan 22 seksyen yang menyentuh berkaitan dengan fungsi Lembaga, Pendaftaran, Rayuan, Kuasa-kuasa menteri dan lain-lain. Akta perlu dibahas dan diluluskan oleh Parlimen manakala bagi 'Regulation' ia hanya perlu diluluskan oleh Menteri sahaja.

Setelah lebih 30 tahun kewujudkan akta ini, sudah sampai masanya Akta ini dipinda supaya sesuai dengan fungsi serta cabaran semasa. Perubahan kepada skim bersepadu serta kewujudan kolej-kolej swasta yang menjalankan program PPP menjadikan Akta ini kurang relevan lagi.

Beberapa siri mesyuarat dan bengkel telah diadakan oleh Lembaga PP bagi tujuan tersebut. Terkini, satu bengkel telah diadakan di Bayu Beach Resort, PD pada 19-21 Nov 2008 lalu bagi membincangkan perkara di atas. Bengkel tersebut yang dihadiri oleh 'Task Force commitee' ini juga dihadiri oleh En. C.Perumal (Legal Advisor, MMC), E. Hyda Faridzal ( Peguam Persekutuan, PUU) dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Shamsidah Nik Ibrahim (Tim. Pengarah Amalan).

Sama2lah kita berdoa agar Akta Baru ini dapat disiapkan dan diluluskan secepat mungkin agar ia menjadi satu lagi perkembangan dalam kerjaya PPP.

abu aiman.

11.07.2008

Urusan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Salam Sejahtera.

Pemilihan calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan (Gabungan 10 skim) bertaraf diploma di KKM sesi Januari telah bermula mulai 28 Oktober hingga 12 Novermber 2008.

Permohonan yang diterima oleh SPA ialah seramai 217, 720 orang dan bilangan layak tapisan awal ialah seramai 196, 935 orang. Manakala bagi kursus diploma Pembantu Perubatan permohonan di terima: perempuan ialah 7,382 orang dan lelaki seramai 5,619 orang. Nampaknya sedikit masa lagi Perempuan akan mendominasi kerjaya PPP jika sistem kouta tidak dilaksanakan.

Pengalaman saya selama seminggu mengendalikan temuduga ini di Melaka, memang nampak dengan ketara bilangan calon perempuan yang hadir temuduga melebihi dari calon lelaki. Secara purata hanya 10-20 peratus sahaja calon lelaki hadir temuduga.

Kebanyakkan daripada mereka pula kurang bersedia termasuklah dari segi pakaian, pengetahuan berkaitan dengan kerjaya, pengetahuan am serta lemah dalam berkomunikasi.

Mungkin pihak kesatuan/persatuan boleh memikirkan sesuatu bagi menarik minat remaja terutamanya lelaki menceburkan diri dalam kerjaya ini.

abu aiman
Melaka