Hujung minggu lepas saya berkesempatan bersama-sama rakan-rakan serta pejuang-pejuang PPP berkampung di ILHAM Resort PD bagi membincangkan Hala Tuju PPP di masa akan datang.
Menurut mantan Ketua PPP Tn Hj Hassan, ini merupakan satu sejarah dimana lima bahagian, iaitu Lembaga PP, Persatuan, Kesatuan, Kolej dan Bah Pengurusan Latihan terlibat sama dalam perbincangan tersebut. Di samping itu, perbincangan juga di hadiri oleh 'orang lama' PPP yang bagitu konsisten dalam perjuangan memertabatkan kerjaya PPP iaitu Tuan Hj Mustafa.
Sepanjang 3 hari mesyuarat dan bengkel, beberapa cadangan dan resolusi dihasilkan untuk diambil tindakan oleh Lembaga PP, Kesatuan dan Persatuan PPP. Antaranya ialah:
- Mewujudkan PPP Specialized di Hospital dan Kesihatan Awam dari aspek Klinikal, Teknikal/Diagnostik/Terapeutik dan pengurusan
- Mewujudkan Garis Panduan serta Tanggungjawab yang jelas di Kesihatan Awam bagi membezakan peranan PPP dalam perkhidmatan Integrasi di Klinik Kesihatan.
- Menjalankan kempen kesedaran yang agresif kepada semua PPP berhubung dengan konsep 'Review Approach' di Kesihatan Awam.
- Memperkasakan latihan Basik PPP melalui Penjenamaan semua Diploma Pembantu Perubatan
- Menyediakan kertas cadangan bagi membenarkan PPP membuat lokum
- Lain-lain
Melalui beberapa sesi sumbang-saran, perbincangan, perbahasan serta kolaberasi idea diharapkan ia akan menjadi satu titik permulaan ke arah perkembangan kerjaya PPP yang lebih gemilang dimasa akan datang.
Salam,
ReplyDeleteSince saudara is college lecturer and to my expectation, you are very know well about our curriculum, can you give input why we are not allow to do md/mbbs.
To your knowledge, how many percent do we learn about matters concern with medical.
I raise this matter because to enhance our profession, we need to have something in future. We just can't stop at diploma but to further ahead we should doing something that potray our job as AMO, continuum from our diploma to a step higher. I do not object to our colleagues who are already doing other degrees but this is only to our younger generations.
To my opinion, if we can continue our study in md/mbbs, indirectly our profession will be look by others as one of their 1st choice and thus our rating will rise. As a result, JPA has to revalue our profession and ultimately has to consider to our request.
I think, we can't just seek something that gives direct impact to our profession but also need to go beyond our ordinary scale. For example, if we are allow to do locum, it will increase our image. How? Public will put trust to us, prospect student will increase dramatically, we can earn extra income and, most importantly demand to our profession is high in market.
Hope to share your opinion about this issue. If you want to talk about our future direction, I think these two should be given priority.
Wassalam.
Responds dan pendapat saya kepada pertanyaan saudara.
ReplyDelete1). Halangan PPP untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ialah dasar dan kelayakan asas. Setakad ini seseorang yang diterima mengikuti program perubatan dalam negara mestilah memperolehi keputusan yang sangat cemerlang dalam STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma Sains UiTM. Namun bagitu, bagi institusi perubatan swasta atau luar negara, terdapat pelajar PPP yang berjaya mengikuti program perubatan selepas bejaya menjalani ujian kelayakan yang telah ditetapkan.
2). Berkaitan dengan kurikulum PPP, kurikulum PPP amat komprehensif yang meliputi semua disiplin perubatan. Namun bagitu, cuma dari segi kedalaman sesuatu topik sahaja yang memisahkan dengan pelajar perubatan. Ini disebabkan keperluan latihan PPP adalah untuk menyediakan PPP yang boleh berfungsi disemua disiplin. Justeru inilah kelemahan ketara yang kita hadapi dalam kurikulum PPP.
3) Kita baru digarisan permulaan dalam persaingan ini. Justeru ia memerlukan perubahan paradigma semua PPP agar dapat menunjukkan contoh terbaik dari segi pengetahuan, kemahiran serta soft skills supaya masyarakat dan stakeholder yakin dengan perkhidmatan kita. Dengan keyakinan ini peluang kerjaya lebih terbuka luas. Inilah cabaran yang paling besar sekarang.
Sebenarnya, perjuangan memertabatkan kerjaya ini terletak dibahu PPP sendiri. Kita memerlukan cerdik pandai yang yang mencukupi di Lembaga dan kementerian supaya sama-sama menyusun strategi membuat perancangan dan tindakan berkaitan dengan masa depan PPP. Saya Optimis insyaAllah suatu hari nanti, PPP akan mendominasi sektor perubatan di negara kita. PPP harus mendepani perubahan.
abu aiman.