12.01.2008

Tazkirah: Ibadah Korban

1. Pengertian Qurban

Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." - Surah al-Haj:36

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." - Surah al-Kauthar:2

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." - Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." - Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

2. Hukum Berqurban

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

i. Islam
ii. Merdeka (Bukan hamba)
iii. Baligh lagi berakal
iv. Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)


3. Kesabaran demi ketaatan

Mengimbas kembali dari pengorbanan Nabi Ibrahim. Seabad kehidupan Ibrahim penuh dengan perjuangan, gerakan, jihad dan perang melawan kebodohan kaumnya, kemusyrikan, penindasan Namrudz dan kefanatikan manusia-manusia penyembah berhala. Ibrahim bersama isterinya Sarah -Wanita cantik tapi tidak memberinya anak- tinggal di rumah Azar, bapaknya yang juga salah seorang penyembah dan pembuat berhala, fanatik.

Ibrahim makin tua dan kesepian. Walaupun berada di puncak kenabiannya, namun ia adalah seorang manusia biasa. Seperti manusia lainnya, ia menginginkan seorang anak. Apalagi usianya kian senja. Ia tidak berpengharapan, kerana menurut pertimbangan akal sederhana pun perkara itu tak mungkin. Ibrahim hanya dapat mendambakan dalam do’anya:

"Ya Rabb, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang soleh. " (Ash-Shaffat : 100).

Allah SWT akhirnya melimpahkan kurniaNya kepada lelaki tua yang telah menghabiskan seluruh hidup dan kehidupannya, serta menanggung penderitaan demi menyebarluaskan risalahNya. Melalui wanita bernama Hajar, Allah SWT memberinya seorang anak; Ismail. Sebagaimana firmanNya:

"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. "
(Ash-Shaffat: 101)

Ismail adalah anak yang didambakan Ibrahim seumur hidupnya. Kelahirannya telah didambakan selama hampir seratus tahun dan diluar perkiraan ayahnya. Ismail tumbuh bagaikan batang pohon yang mekar. Ia mendatangkan keceriahan dan kebahagiaan ke dalam hidup Ibrahim. Ia adalah harapan, kecintaan dan buah hati Ibrahim. Akan tetapi, tanpa diduga-duga wahyu Allah SWT turun memerintahkan untuk menyembelih Ismail. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, lbrahim berkata :

"Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu" (Ash-Shaffat: 102)

Betapa goncangnya jiwa Ibrahim ketika menerima wahyu yang luar biasa beratnya ini. Duka nian hatinya. Tetapi wahyu itu adalah perintah Allah : perintah menyembelih Ismail —buah hatinya. Konflik pun terjadi dalam batinnya. Siapakah yang lebih disayanginya Allah ataukah anaknya? Mengikuti perintah Allah atau menuruti perasaan manusiawinya untuk menyayangi anaknya?

Ibrahim menghadapi dua pilihan : mengikuti perasaan hatinya dengan menyelamatkan Ismail atau mentaati perintah Allah SWT dengan ‘mengorbankannya’. la harus memilih satu di antara dua. Seandainya yang diperintahkan Allah adalah agar ia mengorbankan dirinya sendiri, maka tidaklah sulit baginya menentukan pilihan. Walaupun demikian, dengan keteguhan hati Ibrahim lebih mendahulukan perintah Allah SWT dan mengorbankan rasa sayang pada anaknya.

Kilasan kisah Nabi Ibrahim tadi memberikan suri tauladan bahawa saat perintah dan hukum Allah SWT datang di mana pun dan bila, apapun harus dikorbankan. Perintah Allah di atas segala-galanya. Sebab mentaati perintah dan aturan Allah jauh lebih maslahat dibandingkan dengan menuruti perasaan dan hawa nafsu.

Selamat Menyambut Hari Raya Edul Adha
abu aiman

Di petik dari:

http://www.qurban2u.com/korban.php

http://members.tripod.com/ISLAMIKA/aj/pengorbanan.htm

11.27.2008

Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS

Salam Sejahtera.

InsyaAllah, jika tiada halangan, BPL akan mengadakan satu lagi kursus Pengkhususan iaitu Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS. Deraf kurikulum telah disediakan. Terkini Satu Bengkel untuk memurnikan kurikulum tersebut telah di adakan pada 25-26 Nov 2008 dan dihadiri oleh beberapa pakar dari disiplin yang berkaitan.

Kursus ini adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi AIDS yang memutuskan supaya satu kursus pos basik Kaunseling bagi pesakit HIV/AIDS di adakan untuk Paramedik.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran paramedik yang terlibat dalam kaunseling HIV/AIDS bagi membantu meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan individu dan keluarga pesakit AIDS.

Pembentangan deraf kurikulum di Lembaga Pendidikan KKM untuk kelulusan dijangkakan diadakan pada awal tahun 2009.

Harap2 ini PPP mengambil peluang ini untuk mengembangkan satu lagi kepakaran dalam kerjaya PPP.

abu aiman

11.24.2008

Pindaan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977

Salam Sejahtera.


Berapa ramai dikalangan PPP yang sedar tentang kewujudan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979?.


Berapa ramai pula yang memiliki buku kecil bewarna hitam 'Law Of Malaysia, Act 180 Medical Assistants (Registration) Act 1977, Medical Assistants (Registration) Regulation 1979'?.

Kalaupun sudah memiliki buku kecil tersebut, berapa ramai pula yang memahaminya.

Kita amat bertuah kerana mempunyai Akta 1977 yang mana ia merupakan satu pengiktirafan kepada kerjaya PPP itu sendiri. Akta mengawal setiap aspek kerjaya seperti latihan, kelayakan, pendaftaran, amalan, profesional conduct dan lain-lain lagi.

Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, mempunyai 5 Bahagian dan 22 seksyen yang menyentuh berkaitan dengan fungsi Lembaga, Pendaftaran, Rayuan, Kuasa-kuasa menteri dan lain-lain. Akta perlu dibahas dan diluluskan oleh Parlimen manakala bagi 'Regulation' ia hanya perlu diluluskan oleh Menteri sahaja.

Setelah lebih 30 tahun kewujudkan akta ini, sudah sampai masanya Akta ini dipinda supaya sesuai dengan fungsi serta cabaran semasa. Perubahan kepada skim bersepadu serta kewujudan kolej-kolej swasta yang menjalankan program PPP menjadikan Akta ini kurang relevan lagi.

Beberapa siri mesyuarat dan bengkel telah diadakan oleh Lembaga PP bagi tujuan tersebut. Terkini, satu bengkel telah diadakan di Bayu Beach Resort, PD pada 19-21 Nov 2008 lalu bagi membincangkan perkara di atas. Bengkel tersebut yang dihadiri oleh 'Task Force commitee' ini juga dihadiri oleh En. C.Perumal (Legal Advisor, MMC), E. Hyda Faridzal ( Peguam Persekutuan, PUU) dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Shamsidah Nik Ibrahim (Tim. Pengarah Amalan).

Sama2lah kita berdoa agar Akta Baru ini dapat disiapkan dan diluluskan secepat mungkin agar ia menjadi satu lagi perkembangan dalam kerjaya PPP.

abu aiman.

11.07.2008

Urusan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Salam Sejahtera.

Pemilihan calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan (Gabungan 10 skim) bertaraf diploma di KKM sesi Januari telah bermula mulai 28 Oktober hingga 12 Novermber 2008.

Permohonan yang diterima oleh SPA ialah seramai 217, 720 orang dan bilangan layak tapisan awal ialah seramai 196, 935 orang. Manakala bagi kursus diploma Pembantu Perubatan permohonan di terima: perempuan ialah 7,382 orang dan lelaki seramai 5,619 orang. Nampaknya sedikit masa lagi Perempuan akan mendominasi kerjaya PPP jika sistem kouta tidak dilaksanakan.

Pengalaman saya selama seminggu mengendalikan temuduga ini di Melaka, memang nampak dengan ketara bilangan calon perempuan yang hadir temuduga melebihi dari calon lelaki. Secara purata hanya 10-20 peratus sahaja calon lelaki hadir temuduga.

Kebanyakkan daripada mereka pula kurang bersedia termasuklah dari segi pakaian, pengetahuan berkaitan dengan kerjaya, pengetahuan am serta lemah dalam berkomunikasi.

Mungkin pihak kesatuan/persatuan boleh memikirkan sesuatu bagi menarik minat remaja terutamanya lelaki menceburkan diri dalam kerjaya ini.

abu aiman
Melaka

10.23.2008

Tahniah Kepada Pengajar U44

Salam sejahtera.

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada guru dan rakan-rakan pengajar yang telah berjaya mendapat kenaikan pangkat gred U 44 baru-baru ini. Mereka ialah:

1. En Mansor J.A Fanner
- Bahagian Pengurusan Latihan
2. En. Elengovan
- KPP Ulu Kinta - Kekal Sebagai Pengarah KPPUK
3. En. M.Shafiq Teoh Abdullah
- KSKB Kuching - Bertukar ke BPL (PSUK)
4. En. Yusof Baba
- KPP Seremban - Bertukar ke KSKB Sg. Buloh (Ketua Jabatan BMS)
5. Tn Hj Zafri Yusof - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke KPP Alor Setar (Pengarah KPPAS)
6. En Yong Kok Keng - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke KPP Seremban (Pengarah KPPS)
7. En Amir Nurdin Harun - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke BPL (PSUK)

Kenaikan pangkat ini merupakan satu sejarah di mana ia merupakan kenaikan pengkat yang pertama sejak Jawatan pengajar di naikkan taraf ke P&P bermula 2005 (hampir 4 tahun).

Ini juga merupakan satu peningkatan kepada kerjaya Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan) yang satu ketika dahulu hanya sebagai kumpulan sokongan. Selain itu 2 orang PPP yang telah terlebih dahulu mendahului senarai ialah Tn Hj Moideen Hasan (sekarang Pengarah Hospital Kota Belud, Sabah) dan En Zulkifli Tahir (sekarang Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah), Kedua-dua mereka juga adalah bekas pengajar di KPPUK.

Moga2 perkembangan ini dapat memberi inspirasi kepada kita ke arah meningkatkan kerjaya dan kualiti perkhidmatan.

Kepada mereka, diucapkan tahniah dan moga2 tuan-tuan dapat menunjukan kecemerlangan dan menjadi contoh kepada semua PPP ( jangan lupa untuk membela kerjaya PPP).

abu aiman.

10.18.2008

Bengkel Cadangan Gred Flexi, KSKB Ulu Kinta dan Uniform PPP Wanita

Salam sejahtera.
1. Bengkel Cadangan Perjawatan PPP
Alhamdulillah, pada 15-17 Oct lalu saya berkesempatan menghadiri satu Bengkel yang dianjurkan oleh Lembaga PPP dengan kerjasama Kesatuan, Persatuan serta Bahagian pengurusan Latihan. Tujuan bengkel ini ialah:

1. Membuat kertas cadangan Gred Flexi
2. Kajian semula Norma perjawatan PPP
3. Kajian semula Peranan/Tugas/Tanggungjawab pelbagai gred PPP berdasarkan 'Levels of Care' di setiap unit.

Bengkel selama 3 hari ini telah dihadiri oleh lebih 30 orang pemimpin dan senior PPP dari Lembaga, Kesatuan, Persatuan, Ketua-ketua PPP negeri, penyelia/ketua unit dan pegawai2 BPL.

Tujuan cadangan untuk mewujudkan gred flexi ini ialah supaya tidak berlaku 'brain drain' jika terdapat kenaikan pangkat. Jika seseorang PPP itu telah dinaikkan pangkat, maka beliau boleh dikekalkan ditempat beliau bertugas supaya dapat mengekalkan kepakaran yang diperlukan oleh unit tersebut serta peluang peningkatan kerjaya yang lebih baik.
Selain itu Bengkel ini juga membincangkan agar peranan dan tanggunjawab PPP distrukturkan semula dengan lebih jelas dalam pelbagai kategori gred mengikut 'level of care' disetiap unit.

2. Lawatan ke Tapak KSKB Ulu Kinta
Kami juga berkesempatan melawat tapak pembinaan KSKB Ulu Kinta pada hari terakhir bengkel Projek yang menelan kos sebanyak RM 365 juta itu sudah siap hampir 10 peratus pembinaanya.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2011 dan ia merupakan kompleks latihan terbesar di KKM. Dijangkakan terdapat 3 kursus yang akan dijalankan iaitu, Diploma PP, Nusing dan pembantu Farmasi. Kolej ini mampu menampung 3000 pelajar dalam satu-satu masa.

Pembinaanya ini juga merupakan satu langakh untuk mewujudkan Kolej Universiti Sains Kesihatan pada masa hadapan. Ini sudah pasti memerlukan ramai tenaga pengajar. Tuan-tuan di service sekarang harus mengorak langkah dengan meningkatkan taraf akademik supaya kekosongan tenaga pengajar ini akan dapat diisi dimasa akan datang.

3. Cadangan Uniform PPP Wanita.
Diakhir lawatan ke KPPUK, kami dipertontonkan dengan peragaan uniform baru PPP wanita oleh pelajar2 dari Kolej PP Seremban, Ulu Kinta dan Alor Setar.

Cadangan uniform baru yang bercirikan lebih korporat ini akan dibawa ke peringkat atasan untuk persetujuan dan kelulusan. Dijangkakan geraduan PPP perempuan pertama yang akan memasuki perkhidmatan PPP ialah pada 2011.

Ini merupakan satu perkembangan baru dalam profesion PPP.


abu aiman

10.12.2008

Tahniah PPP Kohort 7 Degree MAHSA

Assalamualaikum.

Semalam (11.10.2008) selepas habis kuliah di UPM saya bergegas ke Hotel Rengency KL untuk meraikan rakan-rakan PPP yang baru mengikuti Degree berkembar MAHSA dan University of Northumbria UK.

Saya juga diminta untuk memberikan ceramah berkaitan 'study skills' kepada lebih dari 80 PPP yang mengikuti program tersebut. Sebenarnya saya bukanlah 'pakar motivasi tetapi kerana semangat melihat rakan-rakan yang baru memasuki 'dunia akademik' serta dengan sedikit pengalaman mengikuti program diploma, degree dan master maka dapatlah saya berkongsi ilmu dan pengalaman tersebut dengan rakan-rakan PPP. Setakad ini alhamdullilah, tips dan kaedah pembelajaran yang saya gunakan membuahkan hasil yang membanggakan.

Paling penting bagi saya, sebagai 'adult learner' kita mestilah bijak menguruskan masa. Selain itu, fokus dan kosentrasi semasa dalam kelas dan belajar amat penting. Pertolongan rakan-rakan melalui 'study group' atau group maya juga amat berfeadah bagi pelajar-pelajar PJJ atau separuh masa.

Saya ucapkan tahniah kepada semua PPP yang telah berjaya mengikuti program degree ini. Ini merupakan satu permulaan yang amat baik ke arah meningkatkan kerjaya dan martabat PPP itu sendiri.

Selamat belajar

abu aiman

9.29.2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri




Saya ingin mengucapakan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada pelatih dan Warga PPP di seluruh negara


Maaf Zahir dan Batin.


9.22.2008

Kursus Neurfisiologi Klinikal

Salam sejahtera.

Hasrat untuk menjadikan kursus in house Neurofisiologi Klinikal sebagai Pos Basik tidak kesampaian. Pagi tadi saya telah membentangkan cadangankurikulum kursus tersebut dalam Mesyuarat lembaga Pendidikan KKM yang dipengerusikan oleh Tan Sri KPK.

Jangkaan awal bahawa cadangan tersebut tidak menjadi masalah untuk diluluskan berdasarkan unjuran perjawatan yang telah dibuat iaitu hospital seluruh negara memerlukan lebih kurang 200 orang PPP untuk dilatih dalam bidang ini dalam tempoh 2-3 tahun akan datang. Namun bagitu setelah perbincangan di adakan, mesyuarat bersetuju agar kursus tersebut dikekalkan sebagai in house yang dijalankan diHKL. Namun bagitu mesyuarat menyarankan agar kurikulum kursus in house tersebut dipertingkatkan agar satu masa nanti ia akan diiktiraf sebagai pos basik.

Walaupun ia tidak dipersetujui dijalankan sebagai pos basik, tetapi secara tidak langsung, pembentangan kertas kerja tersebut telah memberi pendedahan kepada ahli mesyuarat bahawa terdapat satu kursus yang yang dibuat khas untuk PPP.

Pihak Pengurusan Latihan akan cuba untuk memperbaiki kertas cadangan pengiktirafan kursus in house kepada pos basik. Insyaallah jika kertas kerja tersebut di terima, Kursus in house Neurofisiologi ini akan diberi keutamaan untuk pengiktifaran kerana kemantapan kurikulum yang sedia ada.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan2 neuro yang telah sama2 berbengkel untuk membuat deraf kurikulum kursus ini terutamanya Tuan Haji Nurul Asri. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Dato' Dr. Mohd Hanif Ketua Jabatan Neurologi dan Pakar Neurologi HKL kerana memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi menjayakan cadangan ini serta sanggup hadir ke mesyuarat tersebut.

Insyaallah, satu hari nanti kursus ini akan diiktiraf juga supaya ia menjadi satu lagi sub speciality khas untuk warga PPP.

Bagi sesiapa yang beminat untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan kursus in house ini bolehlah menghubungi Tuan Haji Nurul Asri, Unit Neurofisiologi HKL.

selamat berpuasa dan menyambut hari raya.

abu aiman

9.03.2008

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita menemui Ramadhan tahun yang ini penuh bermakna. Salam dan selawat terhadap Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang telah memberikan teladan mulia yang berkekalan. Seterusnya buat para sahabat RA, sekalian tabien dan para pendukung agama Allah SWT hingga ke hari kesudahan.

RAMADHAN BULAN ISTIMEWA

Ramadhan kembali muncul membawa janji-janji Allah yang tidak mungkin terabai oleh mereka yang sedar lagi berfikir. Alangkah adilnya Allah SWT, dijadikanNya kita ini tidak segagah dan sepanjang usia umat-umat yang terdahulu, tetapi diberikanNya saham pelaburan yang mudah untuk melipatgandakan amalan. Hanya dengan mengeluarkan secebis tenaga meredah kemalasan menuju ke masjid untuk solat berjemaah, digandakanNya pahala sebanyak 25 atau 27 kali ganda.

Maka Ramadhan pula muncul dengan gandaan-gandaan yang lebih besar dan utama, terutamanya malam Lailatul Qadar yang disebut sebagai lebih utama dari kebajikan 1000 bulan atau kira-kira 83 tahun! Amalan-amalan yang lain pula diberikan pahala sebanyak 10 kali ganda berbanding dengan amalan yang sama tetapi dilakukan di luar bulan Ramadhan. Allah Yang Maha Kaya... pemberian yang tidak menyusutkan keagungan, kurniaan yang tidak mengurangkan perbendaharaan.Walau bagaimanapun, soal banyak mana Allah SWT mahu memberikan kelebihanNya kepada kita adalah soal kedua.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu termasuk di dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa"

Sabda Nabi SAW:
"Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga".

Sabda Nabi SAW lagi:
"Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan amin' maka kuucapkan, 'Amin.' " (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Lantas dengan peringatan ini, marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan kita melayani urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana kata Saidina Ali RA:

"Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang untuk beramal"

Selamat menjalani ibadah puasa

abu aiman