Berapa ramai dikalangan PPP yang sedar tentang kewujudan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979?.
Berapa ramai pula yang memiliki buku kecil bewarna hitam 'Law Of Malaysia, Act 180 Medical Assistants (Registration) Act 1977, Medical Assistants (Registration) Regulation 1979'?.
Kalaupun sudah memiliki buku kecil tersebut, berapa ramai pula yang memahaminya.
Kita amat bertuah kerana mempunyai Akta 1977 yang mana ia merupakan satu pengiktirafan kepada kerjaya PPP itu sendiri. Akta mengawal setiap aspek kerjaya seperti latihan, kelayakan, pendaftaran, amalan, profesional conduct dan lain-lain lagi.
Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, mempunyai 5 Bahagian dan 22 seksyen yang menyentuh berkaitan dengan fungsi Lembaga, Pendaftaran, Rayuan, Kuasa-kuasa menteri dan lain-lain. Akta perlu dibahas dan diluluskan oleh Parlimen manakala bagi 'Regulation' ia hanya perlu diluluskan oleh Menteri sahaja.
Setelah lebih 30 tahun kewujudkan akta ini, sudah sampai masanya Akta ini dipinda supaya sesuai dengan fungsi serta cabaran semasa. Perubahan kepada skim bersepadu serta kewujudan kolej-kolej swasta yang menjalankan program PPP menjadikan Akta ini kurang relevan lagi.
Beberapa siri mesyuarat dan bengkel telah diadakan oleh Lembaga PP bagi tujuan tersebut. Terkini, satu bengkel telah diadakan di Bayu Beach Resort, PD pada 19-21 Nov 2008 lalu bagi membincangkan perkara di atas. Bengkel tersebut yang dihadiri oleh 'Task Force commitee' ini juga dihadiri oleh En. C.Perumal (Legal Advisor, MMC), E. Hyda Faridzal ( Peguam Persekutuan, PUU) dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Shamsidah Nik Ibrahim (Tim. Pengarah Amalan).
Sama2lah kita berdoa agar Akta Baru ini dapat disiapkan dan diluluskan secepat mungkin agar ia menjadi satu lagi perkembangan dalam kerjaya PPP.
abu aiman.
c.prumal..last semester ngajar 'medico legal aspect'...bla bla bla...masa kat unisel dulu...fuhhh tak padan dengan umur..memang cocentrate abiss..dapat B+ jadi laa..
ReplyDeletePerkembangan memberangsangkan...we need full story
Satu perkembangan yang baik. Kalau boleh biarlah pindaan akta itu merangkumi perkembangan skop PPP secara 'expanded & extended' dari hanya berperanan sebagai kumpulan sokongan kepada peranan sebagai 'co-workers' bersama para professional yang lain seperti pegawai sains, pegawai zat makanan, pegawai optometri, pegawai pendidikan kesihatan, pegawai promosi kesihatan dan lain lain jawatan yang ujud dalam KKM.
ReplyDeletePindaan juga harus melihat secara relevan dan jelas halatuju nya dimana entiti PPP boleh berdaya saing pada masa kini, akan datang dan selama nya..
Sebenarnya akta ini bukan sekadar dipinda tetapi di'revoke' (meminjam kata2 Penasihat Undang2).
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pandangan En Baha. Tetapi perubahan Akta ini juga mengambil kira Akta2 lain agar tidak berlaku percanggahan bidangkuasa/penguatkuasaan nanti seperti Akta Perubatan, Akta Jururawat, Akta Allied Science (dalam proses) dan lain-lain lagi.
revoke and revise give two diff meanings. revoke means make existing act/decree to the end, and revise means alteration to existing act/decree to make it more reliable to current demand or situation.
ReplyDeletejika MA Act di revoke, i think better to make it more broad, assuming to many things that happening and evolving to our profession...our uniform, our job's name, our scope of job..etc ar..
It can't be raining all day...
ReplyDeletesalam perubatan kepada semua. masih ada kekeliruan untuk memperbaharui Sijil Amalan Tahunan untuk AMo. Ada yang kata CPD tahun lepas digunakan untuk APC tahun ini. Tetapi Lembaga kata CPD 2 tahun lepas untuk tahun ini. Mana satu yang betul?? tolong...
ReplyDelete