Salam sejahtera.Hasrat untuk menjadikan kursus in house Neurofisiologi Klinikal sebagai Pos Basik tidak kesampaian. Pagi tadi saya telah membentangkan cadangankurikulum kursus tersebut dalam Mesyuarat lembaga Pendidikan KKM yang dipengerusikan oleh Tan Sri KPK.
Jangkaan awal bahawa cadangan tersebut tidak menjadi masalah untuk diluluskan berdasarkan unjuran perjawatan yang telah dibuat iaitu hospital seluruh negara memerlukan lebih kurang 200 orang PPP untuk dilatih dalam bidang ini dalam tempoh 2-3 tahun akan datang. Namun bagitu setelah perbincangan di adakan, mesyuarat bersetuju agar kursus tersebut dikekalkan sebagai in house yang dijalankan diHKL. Namun bagitu mesyuarat menyarankan agar kurikulum kursus
in house tersebut dipertingkatkan agar satu masa nanti ia akan diiktiraf sebagai pos basik.
Walaupun ia tidak dipersetujui dijalankan sebagai pos basik, tetapi secara tidak langsung, pembentangan kertas kerja tersebut telah memberi pendedahan kepada ahli mesyuarat bahawa terdapat satu kursus yang yang dibuat khas untuk PPP.
Pihak Pengurusan Latihan akan cuba untuk memperbaiki kertas cadangan pengiktirafan kursus
in house kepada pos basik. Insyaallah jika kertas kerja tersebut di terima, Kursus
in house Neurofisiologi ini akan diberi keutamaan untuk pengiktifaran kerana kemantapan kurikulum yang sedia ada.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan2 neuro yang telah sama2 berbengkel untuk membuat deraf kurikulum kursus ini terutamanya Tuan Haji Nurul Asri. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Dato' Dr. Mohd Hanif Ketua Jabatan Neurologi dan Pakar Neurologi HKL kerana memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi menjayakan cadangan ini serta sanggup hadir ke mesyuarat tersebut.
Insyaallah, satu hari nanti kursus ini akan diiktiraf juga supaya ia menjadi satu lagi
sub speciality khas untuk warga PPP.
Bagi sesiapa yang beminat untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan kursus
in house ini bolehlah menghubungi Tuan Haji Nurul Asri, Unit Neurofisiologi HKL.
selamat berpuasa dan menyambut hari raya.
abu aiman