Salam Sejahtera.
Sepanjang minggu ini saya berada di Kuantan kerana menjalankan tugas sebagai pengerusi Temuduga bagi memilih calon separa perubatan KKM.
Proses temuduga kali ini mempunyai 2 fasa iaitu fasa ujian bertulis dan fasa temuduga bersemuka. Calon-calon perlu lulus ujian bertulis serta mendapat markah tertinggi dalam temuduga bersemuka bagi melayakkan untuk mengikuti kursus-kursus separa perubatan (10 kursus) yang ditawarkan oleh KKM.
Calon-calon telah memohon secara online melalui web JPA. Permohonan untuk kursus-kursus separa perubatan ini telah mendapat sambutan yang bagitu hebat di mana sebanyak 209,477 permohoan yang telah diterima. Bilangan yang layak adalah sebanyak 190, 417 orang. Bagi kursus Pembantu Perubatan sahaja sebanyak 58,188 permohonan telah diterima di mana permohonan dari calon wanita( 31,324) telah melebihi dari calon lelaki(26,864). Nampaknya sedikit masa lagi PPP akan dimonopoli ole kaum Hawa!!.
Apa yang saya ingin kongsi serta sedikit analisa berkaitan dengan temuduga tersebut ialah berkaitan dengan kualiti calon lelaki serta persediaan menghadapi temuduga.
Secara keseluruhannya, kelayakan akademik calon yang akan mengikuti kursus-kursus separa perubatan ini meningkat bagitu ketara. Calon-calon yang telah dipanggil menghadiri temuduga ini rata-rata mempunyai kelayakan akademik yang bagitu baik yang setara dengan kelayakan akademik bagi memasuki IPTA/IPTS lain.
Bagi calon-calon wanita, saya tidak menghadapi masalah memilih calon yang sesuai. Kebanyakkannya telah membuat persediaan serta boleh berkomunikasi dengan baik. Namun bagitu, saya menghadapi masalah dalam memilih calon lelaki. Peratusan yang hadir temuduga sangat menyedihkan iaitu tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan dari calon yang hadir bagi setiap sesi temuduga. Nampaknya sindrom kesukaran memilih calon lelaki bagi mengikuti kursus perguruan di Kementerian Pendidikan telah menjangkiti KKM.
Selain itu, yang lebih mendukacitakan saya ialah persediaan calon lelaki itu sendiri. Kebanyakkanya tidak bersedia secara fizikal dan mental bagi menghadapi sesi temuduga. Pakaian yang dipakai tidak sesuai seperti berseluar jeans, berkasut sukan, tidak memakai tali leher, memakai baju lengan panjang tetapi lengan dilipat, berselekeh serta ada yang berseluar londeh seperti penyanyi rap. Selain dari pengetahuan berkaitan dengan kursus yang pohon adalah amat mendukacitakan, pengetahuan am juga amat sedikit.
Justeru saya rasa, adalah tanggungjawab kita semua supaya mewar-warkan kepada generasi muda tidak kira anak sendiri, anak saudara mara atau rakan-rakan agar membuat persediaan rapi semasa menghadiri sesi temuduga tidak kira apa jenis temuduga termasuk temuduga kenaikan pangkat..
Berikut adalah beberapa tips umum yang boleh dikongsi bersama iaitu:
1. Pakaian: Kemas dan bertali leher, kasut kulit, seluar slack.
2. Komunikasi yang baik.
3. Pengetahuan berkaitan dengan kursus atau permohonan. Buat rujukan. Minta maaf jika tidak tahu.
4. Pengetahuan am. Baca isu-isu semasa. Beri komen dengan bahasa yang sesuai.
5. Menjawab dengan keyakinan.
Kelayakkan akademik yang baik masih tidak mencukupi jika attitude serta sikap tidak seperti yang diharapkan untuk anda berjaya dalam setiap temuduga.
sekian, jumpa lagi.
abu aiman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tu la masalahnya ngn masrkt kita skrg.. klu dulu hal ini berlaku kpd golongn guru.. tak sangka jd kt PPP la pulak.. apa pun kna ada kualiti tanpa mengira jantina.. biar bilangan sedikit tapi kualiti bagus..
ReplyDeleteharap-harap pelatih PPP akan datang lebih berkualiti demi meningkatkan martabat PPP agar PPP terus releven.
ReplyDeletepengetahuan tengtang per??
ReplyDeleteamik pompuan ler semua bkerja... laki2 jaga anak.... kehkehkeh....
ReplyDeletebgos la blog nie...dpt beri input pd sy yang akan hadir ke temuduga PPP x lame lg...
ReplyDeleteknapa ambik pempuan ramai2,takde laki ke kat Malaysia?
ReplyDeleteKlau zaman dulu,masa perang takde pula tengok kualiti sangat,semua diperlukan.Sekarang,makin memilih,yang dipilih bukan x tahu membaca?
ReplyDeletesemoga bakal ppp lelaki dan yg akn ditemuduga baca apa yg ditulis ni
ReplyDeleteapa kriteria yang di pilih untuk ppp ? akademik ?
ReplyDeleteperh bagus giler la blog nie
ReplyDeletethanks for the info
harap2 budak lelaki kampong cam saye ni bley berjaye setelah cube untuk memenuhi semua kriteria yang diperlukan
wasalam
harap2 dpt lepas tmuduga bukn depan.. huhuhu
ReplyDeleteopps bulan depan hehe
ReplyDeleteade beza x kursus kejururawatan n kursus separa kejururawatan?
ReplyDeleteramai lelaki yg dapat tawaran temuduga tapi x ramai yg datang sebab byk kali dah datang tapi x terpilih...
ReplyDelete