7.17.2008

Salam dari London

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf sebab dah lama tidak memberikan maklumat terkini dalam blog ini. Banyak perkara yang perlu dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu.

Sejak 28 Jun lepas saya telah berlepas ke London kerana mengikuti program attachment di London South Bank Universiti. Program tersebut dijalankan selama 3 minggu dan saya beserta 3 orang pegawai dari KKM diamanahkan untuk melihat aspek Managing and Quality in Training.

Kami telah menghadiri beberapa sesi Mesyuarat bersama dengan pegawai dan ketua2 Unit di Fakulti Health and Sosial Care. Di samping itu kami juga telah dibawa melawat Poliklinik serta Hospital disekitar london.

Seperti yang telah kita ketahui, tiada jawatan yang setaraf AMO di UK. Jawatan Medical Assistant di sini mempunyai peranan seperti Pembantu Perawatan Kesihatan (Attenden).

Seperkara yang menarik di sini ialah terdapat satu pasukan yang
dipanggil Night Team dimana ia diketua oleh Nurse. Peranan
yang dilakukan sama seperti AMO di malaysia semasa ketiadaan
MO dimana mereka boleh rawat pesakit serta preskripe ubat. Kes2 yang teruk sahaja akan dirujuk kepada MO.

Ketua pasukan ini dipanggil clinical specialist Nurse yang kelayakan akademik adalah mempunyai Master. Saya rasa perkara telah dilakukan oleh AMO di malaysia tetapi kalau la dibuat secara sistematik seperti di UK, mungkin peranan AMO akan diiktiraf. Justeru, cadangan untuk mewujudkan AMO specialist memang tepat pada masanya.

Kalau boleh, lembaga atau Persatuan/Kesatuan dapat menghantar beberapa orang AMO untuk melihat lebih dekat sistem dan peranan Nurse specialist ini. Mungkin lawatan ke beberapa negara lain dapat membantu membuat perancangan yang lebih baik terhadap masa depan AMO.

Saya rasa cukuplah sekadar ini sahaja.


sekian.



abu aiman
LSBU, Southwark
London

6 comments:

  1. masalah di sini.. banyk sangat limitasi ataupun birokrasi yg perlu d lalui untuk sampai ke tahap tersebut. selagi kita mempunyai tagline yg kukuh.. maknanya satu entiti yg wujub tanpa d bayangi oleh sesapa.. selagi itulah kita tak boleh nak perform.. satu lg masalah ialah tahap kelulusan ppp.. ramai public skrg yg menganggap ppp ni low class waima doktor pn public dh kurang respek skrg ni.. senario dah berubah dan sdh sampai masanya kita pn turut berevolusi.. KK sepatutnya d isi oleh ppp U41.. U29 berada di hospital bagi menimba pengalaman. barulah akn menimbulkan respek n confident dr public

    ReplyDelete
  2. maaf.. ayat "selagi kita mempunyai tagline yg kukuh.." sepatutnya di tulis sbg "selagi kita mempunyai tidak tagline yg kukuh.." harap maklum

    ReplyDelete
  3. Saya quote kata2 tuan:

    "ramai public skrg yg menganggap ppp ni low class waima doktor pn public dh kurang respek skrg ni.. "

    kenapa terjadi sedemikian?. Bagi saya kelulusan tidak menjamin 100% bagi membetulkan persepsi tersebut.Ia hanya dapat membantu sahaja.

    Sebenarnya inilah cabaran terbesar yang harus kita hadapi iaitu membetulkan persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan kita sebelum dapat membina 'tagline' yang kukuh. Dulu peranan 'dressar' atau 'HA' amat dikenali di luar bandar. Mereka amat dihormati. Tetapi sekarang penghormatan tersebut semakin terhakis. Kita lihat jururawat, dulupun kelulusan mereka setakad diploma sahaja. Tetapi mereka dikenali kerana profesionalisma mereka. Kalau di barat, paramedik dikenali sebagai profesion tersendiri yang berbeza dengan doktor.

    Saya amat bersetuju dengan pendapat tuan tentang perlunya wujud 'tagline' ini. Tetapi sebelum itu kita perlu betulkan persepsi bahawa PPP adalah 'low class' dengan memberikan perkhidmatan 'high class' kepada masyarakat. Pengetahuan, psikomotor skills dan yang terpenting 'soft skills' harus dijana secara komprehensif dikalangan PPP diseluruh negara. PPP kanan haruslah memainkan peranan yang lebih proaktif memastikan anak buahnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Jika masyarakat sudah menghormati dan mengiktiraf peranan PPP ini maka secara tidak langsung 'tagline' boleh dibina dan langkah seterusnya boleh diambil.. kearah PPP specialist seperti cadangan di atas.

    ReplyDelete
  4. Persepsi bahawa PPP adalah 'low class' dibuat oleh anda sendiri, mengapa ada dikalangan PPP sendiri berkata sedemikian kerana mereka sendiri tidak yakin dengan diri sendiri, yang menghairankan keluarnya kata-kata sedemikian dibuat sendiri oleh PPP, Adakah sebarang kajian bahawa pandangan anda tersebut mengatakan bahawa orang menganggap PPP'low class'??? buktikan, hebahkan dan terbitkan....sebenarnya anda sedang yang cuba membuat andaian seperti itum Cuba pardigma tersebut ditukar kepada PPP mampu untuk bersaing tetapi fokusnya haruslah jelas dan realstik,kajian psikologi menunjukkan bahawa kebanyakkan orang yang gagal itu adalah dikalangan orang yang selalu memikirkan kelemahan dirinya dan jarang membuat pengiktirafan mengenai kehebatannya.

    ReplyDelete
  5. Kita digalakkan untuk memikir dan merenung kelemahan dan kekurangan diri supaya penambahbaikan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.

    Memikirkan kelemahan diri tanpa melakukan apa-apa amat malang sekali dan ia merupakan orang yang kecewa dan gagal.

    Mengambilkira pandangan masyarakat tidak memerlukan kajian akademik atau dokumen cetakan. Persepsi lahir dari tindakbalas dalaman atau luaran dan terserahkan kepada kita untuk menilai dan menerimanya. Namun bagitu penambahbaikan yang berterusan perlu dibuat sama ada ia adalah 'response' dari persepi atau tidak dan ia adalah sesuatu yang baik dan amat dituntut.

    Tenggelam dengan kehebatan diri adalah racun berbisa boleh menterjerumuskan seseorang kepada lembah kehancuran.

    ReplyDelete
  6. low atau tidak? cuba bandingkan nombor 29 dan 41, mana yang lebih tinggi? jadi sbg org yang mengaku bijak sana, cuba lah fikirkan hal ni.

    ReplyDelete