7.10.2007

Selamat kembali ke Sem 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Selamat kembali ke semester 3 buat semua warga K19. Keputusan Sem 2 telah diketahui. Tahniah saya ucapkan kepada yang telah berjaya mengekalkan kecemerlangan. Buat mereka yang me ndapat sedikit kemerosotan, perlu bermusahabah. Untuk mencipta kejayaan bukanlah sesuatu yang terlalu susah, tatapi, mengekalkan kejayaan merupakan sesuatu yang sukar. Inilah yang berlaku kepada K19. Selepas mencipta keputusan yang cemerlang pada semester 1, mungkin ada diantara kalian yang mulai lalai.

Oleh sebab itu, kemerosoatan peperiksaan pada semester ini haruslah dilihat dari aspek yang positif. Anggapkan ini merupakan satu peringatan, bahawa kelalaian anda boleh membawa padah. Justeru, perjuangan masih panjang. Susun semula strategi belajar. Bermula dari awal semester, buat revision topik-topik utama serta hidupkan semula group discussion. InsyaAllah anda akan mendapat kejayaan cemerlang di semester akan datang.

Oh Ya saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada chief Zul dan geng-geng yang membantu menggangkat barang-barang saya pada 7/7/07 yang lalu.

Akhir sekali saya berharap, blog ini akan terus menjadi penghubung silatulrahim antara warga k 19. InsyaAllah saya akan terus menulis di blog ini jika ada kesempatan. Jika anda ingin membaca dan menghantar comment cuma klik ' links to the post' di bawah setiap artikel.

Jumpa lagi.

abu aiman
BPL KL

4 comments:

  1. >ASS`AKUM cikgu alias
    >cikgu apa khabar
    >saya harap cikgu sentiasa sihat sejahtera hendaknya
    >Saya hendak minta cikgu tentang pendapat bagaimana hendak nenastikan setiap pelatih kumpulan 19 akan mahir dalam setiap prosedur supaya apabila hendak pergi ke clinical area nanti tidak lah kelam kabut,bagaimana ya cikgu

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam.

    Saya alhamdulillah. Maaf lambat jawab. saya sebenarnya selalu 'out station'. so, jarang dapat buka web blog ni.

    Anyway, berkaitan dengan pertanyaan tu, tidak ada cara lain untuk memastikan supaya kita mahir dalam setiap prosedur melainkan kita perlu buat banyak latihan/praktis. Kenalpasti prosedur yang utama yang diajar dalam kelas.

    Gunakan sepenuhnya skill lab. Jika tiada masa di siang hari, booking skill lab pada sebelah malam. Booking secara berkumpulan. Semasa saya jaga skill lab dulu saya beri peluang untuk pelatih datang sebelah malam. Tapi tiada pelatih yang berminat. Selain itu, untuk prosedur yang tidak memerlukan peralatan seperti, palpation abdomen, Auscultation respiratori sistem, boleh praktis dengan kawan-kawan di asrama sahaja.

    Rajin2 tanya pengajar yang boleh membantu.InsyaAllah anda akan lebih bersedia semasa OSCE dan praktikal nanti.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. a'kum,bla elaun pelatih nak naik...elaun tak cukup..rokok pun dah naik harga..ha ha ha..

    ReplyDelete
  4. dicadangkan elaun diturunkan,,

    boleh ke..

    ReplyDelete