Assalamualaikum wbt.
Bertemu kembali warga k19. Muga adik-adik sekelian sentiasa dibawah perlindungan Allah swt. Peperiksaan Akhir T1S2 semakin hampir. Saya pasti kalian sekelian sedang bertungkus lumus belajar siang-malam untuk memastikan peperiksaan T1S2 'maintain'. Saya juga yakin kalian sekelian masih mengekalkan tahap displin yang tinggi. Anadokter 'zero'. Pastikan kuku dan taring tidak tumbuh. Kalau nak tumbuh juga pastikan 'taring' untuk belajar yang tumbuh panjang. Jangan taring yang lain-lain. Anyway rasa rasa kalian tidak ada masalah terutamanya di bawa penyalarasan cikgu Ahmad. Berilah kerjasama sepenuhnya kepada cikgu Ahmad. Berkaitan dengan pengurusan BLOG ini juga saya dah serahkan kepada cikgu Ahmad untuk update maklumat terkini. Saya mungkin 'sekali-sekala' sahaja akan menyumbang kepada blog ini.
Sejak akhir-akhir ini kerjaya pembantu perubatan telah mengalami perkembangan yang memberangsangkan. Bermula dengan kelulusan SKIM BERSEPADU yang effektif pada tahun 2007. Ini bermakna anda sekelian telah memasuki skim diploma dan berijazah (u41 - u54). Pada 21 mac hingga 6 april lalu saya telah menjalankan kursus intensif pembantu perubatan u 38 dan u 40 yang akan diserapkan ke u41 di Pulau pinang. Seramai 34 orang pembantu perubatan telah mengikuti kursus tersebut. Pada 5 april ini saya akan membentangkan keputusan kursus tersebut kepada jawatankuasa untuk kelulusan. Ini bermakna 6 april telah ada Pembantu perubatan menjawat jawatan u 41!. Untuk makluman, ramai diantara mereka akan bersara pada hujung tahun ini. Ini bermakna akan terdapat kekonsongan u41 akan apad atahun hadapan. Selain itu saya dimaklumkan, banyak lagi pos u41 akan diminta pada tahun hadapan.\
Isunya sekarang ialah berapa ramai MA yang ada ijazah untuk mengisi kekosongan tersebut. Ini adalah satu cabaran kepada anda semua.
Pada 2 april - 15 april saya juga terlibat dalam kursus untuk 92 orang pengajar baru u41 di port dickson. Malangnya hanya ada 4 orang MA yang berjaya menghadiri kursus itu. Ramai MA yang ada ijazah tetapi ijazah yang diambil tidak berkaitan. Ada ijazah yang berkaitan tetapi pointer CGPA rendah(bawah 3.00).
Lagi berita baik untuk MA ialah gelaran baru untuk MA ialah PENOLONG PEGAWAI PRUBATAN (PPP). Surat kelulusan telah dikeluarkan pada bulan mac lalu. Anda sekarang bukan lagi bergelar Pembantu Perubatan. Namun bagitu pertukaran nama hanya melibatkan gelaran perjawatan. Skim masih lagi pembantu perubatan. Kursus masih lagi diploma pembantu perubatan. Pertukaran skim dan kursus akan dibuat kemudian kerana ia melibatkan akta pembantu perubatan.
Perkembangan terkini ini memerlukan satu lonjakan paradigma dari anda semua. Peluang-peluang yang ujud (skim ijazah)ini hanya diisi oleh mereka yang layak sahaja. Anda semua memang layak cuma memerlukan usaha yang sungguh-sungguh agar dapat mengekalkan pointer yang tinggi. Dengan CGPA yang tinggi anda boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di mana-mana universiti.
Ubah sikap, imej dan penampilan. Biarlah sikap dan penampilan anda menggambarkan anda memang patut dan layak digelar penolong pegawai perubatan kelak. Insyaallah.
Sekian, muga kalian sekelian berjaya final exam di T1S2.
wassalam
abu aiman
BPL, KL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yahoo!!! akhirnya ditukar juga kepada Penolong Pegawai Perubatan.
ReplyDeleteBoleh la jalan dengan gah sikit...
Ilmu penting jugak...
ha3..
ape2 pun, terima kasih cikgu...
aha..
ReplyDeleteJangan jalan je gah..
tapi dada kosong...
hidup PPP!!!
MA kurang skill dan ilmu memalukan kaum kita..buatlah sesuatu utk menyerlahkan AMO..Ada tie pakailah tie..pakaian walaupun sama macam driver bas dan teksi,pakailah kemas-kemas.Asyik nan tuntut elaun kritikal tapi keja tak professional..ada pula mcm mcm kes dalam surat khabar yang sering kata MA tak bagus..
ReplyDeleteJADILAH PPP YANG BERILMU DAN PROFESSIONAL..BARULAH ORANG AKAN HORMATI KITA..DAN MCM2 INTENSIF BAIK AKAN DIBERIKAN..
BASIKAL TUA KPPUK...